Chapter 11 #Last

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Aku berjalan dengan seorang diri. Aku berhenti melangkah. "Kau pergi mana? Risau aku." soal Jimin , bersimpati dan tersenyum memandangku. Dia menuju ke arahku. Chanyeol yang baru turun dari atas bumbung, berhenti di tangga. Dia merenung ke arah Jimin dan Eun Mi tanpa disedari oleh kami. Aku tersenyum. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Chanyeol tadi.

"Jawab soalan aku. Kau pilih aku atau Jimin?"

Aku cuma melemparkan secebis senyuman lalu segera meninggalkan tempat itu supaya aku tidak berbual dengannya. Bimbang jika Chanyeol tahu aku masih berjumpa dengan Jimin lagi. Ia akan bertambah buruk keadaan nanti. Aku tidak mahu berbual dengannya walau sepatah dua kata. Jimin menahan lenganku dia dan aku lantas menepis tangannya. Aku berlari meninggalkan Jimin keseorangan diri. Chanyeol tersenyum sinis. Jimin turun ke bawah lagi untuk berjumpa dengan Chanyeol. Begitu juga dengan Chanyeol.

Baekhyun dan Soyeon sedang mencari Chanyeol. "Ke mana mereka pergi ini?" soal Soyeon. Baekhyun mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.

"Panjang umur! Dorang ada kat situ." Baekhyun menuding jari kepada mereka berdua. Soyeon lantas memaling tubuh badannya.

Chanyeol dan Jimin berdiri di jarak jauh. Jimin mengepalkan tangannya. Jantung Chanyeol berdegup dengan pantas. Terasa darahnya sedikit menyirap. Rona wajahnya berubah merah. Sakit hati Jimin makin bertambah bagai dicucuk duri. Dan mereka berdua muka bertaruh antara satu sama lain. Soyeon dan Baekhyun tergamam.

"Apa yang perlu kita buat sekarang ini?" Baekhyun mula rasa cemas.

"Kau pergi minta pertolongan daripada kawan kau. Aku pergi panggil Eun Mi." kata Soyeon. Dia berlari mencari Eun Mi manakala Baekhyun meminta pertolongan daripada member dia. Ramai pelajar menyaksikan pertaruhan mereka.

Chanyeol rebah di atas lantai. Dia berehat sebentar sambil mengambil nafas dahulu. "Kau dah tewas! Macam mana kalau Eun Mi diculik, diragut? Kau yang badan lemah, lembik boleh layak menjadi kekasih dia? Memang tak arh!" marah Jimin.

"Eh, siapa kata aku sudah tewas?" Chanyeol bingkas bangun dengan lemah. "Aku belum tewas lagi!" Chanyeol menyambung semula bertaruh.

Member Baekhyun telah tiba. Mereka segera menghalang Chanyeol dan Baekhyun bertaruh. "Hajima! Kau tahu tak, apa yang korang buat ini salah? Korang dah langgar peraturan sekolah! " marah Baekhyun yang berdiri di tengah antara mereka berdua.

"Siapa yang bergaduh tu?!" marah Cikgu Jihyo selaku Pengetua sekolah kami yang menuju ke arah mereka. Aku dan Soyeon baru tiba di tempat kejadian. Aku tergamam melihat mereka bergaduh sehingga cedera. "Jimin dan Chanyeol?" Cikgu Jihyo tersenyum sinis.

Chanyeol dan Jimin tunduk ke bawah. "Bawa mereka ke bilik saya sekarang! Jangan membalut luka mereka! Yang lain, berambus! " arah Cikgu Jihyo sebelum dia meninggalkan mereka. Semua mengikut arahan guru.

Soyeon menahanku apabila aku cuba mendekati mereka. "Maaf, aku bukan tak nak kasi kau berjumpa. Kau dengarkan arahan Cikgu Jihyo tadi?" ujar Soyeon, perlahan. Aku mengangguk perlahan. Chanyeol dan Jimin sempat melihatku sebelum menuju ke bilik disiplin.

Sementara menunggu Cikgu Jihyo tiba, Baekhyun menghulurkan kotak kecemasan kepada Chanyeol dan Jimin. "Kenapa bagi? Kau tak dengarkah apa yang pengetua beritahu tadi?" soal Chanyeol.

Baekhyun meletakkan kotak kecemasan di atas meja. "Cikgu Kwang Soo yang suruh. Kau faham-faham jelah Cikgu Kwang Soo macam mana perangai dia? Cepat kasihankan orang macam korang berdua ni."

Baekhyun keluar sebaik pengetua tiba. Dia tahu, pasti pengetua mengarahkan dia keluar. Rakan-rakannya yang membawa Chanyeol dan Jimin berdiri di hadapan pintu bilik disiplin untuk mencuri mendengar 'ceramah' daripada pengetua. "Aish, korang ini. Balik masuk ke kelas, nanti aku laporkan kepada pengetua." Rakan-rakannya patuh arahannya. Pada mulanya, Baekhyun ingin beredar tetapi tak jadi pula. Dia pun memasang telinga di pintu.

Sekarang, Chanyeol dan Jimin berdiri menghadap ke arah pengetua. Masing-masing kepala mereka tertunduk ke bawah. Cikgu Jihyo melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Cikgu Jihyo mengenakan cermin mata. "Apa masalah korang berdua sehingga kamu bergaduh?"

"......" kedua-dua terdiam.

"Aik? Senyap pula. Korang berdua tidak ada mulut kah?"

"Bibir saya sakit sebab kena tumbuk tadi." kata Jimin sambil memandang Chanyeol dengan selamba.

"Oh, ya? Kasihannya!" usik Cikgu Jihyo. Chanyeol menahan ketawa. "Korang berdua tahu bukan tentang peraturan sekolah ini?"

Mereka berdua mengangguk. Tiba-tiba, Chanyeol bersuara." Jimin, cikgu! Dia yang nak bertaruh dengan saya sebab dia beria-ria sangat nak tiru Si John Cena tu."

"Banyak cantik muka kau! Kau yang beria tadi."

"Saya tak suruh korang berdua bertengkar di sini!" marah Cikgu Jihyo. Mereka menunduk ke bawah sekali lagi. "Jimin, awak sudah banyak kali masuk ke bilik disiplin. Kamu Chanyeol, ini kerana pertama kamu masuk. Apa yang patut saya lakukan untuk kamu berdua?" fikir Cikgu Jihyo.

"Cikgu!" Jimin berlutut di hadapan cikgu. "Saya tahu, pasti cikgu nak keluarkan surat buang sekolah untuk saya. Saya mohon cikgu! Jangan buang saya!" merayu Jimin. Chanyeol tersengih.

"Tahu pun awak tapi kenapa awak melakukan juga?" teriak Cikgu Jihyo.

"Cikggggguuuuu! Saya mohon!"

Cikgu Jihyo diam seketika. Sedang memikir jawapan untuk menyelesaikan masalah ini. Cikgu Jihyo tersenyum. "Baiklah kalau begitu. Cikgu akan memberikan peluang terakhir untuk kamu." Jimin mengukir senyuman. "Saya akan memberikan kerja amal kepada kamu sebagai denda."

Jimin bingkas bangun. "It's okay, cikgu! Saya tak kesah pun. Janji saya tidak dibuang sekolah."

"Selama 3 hari, kamu berdua akan menjadi hamba kepada semua cikgu. Buat apa yang disuruh oleh guru. Selain itu, kamu berdua akan menjadi seorang cleaner."

"What?" mereka berusaha terkejut. "Dah cukuplah kalau kita jadi hamba cikgu. Kenapa tambah jadi cleaner?" gelisah Chanyeol.

"Betul, cikgu! Saya setuju!"

"Jangan menyibuk!"

"Saya tak kisah. Saya pengetua sekolah ini. Kalian berhak mengikut arahan yang diberikan oleh saya." tegas Cikgu Jihyo. Mahu atau tidak, mereka perlu melakukan tugasan secara paksa.

Selepas pengetua mengumumkan kepada satu sekolah, Chanyeol dan Jimin mula menjalankan tugas. Satu per satu guru-guru mem

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .