Chapter 3

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Aku sedang menunggu Chanyeol di taman berhampiran kolam renang. Aku sempat memesan air kopi pada Mimi untukku. Aku membaca majalah dahulu sementara menunggu Si Chanyeol tu datang. Beberapa minit kemudian, dia pun muncul di mataku. Dia duduk di hadapanku. "Ada apa nak jumpa aku?"

"Saje je, nak berbual dengan kau… tak bolehkah? Appaku ingat, kita berdua berkawan baik padahal tak… yang kau pergi buat cerita kat depan ayahku dengan ayah kau, kenapa?" Selambaku.

"Salahkah? Lagipun, betul kan aku pilih kau untuk jawatan. Ayah kau pun suka." Chanyeol mengangkat kedua-dua keningnya.

"Yalah tapi kau tarik aku supaya aku rapat dengan kau. Aku bukan girlfriend kau, okey? Tak payah nak tarik-tarik macam tu. Aku tak suka tau, tak?"

"Hm. Yalah! Aku meminta maaf!" Kata Chanyeol. Mimi datang semula ke taman untuk menghantar secawan kopi. Dia meletakkan di tengah-tengah meja. Chanyeol cuba mencapai cawan itu, malah aku dapat cawan itu dengan bertindak pantas.

"Yah, bukan ke air kopi tu untuk aku!"

"Bila masa pula kau? Aku dah order dulu pada Mimi." Aku meneguk air kopi daripada dalam cawan yang kupegang. Chanyeol mencebik lalu mengetip jari dengan menyebut nama Mimi.

Mimi terus datang ke arah kami. "Ya, saya! Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Saya ingin air kopi!"

"Baiklah!" Tunduk Mimi sebelum beredar.

"Eh, eh! Saya nak biskut sekali…"

"Baiklah, Tuan Chanyeol!"

Aku mula bersuara. "Jangan panggil dia, Tuan Chanyeol sebab dia tetamu kita. Dia hanya menumpang di rumah saya. Panggil Chanyeol sahaja." Kataku dengan berlagak sombong.

"Baiklah, Chanyeol!"

"Jangan panggil saya Chanyeol. Saya akan tinggal di sini, jadi panggil saya Tuan Chanyeol." Kata Chanyeol. Mimi tersengih kerana tidak tahu mana satu yang dia perlu ikut arahan.

"Eh, aku ni anak pemilik rumah ni. Dia perlu mengikut kata-kata aku. Kau jangan nak buat peraturan kat sini." Aku memberi amaran kepadanya.

"Mimi yang cantik, pergi sediakan air kopi dan biskut untuk saya. Abaikan je orang depan saya ni. Awak tak payah panggil saya nama. Senang, kan?" Akhirnya, Chanyeol mengalah. Aku tersenyum gembira.

"Baiklah, Tuan Chanyeol." Mimi terus menutup mulutnya kerana dia tersebut 'Tuan Chanyeol'. Dia segera ke dapur.

"Yah! Kan saya cakap, jangan panggil dia Tuan Chanyeol!" Geram pula aku. Dah kata, jangan panggil 'Tuan Chanyeol', panggil juga. Mentang-mentang dia dah kena puji oleh dia, kau nak dengar cakap dia lah!

"Janganlah marah dia! Bukannya dia sengaja pun panggil aku 'Tuan Chanyeol'!"

"Kenapa eh, ayah kau suruh kau tumpang kat sini? Ayah kau kan kaya? Takkan tak mampu nak belikan rumah untuk kau. Hairannya aku."

"Ayah aku tak kasi aku tinggal seorang-seorang! Aku terpaksa ikut arahan ayahku. Aku tak boleh melawan kata-kata ayah aku. Yang kau sibuk pehal? Kau pun tak ada rumah sendiri. Cakap orang lebih."

"Memang tak ada pun . Aku lebih selesa tinggal bersama appa aku berbanding di asrama tu."

"Kenapa pula?!"

"Suka hati aku lah! Kau tak berhak pun nak tahu pasal peribadi aku!" bentakku. Chanyeol sedikit berkecil hati dengan kata-kataku tadi. Dia mengalih ke arah lain. "Oh, lupa! Aku tak dapat hadir ke sekolah besok dan besok lagi… sebab aku ada hal. Tolong sampaikan pada cikgu tau!" Chanyeol berpura-pura tidak mendengar. Mulalah dia buat hal kat aku.

Aku memandang ke arahnya dan melambaikan tanganku di hadapan wajahnya. "Chanyeol? Kau dengar tak?" Kata-kataku tidak mengendahkannya. "Yah!" teriakku. Dia masih tidak menghiraukanku. Aku mencebik. Aku tidak berpuas hati dengannya.Aku ingin menjerit dengan menyebut namanya tetapi dia mula bercakap

"Ya! Aku dengar! Kau suruh aku sampaikan pada cikgu yang kau tak dapat datang! Puas!"

Aku tidak berhenti mengedip mata. Ini kali pertama, dia menggunakan suara yang agak kuat berbanding di sekolah tadi. "Kau… kau marah pada aku ke?"

"Tak!" Chanyeol merampas majalah dari tanganku. "Kalau tak baca majalah, buat apa menghadap majalah dari tadi." Chanyeol mula membaca.

"Kopi dan biskut dah sampai." Kata Mimi lalu meletakkan makanan dan minuman di hadapan Chanyeol. Dia tunduk ke bawah sebelum beredar dari situ.

Aku cuba mencapai biskut tetapi Chanyeol segera menepiskan tanganku. "Jangan ambil. Ini untuk aku, bukan kau! Aku yang pesan!" Chanyeol makan biskut itu sambil merenung tajam ke arahku.

"Sabar jelah aku dengan sikap kau tu!"

Suzy baru sampai di rumahku. Dia berlari ke arahku dengan membawa beg shopping yang berisi baju. "Unnie, saya dah cari baju yang sesuai untuk malam ni." Suzy mengangkat beg shopping itu ke arahku. Matanya pula terus mengalih ke arah Chanyeol. "Uh, Chanyeol? Kau buat apa kat sini?"

"Aku?" Chanyeol memandang ke arah Suzy. "Lepak ah? Buat apa lagi?"

"Apa?" Suzy tak faham maksud Chanyeol itu. Dia mengalih ke arahku pula. "Unnie, kenapa unnie biarkan dia lepak kat sini? Mana boleh macam tu! Atau, jangan-jangan kamu berdua dating?"

"Yah! Mulut kau tu jaga sikit eh sebelum aku jahit! Dia tumpang rumah kat sini sementara waktu, ok? Tak ada kerjanya aku nak dating dengan dia!" Aku menjeling ke arah Suzy.

"Oh? Ingatkan korang berdua dating. Tapi, kenapa kamu berdua-duaan kat sini?"

"Kami berdua hanya berlepak kat sini." Balasku.

"Oh! Baiklah! Nah, unnie! Baju untuk malam ni." Suzy menghulurkan beg shopping padaku. Aku terus mencapai beg shopping itu samb

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .