Chapter 4

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Kepalaku sedikit berat untuk membuka kelopak mataku. Badanku digoncang-goncang oleh seseorang. Aku masih mendengar seseorang sedang mengejut dan memanggil namaku. Kali ini, betul-betul aku boleh membuka kelopak mataku untuk melihat wajah yang bersuara itu. Aku melihat Mimi sedang mengejutku. Aku masih tidak boleh bangun kerana berasa pening di kepalaku.

 

"Eun Mi, bangunlah. Awak akan lambat sampai ke bandar nanti." Mimi masih berusaha untuk mengejutkanku. Aku masih tiada tenaga untuk bangun lagi. Aku membiarkannya terus mengejutku.

 

"Mimi, dia dah bangun belum?" Kata Suzy yang berada di hadapan pintu bilikku. Mimi menggeleng kepala tanda tidak. Suzy hanya mampu menahan kesabarannya. Dia menghampiriku. "Unnie, bangunlah! Unnie kena bersiap dari awal, takut nanti lambat sampai." Aku masih tidak pedulikannya. Berilah aku masa sedikit untuk tidur sekejap! Aku menarik selimutku lalu menutupkan wajahku dengan selimut. Suzy mencebik melihatku. "Aish, budak ni! Unnie bangun! Cepatlah bangun!" Kali ni, Suzy hilang sabar. Dia menolak tubuh badanku ke bawah katil.

 

Aku pun terjatuh dari katil dan sedar. "Aduh, sakitnya!" Aku menyentuh belakang badanku yang sakit.

 

"Itulah, aku suruh bangun tak nak dengar! Kan sakit! Kenapalah unnie tak nak dengar cakap orang? Aku suruh kau jangan minum yang beralkohol, unnie minum juga. Pastu, hilangkan diri. Mujurlah, Chanyeol dapat jumpa unnie kalau tak, pasti appa unnie marahkan aku!" Rungutnya.

 

"Apa? Chanyeol jumpa aku?"

 

"Yalah! Dia mengadu kat aku yang unnie ni asyik cakap "Chanyeol sangat kacak" time unnie balik dengan dia."

 

"Betulkah?" Aku bingkas bangun untuk berdiri. Aku meletakkan tanganku di atas kepalaku.

 

"Padan muka! Kan dah malu depan dia… siapa suruh minum air yang beralkohol pastu hilangkan diri." Suzy dan Mimi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik. Aku pula, masih tidak percaya tentang kejadian semalam.

 

» Flashback «

 

Chanyeol memberhentikan keretanya di hadapan rumah Eun Mi. Dia memerhatikanku yang masih tidur. Dia tersenyum. "Aik, tidur pun kelihatan comel." Dia pun mengangkat tubuhku untuk membawaku masuk ke dalam. Namun, dia terhenti kerana teringat kata-kata Suzy.

 

"Baru 5 minit tapi kau jangan beritahu pada appa dia yang dia hilang. Kalau tak, aku kena marah nanti."

 

"Aduh, susah ni." Rungut Chanyeol. Dia pun menuju ke arah belakang dan masuk melalui pintu dapur tetapi pintu itu telah dikunci. Dia terpaksa berpatah balik ke pintu utama semula. Kebetulan, dia ternampak Mimi yang sedang menyapu sampah di taman. Dia meminta bantuan untuk mengawasi Tn Kim agar dia tidak perasan yang keadaan Eun Mi sekarang. Mimi pun mengangguk tanpa mengambil masa yang lama. Dia juga tak mahu Tn Kim marah pada Eun Mi. Dia perlahan-lahan membuka pintu utama dan membantu Chanyeol membawa Eun Mi masuk ke dalam bilik.

 

Ketika mereka menaiki tangga, aku tiba-tiba berbisik di telinga Chanyeol. "Chanyeol sangat hemsem." aku tersenyum. Mataku masih terpejam.

 

Chanyeol menahan geli dengan sikap Eun Mi itu. Mimi membantu membuka pintu bilik Eun Mi dengan perlahan. Dia mengarahkan Chanyeol masuk. "Aku jaga di luar, kau letak Eun Mi dulu kat atas katil." Chanyeol hanya mengangguk dan masuk ke dalam.

 

Tiba-tiba, Tn Kim keluar dari biliknya. Mimi tergaman melihat Tn Kim dan segera menutupkan pintu. Dia menunduk ke bawah sebaik sahaja Tn Kim berlalu di hadapan. Tn Kim berpaling ke arah Mimi. "Eun Mi dah balik?" Mimi mengangguk kepalanya. Tn Kim ingin masuk ke dalam bilik sekejap tetapi Mimi berjaya menghalangnya. "Maaf, saya menghalang tuan masuk ke dalam sebab saya rasa Eun Mi tengah menukar pakaian dia di dalam." Mimi terpaksa berbohong kerana bimbang rahsia mereka akan terbongkar. Lagi-lagi, Chanyeol berada di biliknya sekarang.

 

Manakala, Chanyeol mula berasa takut apabila dia mendengar Tn Kim ingin masuk ke dalam. Dia segera meleraikan tangannya seelah dia meletakkan aku di atas katil. Malah, aku  merangkul lehernya dan merapatkan wajahnya pada wajah Chanyeol. Bibir mereka hampir bertembung. Wajah Chanyeol bertukar menjadi terkejut. Sekarang ini, Chanyeol berada di atas tubuh Eun Mi.

 

Mimi pula berasa risau sambil berdiri di sebelah Tn Kim. 'Aduh, macam mana ni? Chanyeol tahu ke yang Tn Kim nak masuk ke dalam bilik ni?' Mimi mula bersusah hati.

 

Beberapa saat kemudian, Tn Kim terus membuka pintu bilik itu. Mimi mengigit bibirnya. Dia pun ikut masuk ke dalam. Chanyeol tiada kelihatan di dalam bilik itu. Tn Kim duduk di sebelah Eun Mi sambil menyelakkan rambut hadapan Eun Mi ke tepi. "Rupa-rupanya, dia tak tukar baju. Dia rebah je kat atas katil ni."

 

Mimi berdiri di hadapan katil. "Maybe dia terlalu penat kot." Dia ternampak kaki Chanyeol di bawah katil Eun Mi. Chanyeol bersembunyikan dirinya di bawah katil. Mimi menyepak kaki Chanyeol dengan perlahan. Chanyeol terperasan, dia pun mengangkat kakinya ke atas sedikit supaya Tn Kim tidak perasan.

 

Tn Kim bangun dan membetulkan selimut pada tubuh Eun Mi. Dia memandang ke arah Mimi. "Mimi, tolong kemaskan barang-barang kat atas meja tulis tu. Eun Mi suka mencampak barang dia tu… tak reti-reti nak kemas sendiri." Rungut Tn Kim.

 

"Ba-Baiklah!"

 

"Saya keluar dahulu." Tn Kim bersuara dengan sopan, dan dia pun keluar meninggalkan Mimi.

 

Mimi segera menutupkan pintu bilik itu dengan rapat-rapat. Dia menyandar di daun pintu sambil menghela nafasnya. "Nasib baik, dia tak curiga apa-apa… Chanyeol, kau boleh keluar sekarang."

 

Chanyeol keluar dari bawah katil. Nafasnya naik-turun naik-turun. "Aish, budak ni menyusahkan aku je."

 

"Yah, budak hemsem!"

 

Chanyeol menahan geli. Mimi bercakap dengan Chanyeol. "Kenapa dengan awak? Dia dah puji awak, awak tahan geli tu kenapa?" 

 

"Macam ni rupanya sikap dia kalau dia mabuk. Dalam perjalanan ke sini, tak habis-habis sibuk ayat itu. Budak ini tak patut mabuk."

 

"Sikap dia memang macam ni time dia mabuk. Dia akan cakap sesiapa sahaja yang tolong dia bawa balik ke rumah." kata Mimi.

 

"Mana dia pergi ni?" aku b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .