Chapter 1

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Aku sedang termenung melihat pemandangan di luar melalui cermin kereta appaku di sebelahku. Aku agak sedikit kecewa. Tak dapat naik kereta mewahku. Biasanya, aku memandu kereta aku sendiri tetapi hari ni lain pula. Huh! Setiap hari, mesti wartawan menungguku di pagar sekolah. Peminat aku pula pasti sudah menunggu kedatanganku. Aku mengeluh kerana masih tidak berpuas hati yang aku tidak dapat memandu kereta mewahku. Appaku masih diam. Dia tak berkata apa-apa. Dia tahu yang aku tengah merajuk sekarang. Tapi, kenapa dia tak pujuk aku? Hm. Sabar jelah.

Appaku pun bersuara. "Eun Mi, kenapa ni? Awak masih marah kat appa ke?" Aku tidak menjawab soalan appaku. Aku nak biarkan dia terus memujukku sampai aku puas hati. "Maafkanlah pada appa! Takkan salah kalau appa nak hantar kamu ke sekolah. Appa cuma nak tengok berapa ramai wartawan akan datang ke sekolah kamu. Kamu bukannya nak mengira pun. Appa akan hantar bodyguard untuk kamu."

"Tak payah!" Kataku. Appa pantas memandang ke arahku. "Kan ada bodyguard lama saya tu. Setiap hari, dia selalu datang sebab nak menjaga dan mengawal keadaan saya masa saya nak ke sekolah. Lagipun, buang duit sahaja untuk kalau asyik mengupah bodyguard lagi." bantahku.

Appa diam seketika. Pasti dia tidak mahu mendengar arahanku. Aku resah. Dah suruh tak payah. Buat juga. Semakin hampir ke sekolahku. "Appa akan ambil kamu juga waktu kamu pulang. Kamu jangan nak merayau-rayau. Kamu ada sesi penggambaran lakonan yang terakhir petang nanti." Amaran appaku padaku.

"Hmm." Aku menjawab dengan malas. Akhirnya, sampai juga di sekolahku. Wartawan dan peminatku pun datang menghampiri kereta kami sambil merakam video dan menangkap gambar.

"Ramai betul wartawan dan peminat ni. Tak rasa rimas ke, Eun Mi?" Appa mengalih ke sebelahnya. Malah, aku sudah keluar dari kereta. "Haizz, budak ini!" Appa menggeleng kepalanya.

Peminat-peminatku menjerit dan menyebut namaku. Wartawan pula, asyik menangkap gambarku. Aku berjalan dengan perlahan-lahan bersama bodyguard yang sedang membantu membawaku untuk masuk ke dewan sekolah. Susah nak menghalau wartawan dan peminatku untuk beredar dari sini. Aku senyum dan melambaikan tanganku kepada peminatku dan kamera kepunyaan wartawan. Aku segera masuk ke dalam dewan kerana sebentar lagi perhimpunan akan diadakan. Para wartawan dan peminat pula, mulai sedih kerana aku sudah masuk ke dewan. Mereka telah diusir oleh pengawal keselamatan dan bodyguardku.

Para pelajar yang lain sedang beratur di dewan mengikut barisan kelas mereka. Mereka berbual bersama rakan mereka sementara menunggu pengetua tiba. Aku sedang berdiri di barisan tepi. Aku menghela nafasku kerana berasa debar-debar akan keputusan nanti. Aku merupakan salah seorang daripada calon-calon pengawas perempuan untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi penolong ketua pengawas di sekolah ini. Aku menyapu baju seragam pengawas dengan belakang tanganku supaya nampak kemas dan cantik.

"Unnie!" Panggil Suzy. Suzy adalah manager keduaku Dialah yang selalu menjaga dan menemaniku sepanjang hidupku. Dah macam kawan dah. Dia juga merupakan managerku yang selalu di sampingku. Dia sering memanggilku unnie kerana dia lebih suka memanggilku unnie berbanding namaku. Aku memandang ke arahnya. "Aku rasa, mesti kau yang dapat menjadi penolong ketua pengawas. Kau kan hebat! Dahlah jadi seorang pelakon. Di sekolah pula, kau menjadi seorang pengawas." Usik Suzy. Aku tersenyum sombong dengan menaikkan bulu kening mataku.

Seorang calon pengawas mengetawakan padaku. Namanya Soyeon. Dia juga seorang pelakon di sekolah ini. Dia terus berhenti melangkah dan mengalih ke arahku. "Apa dia? Kau akan mendapat jawatan tu?" Dia menggelengkan kepalanya. "No way! Aku seorang sahaja yang layak menjadi jawatan itu. Jadi, jangan harap kau boleh dapat."

Suzy tidak berpuas hati padanya. "Yah, kau buat apa nak sibuk? Ini urusan aku dengan dia. Lagipun, dia juga calon penolong ketua pengawas kan? Oleh itu, bukan kau seorang sahaja yang nak jawatan itu. Semua pengawas perempuan yang berada di barisan ini pun nak jawatan tu!"

"Yah, kau pergilah beratur. Daripada kau asyik menghadap di muka aku. Dahlah tak dapat tawaran dari drama cinta tu." Tengkingku. Selama ini, dialah selalu bersaing denganku. Dia suka sangat nak melawan dengan aku, siapa yang paling hebat. Tetapi kita tidak ada bergaduh atau bermusuh. Hanya bermain bergaduh sahaja. Kerana dia tidak berpuas hati yang aku dapat pelakon utama daripadanya, dia sanggup menarik diri. Dia mencebik. Dia terus beredar dari mataku. Aku menghela nafas kerana lega. Suzy bersuara lagi.

"Unnie, abaikan dia sahaja. Tak perlu ingat kata-katanya. Sekarang ini, unnie kena banyak bersabar nanti muka unnie berkedut." Suzy membantuku dengan mengipas aku supaya aku tidak kelihatan penat. Aku mengangguk kepalaku. Soyeon berdiri di tempatnya. Dia berasa geram akan sikapku.

"Pelajar-pelajar sekalian, sila betulkan barisan anda dan senyap. Pengetua sudah sampai. Sila menjaga perangai anda!" Semua pelajar mengikut arahan cikgu. Keadaan di dewan sudah senyap. Tiada sesiapa yang melakukan hal.

Pengetua berjalan bersama ketua pengawas menuju ke hadapan dan menaiki pentas. Semua pelajar tertumpu pada mereka berdua. Pengetua menyerahkan microphone kepada ketua pengawas itu. Dia mengarahkan ketua pengawas itu untuk memperkenalkan dirinya kepada semua pelajar. Dia mengambil microphone itu.

"Annyeonghaseyo! Park Chanyeol inmida." Dia tunduk ke bawah dan mendongak semula. Semua pelajar kagum dan bertepuk tangan padanya. Hanya aku seorang sahaja yang tidak bertepuk. Suzy menyiku tanganku. Dia mengarahkanku untuk bertepuk tangan. Aku pun bertepuk tangan dengan malas. Beberapa saat kemudian, pelajar-pelajar berhenti bertepuk tangan kecuali aku. Semua mengalih ke arahku. Mata aku terbeliak lalu meletakkan tanganku di sisi. "Saya adalah ketua pengawas di sekolah ini. Saya berharap, kamu semua boleh menerima saya dengan jawatan ini." Sambung Chanyeol. Semua pelajar bersorak. Mereka semua bersetuju menerima Chanyeol dengan jawatannya itu. Chanyeol menyerahkan microphone semula kepada pengetua.

Pengetua pula berucap. "Saya ingin mengumumkan siapakah yang akan memegang jawatan sebagai penolong ketua pengawas." Semua pelajar bersorak lagi sambil menyebutkan nama kawannya yang berada di barisan calon-calon itu. "Tetapi, seramai 10 orang calon itu sangat rajin dan bertanggungjawab atas segala kerja-kerja mereka. Jadi, saya pun tak dapat memilih kerana mereka semua amat bagus." Kata pengetua dengan selamba.

Para pelajar membantah pula. "Aduh, pilih sahajalah. Takkanlah itu pun tak dapat pilih." kata seorang pelajar perempuan. 

"Pilih Eun Mi, cikgu!" Jerit seorang pelajar lelaki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .