Chapter 5

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Aku keluar dari bilikku dan terus terkejut melihat Jimin. Tergamak appaku lakukan begitu pada Jimin. Aku cuba menghampiri Jimin untuk melihat bibirnya tetapi aku ditahan oleh appaku. "Appa, lepaskan tangan saya!" Aku menepiskan tangan appaku dengan kasar. Chanyeol pula, hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Oleh kerana dia tidak tahu nak buat apa, dia hanya melihat kami.

 

Appa menarikku ke arahnya. "Appa dah lama cakap dengan kau! Jangan berhubung dengan dia lagi walaupun kawan."

 

"Appa! Appa dah lakukan yang agak melampau tahu tak?! Appa tampar sehingga bibir dia berdarah. Siapa tak risau kalau dah berlaku begini, appa!" Bentakku. Aku begitu marah pada appa yang sikap keterlaluan itu.

 

"Eun Mi, kau tak boleh bercakap begitu dengan appa kau… itu namanya kurang ajar terhadap orang tua." Jimin tidak berdaya lagi. Chanyeol membantu mendirikannya tetapi layanan Jimin padanya agak tidak sopan dengan menolaknya ke tepi. "Kau, jangan nak menyibuk!" Chanyeol berdiri dengan selamba.

 

"Oh, kau pandai nasihat orang tapi dengan kau, kau sendiri tak dengar cakap orang!"

 

"Appa, kenapa appa tak benarkan kami berkawan? Kami cuma hanya berkawan sahaja takkan tak boleh, appa?" Aku berhadap dengan appaku. "Appa, benarkan kami berkawan appa. Saya merayu sangat dengan appa!"

 

Tiba-tiba appa memanggil security. Beberapa saat kemudian, dua orang security datang ke sini. "Bawa dia keluar dari sini." Appa menudingkan jarinya ke arah Jimin. Jimin meronta-ronta ketika security membawanya pergi. Dia menyebut namaku.

 

Aku hanya berdiri di sebelah appaku. Aku tidak dapat melakukan apa-apa lagi kerana appa menahan tanganku. Aku memusingkan ke arah appaku dan tanganku masih tidak dilepaskan. "Appa! Lepaskan dia, appa! Appa dah cederakan bibir dia." Merayuku.

 

Appa meleraikan tanganku dengan kasar. "Kalau appa tahu kamu berdua masih berhubungan lagi, appa takkan biarkan kamu berdua berjumpa lagi." appa mendengus kasar. Berlalu masuk ke dalam biliknya.

 

"Appa!" Aku pula menjerit-jerit di dalam rumah. "Aku benci appa!" kataku. Aku masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu dengan kuat.

 

"Yah, kau jangan lupa siapkan kerja sekolah kau! Aku dah letakkan buku latihan aku kat ata meja belajar kau!" Teriak Chanyeol.

 

"Aku tak nak buat!"

 

"Aish, budak ni!" Chanyeol menggeleng kepala berulang kali.

 

"Habislah kali ni, pasti dia akan membuat bising malam ini." Resah Mimi yang berada di sebelah Chanyeol.

 

"Maksud kau?"

 

"Dia akan melepaskan kemarahan dia dengan menyanyi lagu sekuat-yang kuat hatinya. Lirik lagu tu bertukar dengan ayat dia sendiri." Jelas Mimi.

 

"Dahsyat betul dia lepaskan kemarahan dia." Chanyeol hampir tertawa.

 

 

Pada pagi esok, Chanyeol keluar dari biliknya bersama beg sekolahnya. Telefonnya pula dipegang pada tangannya. Dia berhenti di hadapan bilik Eun Mi apabila dia mendengar Eun Mi menyebut namanya. Dia memasangkan telinganya di hadapan pintu.

 

"Kenapa dengan Chanyeol?" soal Mimi yang sedang bermekap pada wajahku.

 

"Dia sudah ada girlfriend ke?"

 

"Kata Suzy, dia tak pernah bercinta. Dia masih single lagi. Dia sebenarnya kacak, tapi kenapa dia single eh... " pinta Mimi.

 

"Kenapa? Kau nak minta couple dengan dialah?"

 

"Bukan tu maksud saya. Itu cuma fikiran saya sahaja."

 

Aku mencebik. "Dia memang hemsem tapi perangai dia sangat teruk! Aish, kenapalah saya boleh balik dengan dia semasa saya mabuk hari tu. Malunya saya! Dahlah saya tercakap dia hemsem."

 

"Sabar sahajalah, Eun Mi. Lain kali, kalau nak minum air yang beralkohol, bawalah kawan-kawan untuk berteman dengan awak. Tak adalah berlaku apa-apa yang tak kami inginkan." nasihat Mimi. Dia mengemas barang-barang mekap di atas meja.

 

Aku bangun lalu menuju ke muka pintu. Aku membuka pintu dan Chanyeol hampir terjatuh di hadapanku. Aku terbeliak kan mataku. "Yah, kau buat apa disini?" aku melihat Chanyeol menggaru kepala yang tidak gatal itu. Dia sekarang bengang tak tahu nak cakap apa. "Oh, kau cuba mengintai aku dalam bilik eh?" teriak aku di hadapannya.

 

"Eh, sorry sikit eh! Tak ada kerja aku nak mengintai kau! Bak buku latihan aku!" Chanyeol menghulurkan tangannya.

 

"Yah, kau dah lupa ke? Semalam malam aku dah bagi buku latihan kat kau! "

 

"Oh, yakah? Mianhae sebab lupa.. " Chanyeol terus beredar. Dia mengalih ke arahku semula. "Yah, kau tak bolehkah cakap dengan nada yang agak perlahan? Macam lah telinga aku pekak.. " pinta Chanyeol. Dia sengaja menggunakan nada yang tinggi. Dia turun ke bawah.

 

"Wah, dia dah pandai melawan cakap aku. " mengomel ku dengan seorang diri.

 

"Kenapa, Eun Mi? " Mimi datang menghampiri ku setelah dia mendengar aku bertengkar dengan seseorang.

 

"Tak ada apa-apa. Saya turun ke bawah dahulu nak ambil sarapan. Awak tolong bawa barang saya dan letakkan di dalam kereta. " arahku. Mimi pun patuh arahan yang diberikan olehku.

 

Setelah aku selesai makan, aku terus keluar dari rumah dan mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar. Aku sempat melihat wajah Chanyeol yang sedang melayan telefon pintarnya. Aku masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Enjin keretaku tidak dapat dihidupkan. Aku cuba dengan sekali lagi tetapi tidak berhasil. Aku mulai resah. Masa ni lah kereta aku rosak. Aku keluar dari kereta dan memeriksa keretaku di hadapan. "Aish, bateri kereta aku habis pula. Aku menghela nafas panjang. "Tak apa, aku cuba call Suzy." Aku cuba menghubungi Suzy.

 

Dia tidak menjawab panggilan ku. "Waeyo? Kenapa kau tak angkat Suzy?" aku masih tidak berputus

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .