Chapter 10

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Aku berjalan-jalan sambil memimpin tangan Chanyeol. Aku meleraikan tangan kerana berasa malu. Chanyeol mengalih pandangannya ke arahku. "Mianhae nae, aku..."

Chanyeol terus menggenggam tanganku dengan erat. "Tak apa. Kita kan dah mula hubungan serius." Chanyeol mengukir senyuman.

Aku tersipu malu. "Jadi, kau dah bersedia jika agensi akan mengumumkan tentang hubungan kita secara umum?"

"Ya. Saya akan bersedia." ujarnya dengan semangat.

Aku senyum nipis. "Hmm.. Aku bosanlah duduk kat hospital. Kau tolong minta kebenaran dari doktor supaya aku boleh keluar dari sini. Bosanlah.. Makanan bukan sedap pun." rungutku.

"Hmm.. Yalah. Kau bosan sebab tak ada aku kan? Hahaha!" senyum Chanyeol.

"Mestilah. Kau kan akan ke sekolah esok, kau sanggup ponteng sekolah sebab jaga aku time aku koma."

"Baiklah. Aku akan minta kebenaran daripada doktor tapi kau perlu berehat di rumah. Jangan keluar selagi tak minta kebenaran daripada appamu." nasihat Chanyeol. Aku mengangguk. Aku menyentuh perutku kerana lapar. "Wae?" soalnya.

"Lapar... Chanyeol, belanja aku makan boleh?" manjaku. Mulut Chanyeol mulai memuncung. "Alah, bolehlah! Tak kasihankah tengok girlfriend yang sedang lapar ni?"

Chanyeol mencubit pipiku dengan manja. "Eeeee... Buat muka comel pula eh. Yalah yalah.. Jom!" dia mula menarik tanganku. Aku memaling ke arah pokok yang aku asyik curiga ketika aku dan Chanyeol berbual. Tiada sesiapa yang berada di situ. Aku mencebik bibir. "Kenapa, Eun Mi?"

"Tak ada apa-apa. Jom lah!" kami terus beredar dari situ.

"Macam mana aku nak berjumpa dengan Eun Mi? Tn Kim sudah mengupah beberapa bodyguard untuk menjaga Eun Mi." kata Jimin yang berada di bawah pokok.

Aku sedang berehat di dalam bilik selepas doktor telah membenarkan aku pulang. Dengan syarat, aku perlu berehat sehingga aku pulih. Chanyeol pula, hadir ke sekolah setelah 4 hari dia bercuti kerana menjagaku ketika aku koma. Appaku menyuruh Mimi dan Chanyeol bergilir-gilir menjaga aku. Ketika Chanyeol berada di sekolah, Mimi akan menjagaku. Selepas Chanyeol pulang dari sekolah, dia akan menjagaku. Appa masih tidak tahu tentang hubungan kami berdua. Biarlah berahsia dahulu, tunggulah masa yang sesuai barulah kami menceritakan semua ini kepada appaku.

Seseorang sedang menggenggam tanganku dengan erat. Aku membuka kelopak mata dan mengalih ke arahnya. Suzy berada di sebelahku. Suzy masih hidup? Atau ini hanya mimpi? "Suzy? Awak masih hidup?" aku menariknya lalu memeluk.

Tiba-tiba, dia meleraikan pelukan dengan kasar. "Hidup? Kau nampak aku masih hidupkah?" soalnya. Aku terkebil-kebil melihatnya. "Aku dah matilah! Aku dah mati!" jeritnya.

"Tapi...."

"Jangan ingat aku maafkan kau. Kau adalah perampas! Tak guna, perampas!" Suzy mencekik leherku. Aku kesesakan nafas. Aku menyebut namanya supaya dilepaskan tetapi tidak dihiraukannya. "Aku mati gara-gara kau! Kau pembunuh, perampas!" Suzy meleraikan tangannya dan menolakku.

Aku mengambil nafas seketika. "Suzy.." aku melutut di hadapannya. "Aku meminta maaf. Aku tak berniat pun yang aku nak rampas Minho daripada kau."

"Tak! Aku tak boleh maafkan orang yang macam kau! Aku takkan maafkan kau! Anggap sahajalah saya tak dengar semua ini." Suzy bangun dan menutup kedua-dua telinga.

"Suzy, mianhae nae!" Pipi cengkung aku dibasahi air mata.

"Tidakkkkkk!" Suzy menampar pipiku.

"Aaaaahhhhh!!" jeritku. Aku bangun. "Tidak! Aku bukan pembunuh! Aku bukan pembunuh!" aku mencampak jam loceng ke arah pintu. Aku mencampak barang-barang lain di dalam bilik.

Chanyeol mula melangkah menuju ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas apabila dia terdengar sesuatu seperti kaca telah pecah di tingkat atas. Dia tersentak dan fikirannya mula tertumpu kepada Eun Mi. Dia mulai gelabah. "Eun Mi, kenapa ni?" soal Chanyeol. Mulutnya ternganga kerana melihat bilikku. Berselerak. Aku terduduk di lantai sambil menangis. Mukaku dibenamkan ke lututku. Chanyeol menghampiriku. "Kenapa ni, Eun Mi?"

Aku mendongak ke atas. "Chanyeol..." aku terus memeluk Chanyeol. "Chanyeol..."

Chanyeol menepuk belakang badanku dengan perlahan. "Dah... Jangan menangis lagi." Chanyeol meleraikan pelukan selepas dia ternampak tangan kiriku berdarah. "Kau cuba bunuh dirikah tadi?" kata Chanyeol dengan cemas. Aku tunduk dan diam.

"Mari masuk bilik aku." ajak Chanyeol. Dia membawa aku ke biliknya. Bilikku akan dikemas oleh pembantu-pembantu rumahku. Sekarang, Chanyeol membalut luka di tanganku.

Aku hanya memerhatikan Chanyeol. Beberapa minit kemudian, aku memulakan bicara. "Chanyeol, aku seorang pembunuh..."

Chanyeol berhenti membalut dan mengalih ke arahku." Kenapa awak cakap begitu?"

"Suzy cakap aku pembunuh." aku menangis lagi.

Chanyeol menatap wajahku. "Eun Mi, jangan cakap begitu. Suzy sendiri dah maafkan kau. Itu hanya mimpi buruk."

"Tapi.."

"Shhh.." Chanyeol meletakkan jarinya di bibirku. "Sekarang ini, kau perlukan banyak berehat supaya kau tidak mengalami tekanan." aku mengangguk perlahan. Chanyeol mendakap aku dengan erat.

"Malam ini, kau tidur di bilikku. Aku akan menjaga kau." kata Chanyeol. Aku tersenyum nipis.

"Biarlah mereka tidur bersama. Mereka bukannya buat perkara yang bukan-bukan pun." satu suara lain menerjah cuping telingaku. Siapa yang tidur bersama? Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku tersedar lagi bila merasakan diriku dipeluk dari belakang. Tangan siapa yang memelukku? Aku termenung memerhatikan tangan yang memelukku. Aku menggenggam tangan dengan erat. Chanyeol? Aku segera menggeliat. Memang betul tekaan aku. Chanyeol menjaga aku semalam sehingga tertidur di sebelahku.

Chanyeol merenung ke arahku. Dia telah bangun terlebih dahulu sebelum aku sedar. "Good morning!" dia mengusap rambutku dengan lembut.

"Morning!" senyum aku.

"Nyenyak tidur semalam?" soalnya.

Aku mengangguk. "Kau menjaga aku sampai tertidur. Mianhae nae sebab menyusahkan kau..." aku berasa serba salah.

Chanyeol menggeleng. "Kau tak salah pun. Aku memang nak jaga kau. Dah pergi sambung tidur. Aku nak pergi bersiap sekarang." aku patuh arahannya. Chanyeol menarik selimut untuk menut

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .