Chapter 8

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Chanyeol datang ke arahku dan dia berpaling ke arah Jimin. "Kau suruh dia buktikan yang dia suka aku kan?" Jimin mengedip matanya berulang kali. "Biar aku yang buktikannya." Chanyeol menghadap ke arahku dan memegang kedua-dua bahuku.

Mataku terbeliak kerana secara tiba-tiba dia mencium bibirku dengan pantas. 'Dia dah dengar semua ini.' Jimin membuka mulutnya kerana terkejut. Niat aku cuba menolaknya, malah aku membatalkan niatku. Ah, tak perlulah aku menolaknya. Chanyeol dah bantu aku.

Jimin tidak tahan melihat kami berdua. Dia segera menarik bahu Chanyeol dan menumbuk di pipinya sehingga dia terjatuh ke bawah. "Hajima!" teriakku. Jimin tidak mempedulikanku. Di masih ingin menumbuk Chanyeol. Aku menarik Jimin ke tepi dan menghalangnya supaya dia tidak dapat memukul Chanyeol. "Kau kenapa nak memukul dia? Aku dah tunjukkan kat kau. Kenapa kau tak berpuas hati dengannya lagi?"

" Aku... "

"Sudahlah! Lebih baik kau beredar sekarang! Aku semakin muak tengok kau sekarang!" marahku padanya. Jimin pun akur dengan arahanku. Dengan perasaan kecewa, dia segera beredar. Chanyeol bangun sambil menyentuh pipinya yang ditumbuk oleh Jimin.

Aku cuba melihat dengan lebih dekat, Chanyeol mengelak daripadaku. "Tak apa! Aku uruskan sendiri." Chanyeol melangkah ke hadapan.

"Chanyeol, perkara tadi... " kata-kataku tadi membuatkan Chanyeol berhenti melangkah. "Kau dah dengar?"

"Tak ada." bohong Chanyeol.

"Kau pasti tipu kan? Kalau kau tak dengar kata-kataku tadi, kenapa kau boleh tahu yang Jimin suruh aku tunjukkan bukti pada dia?" balasku. Chanyeol terus berlalu pergi meninggalkanku tanpa berkata lagi. Wajahku mula rasa sedih. "Mengapa dengan dia ni? Kalau dia masih marah kat aku, kenapa dia tolong aku tadi?" hairanku.

Semasa rehat, seperti biasa aku dan Chanyeol perlu rehat selama 5 minit sebelum masa rehat bermula kerana kami perlu bertugas meronda-ronda di bangunan. Aku makan dengan perlahan-lahan sambil merenung wajah Chanyeol. Chanyeol menjamu selera tanpa berbual denganku dan memandangku. Aku mula gelisah. Aku terus makan dengan gelojoh. Tiba-tiba aku tercekik. Aku mencari-cari di mana air minumanku, padahal aku tak ambil pun air minuman dari tadi. Chanyeol yang perasan aku tercekik, segera memberi air kepadaku. Aku minum dengan pantas.

Chanyeol menggeleng kepala. "Haish, lain kali makan dengan perlahan. Makanan kau tu bukannya boleh lari pun."

Aku tunduk kerana malu. Selepas aku selesai makan, aku ingin bertanya sesuatu kepada Chanyeol tentang kejadian tadi." Chanyeol, kau masih marah padaku lagi?"

Chanyeol mengalih ke arahku. "Tentang semalam?" aku mengangguk tanda ya. "Ya, marah sangat-sangat dengan kau."

Mata aku membesar. "Maknanya, kau masih maafkan aku lagi dari hari tu sampai sekarang?"

Chanyeol sengaja nak mengenakanku. Padahal, dia telah memaafkanku dalam hati cuma aku sahaja yang tidak tahu. "Yalah, siapa tak sakit hati kalau macam tu. Siapa yang bawa kau pergi hospital? Aku! Siapa yang jaga kau masa kau kat hospital? Aku! Salahkah appa kau puji aku?"

"Ya, aku tahu yang aku salah. Mianhae nae." aku berasa serba salah terhadapnya. "Aku tahu kau ni anak pemilik syarikat. Aku tak patut layan kau macam tu. Aku ni jenis mementingkan perasaan aku berbanding kau.."

Chanyeol melihatku dengan hairan. 'Eh, biar betul dia ni dah insaf? Tak percaya aku. Ah, biarlah tak adalah nanti dia cemburu time Tn Kim puji aku.' aku meneguk air untuk membasahi tekakku yang kering.

"Hmm..., Chanyeol. Ini kali pertama kau kiss dengan aku kan?" soalku.

Chanyeol meletakkan gelasnya di hadapanku dengan kuat. "Dah sampai masanya kita bertugas sekarang!" Chanyeol cuba mengelak soalanku. Aku tidak berpuas hati dengannya. Cebik mulut aku.

Ketika kami sedang bertugas, sangka kan keadaan sudah reda. Rupa-rupanya masih belum lagi. Ramai orang mula rasa seperti hairan melihat kita berdua. "Eh, mereka kembali bersamalah. Adakah mereka dah berbaik?" bisik seorang pelajar perempuan dengan kawannya.

Aku hanya mampu bersabar dengan mereka. Chanyeol pula menjalankan tugasnya dengan baik tanpa menghiraukan keadaan mereka itu. Aku merenung ke arah Chanyeol. 'Kenapa dia tidak peduli dengan pelajar-pelajar yang sedang bergosip tentang kami berdua?' kata hatiku.

"Apa? Mereka sudah berbaik?" terkejut seorang pelajar perempuan itu.

'Eeeee, geramnya aku!' aku menarik lengan Chanyeol dan beredar dari kawasan itu dengan pantas.

"Yah, kenapa dengan kau ni?" kata Chanyeol.

"Ikut je aku! Jangan banyak tanya." kataku. Selepas kami tiba di tingkat atas, aku meleraikan tangannya dan lega.

"Kenapa ni, tiba-tiba bawa aku ke sini?" soalnya.

Aku menghela nafas. "Aku tak tahan dengan dorang itu. Tak habis-habis gosip pasal kita berdua." desakku.

"Alah, kau kan dah biasa dengan semua ni. Lain lah aku." selamba Chanyeol. Kami berdua menyambung semula tugas kami.

"Hmm, kau dah maafkan aku kan?" aku cuba memanja dengannya. Chanyeol mengangguk dengan ikhlas. Aku segera memeluk tubuhnya kerana terlampau gembira. Chanyeol tergamam. "Gomawo!" banggaku.

"Yah, lepaskan aku!" katanya. Aku tidak menghiraukan kata-katanya. Chanyeol melepaskan pelukanku dengan lembut. Dia menatap wajahku. "Lain kali, jangan buat lagi tau." Chanyeol mengusap rambutku sambil mengukirkan senyumannya.

Aku menelan air liur. Jantung aku berdegup kencang. Hatiku mula cair melihatnya senyuman. Chanyeol tersenyum sinis. 'Aik, buat muka comel pula depan aku.'

Aku mengalih ke arah lain. 'Ahhh, kenapa dengan aku ni?' teriakku dalam hati.

Chanyeol menjarakkan dirinya daripadaku. Tangannya pula, ada di dalam poket seluarnya. "Waeyo?" Aku menggeleng dan beredar. Begitu juga dengan Chanyeol. Dia segera berjalan di sebelahku. Masing-masing tersenyum sendiri. Ketika kami sedang bertugas, kami berdua masuk ke dalam kelas kerana mengarahkan beberapa orang pelajar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .