The nine
Under His WingsTaehyung membuka matanya perlahan-lahan, cuba untuk membiasakan diri dengan cahaya yeng terang.Dia ingin membuka mulut untuk memanggil seseorang tetapi tekaknya kering dan lidahnya rasa berpasir.Dia melihat abangnya tersengguk-sengguk di kerusi yang berada di sebelah kanan katilnya.Perlahan-lahan tangannya diangkat lalu menyapa rambut halus si jejaka itu.
Sungyeol terus terjaga dari lelapnya, matanya membulat melihat adiknya itu.Satu pun perkataan tidak mampu melepasi bibirnya, dia terkesima.Selepas melihat senyuman yang terukir di bibir pucat kanak-kanak itu barulah dia tersedar dari lamunannya.Tangan kecil yang kesejukkan itu terus digenggam nya "Taehyung!'' dia terlampau gembira dan bersyukur kerana Taehyung terselamat.
Sungyeol tidak henti-henti bersyukur kerana dapat melihat senyuman yang sangat dikasihinya.Dia merppatkan tangan dalam genggamannya itu ke pipi.Tangan yang sejuk bertemu dengan pipi hangat.Sungyeol hanya membiarkan jari-jari halus itu membelai pipinya.Lamunannya terhenti apabila Taehyung mengusap titisan kristal yang turun dari matanya."Aku menangis? Bila" hati Sungyeol membisik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sejujurnya ada secebis dari hatinya yang merasa dendam, tapi dia tahu kanak-kanak itu tidak bersalah.Dia mencapai cawan kopi yang elok terletak di atas meja.Seteguk cecair hitam dan pekat itu mengalir ke dalam tekaknya.Dia benci rasa itu, rasa pahit dan bau kopi yang kurang menyenangkan itu, tapi dia ta
Comments