Chapter 6

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Aku sedang menunggu Chanyeol di hadapan tangga blok A. "Aish, mana dia ni?" mata aku mencari-cari Chanyeol. Kalau aku tinggalkan dia, mesti dia membebel. Kalau aku tunggu dia, dia pula yang lambat datang. Aku hanya mampu bersabar. Aku menyandar belakang badanku di dinding untuk menunggu, menunggu, menunggu kedatangannya.

 

Baekhyun ternampak aku segera menghampiriku. "Aik, seorang je ke?"

 

"Haah. Aku tunggu Chanyeol. Ke mana entah dia pergi sampai batang hidung dia tak kelihatan lagi. Malas pula nak tunggu dia."

 

"Kau biar betul, kau tak nampak dia tadi? "kata Baekhyun. Aku menggeleng kepala. "Dia dah meronda kat bangunan ni."

 

"Mwo? Kau... Kau biar betul? Mungkin kau salah tengok kot." aku tidak percaya.

 

"Ya. Betul. Aku tengok dia ronda sorang2 kat atas. " Kata Baekhyun dengan penuh yakin.

 

"Jadi, dia..." aku tidak dapat berkata apa-apa. "Kurang ajar kau, Chanyeol." marahku. Sampai hati kau pergi tanpa pengetahuanku. Aku penat tunggu kau, kau boleh pergi begitu je. "By the way, thanks sebab beritahu kat aku. Kalau tak, aku akan menjadi orang bodoh sebab tunggu dia yang tak reti-reti nak beritahu orang." aku terus naik ke atas. Baekhyun tersenyum terjahat. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Dia menghantar mesej sesuatu kepada Chanyeol.

 

 

 

Di dalam kelas, aku langsung tidak memberi tumpuan kepada guru. Aku termenung sahaja. Masih terfikir tentang kejadian tadi. Chanyeol langsung tidak tanya padaku. Nampaknya, dia tidak pedulikan aku lagi. Baekhyun mencuri mengintaiku. Chanyeol perasan yang Baekhyun cuba mengintaiku, segera menegurnya. "Yah, apa kau intai tu?"

 

"Eun Mi lah, siapa lagi? Aku tengok dia senyap je dari tadi. Maybe dia tengah sedih kot. Tengok wajah dia pun dah tahu." bisik Baekhyun. Chanyeol mencebik.

 

Cikgu melihat jam tangannya lalu memberitahu bahwa tinggal 10 minit sahaja lagi. Aku terus keluar dari kelas tanpa meminta izin dan mengemas barang-barangku. Pada mulanya cikgu ingin memanggil ku, oleh kerana aku berjalan dengan pantas , cikgu tidak jadi memanggilku. "Apahal dia pergi tanpa mengemas barang-barang dia? Dahlah beredar tanpa minta izin. Pelik betul perangai dia hari ni." rungut Suzy sambil menggeleng kepala.

 

 

"Awak ada nampak Eun Mi tak?"

 

"Tak ada." kata seorang pelajar perempuan sambil menggeleng kepala.

 

"Oh, tak mengapa. Terima kasih." tunduk Chanyeol dan kembali gelisah. Dia membuat keputusan untuk berehat sebentar di bawah pokok. Hari ni, Chanyeol dan Eun Mi tidak bertugas. Sepatutnya, Chanyeol berehat bersama kawan-kawannya, tetapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia ingin berjumpa dengan Eun Mi. Mata dia mula bersinar apabila dia telah melihat Eun Mi yang sedang berdiri dan termenung. Dia tersenyum lalu segera menghampiriku.

 

Pada mulanya, Chanyeol mahu menyentuh bahu Eun Mi dari belakang. Tiba-tiba, tak jadi pula. Dia membetulkan keadaannya supaya kelihatan cool. Chanyeol berdiri di hadapanku. Aku mendongak ke atas untuk melihat wajah Chanyeol sambil mengangkatkan kedua-dua keningku. "Kau seorang sahajakah? Mana Suzy?"

 

"Dia tak rehat denganku. Aku sendiri nak bersendirian."

 

Chanyeol mengangguk. "Kau... Pergi mana tadi? Kau ponteng bertugas eh?"

 

"..."

 

"Eun Mi? Kau dengar tak apa yang aku cakap?"

 

"...">

 

"Eun Mi?" Chanyeol melambai tangannya di hadapan mukaku.

 

"Sebenarnya, aku..." tiba-tiba perutku mula sakit. Aku menyentuh perutku sambil menahan sakit.

 

"Eun Mi? Kenapa ni? Awak okey tak?" Chanyeol mula panik. Beberapa pelajar yang lain, mula perasan dengan keadaanku.

 

"Ah, sakitnya perutku!" aku mengerang kesakitan. Chanyeol membantuku memapah dan membawa ke bilik rawatan. Selepas beberapa minit kemudian, aku dan Chanyeol berada di bilik rawatan, akhirnya Suzy dan Cikgu tiba sebaik sahaja tahu tentangku.

 

"Kenapa ni, Chanyeol? Apa yang berlaku pada dia?" soal cikgu.

 

"Saya tak tahu, cikgu. Secara tiba-tiba dia sakit perut." balas Chanyeol. "Unnie makan apa tadi sampai sakit perut begini!" risau Suzy.

 

"Cikgu rasa, ini pasti apendiks. Mari kita pergi ke hospital sekarang. Chanyeol dan Suzy, awak tolong bawa dia ke parking kereta cikgu. Cikgu ambil barang cikgu yang perlu dibawa. Nah, kunci kereta cikgu. Cikgu pergi dahulu." Cikgu segera naik ke atas untuk mengambil barang yang perlu dibawa. Suzy cuba memapahku.

 

"Suzy, biar saya dukung dia." kata Chanyeol.

 

"Serius? Nanti kalau dorang cakap bukan-bukan macam mana?"

 

"Ah, nanti aku ambil tindakan. Kau tak perlu risau." dengan perlahan-lahan Chanyeol mengangkat tubuhku dan membawaku keluar. Semasa Chanyeol membawaku keluar, ramai pelajar sedang berkumpul di hadapan bilik rawatan untuk melihat Eun Mi.

 

"Eun Mi, kenapa dengan awak?" soal seorang pelajar lelaki. Aku hanya menutup mata dan menahan kesakitanku.

 

"Minta maaf! Sila beri laluan!" kata seorang pengawas lelaki yang membantu mengawasi kami.

 

Jimin yang dari jauh, melihatku sambil mengetap giginya. 'Berani lagi Si Chanyeol tu menyentuh Eun Mi.'

 

 

Di hospital, doktor sedang memeriksa keadaanku. Aku masih lagi menahan kesakitanku. "Saya ingat dia muntah. Apabila saya tekan perut, sakit bermula. Sebaik sahaja saya melepaskan, ada kesakitan lebih. Saya fikir ia mungkin apendiks. Jadi, sila mengisi borang di kaunter. Kami akan membawanya ke bilik rawatan untuk menerima rawatan." tunduk doktor sebelum beredar.

 

"Biar cikgu isikan borang. Kamu berdua, jaga dia." kata Cikgu. Chanyeol dan Suzy akur dengan arahan cikgu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .