The thirteen
Under His WingsMalam itu Sungyeol dikejutkan oleh tubuh kecil seorang kanak-kanak lelaki yang sedang tidur sambil memeluknya erat.Sungyeol senyum kecil "Bila masa pulak Taehyung masuk bilik aku nie?" Sungyeol hanya menggeleng kepala dan mengangkat sedikit kepala Taehyung supaya kepala kanak-kanak itu berbantalkan lengannya dan memeluk kanak- kanak itu rapat.Satu ciuman dihantar ke ubun-ubun kepala Taehyung, sebelum dia sendiri memejamkan mata untuk tidur semula.
Pagi itu Sungyeol cuba bangun seperlahan yang mungkin.Terus dia meluru kearah dapur untuk memulakan rutin hariannya iaitu memasak untuk Taehyung.Dia berkira-kira sebentar sebelum mengambil keputusan untuk menyediakan sup ayam untuk Taehyung.Ketika sayur dipotong satu ketawa kecil terlepas dari bibirnya "Sup ayam" hatinya membisik apabila dia teringatkan tentang gadis bernama Xuan yang digelarnya buas itu.
Tiba-tiba Baekhyun masuk ke dapur. "Eh, Yeollie buat ape nie? Kenapa masak awal-awal?" belum sempat Sungyeol menjawab Baekhyun pantas memotong "Oh ya, budak cacat tu nak makan kan" dia mencebik."Papa..." sekali lagi percakapan Sungyeol dipotong apabila Baekhyun melirikkan matanya ke arah jam di tangan "Ape-ape jelah, papa dah lambat, kalau nak ape-ape bagitahu papa."
Sebelum sempat Baekhyun melangkah keluar Sungyeol menahan pergerakannya "Papa Taehyung ada medical check up nanti jom la ikut sekali" Baekhyun mengeluh kasar "Lantaklah budak tu biar la dia nak jadi macam mana pown, menyusahkan orang je" Dia menolak lembut Sungyeol sebelum memakai kasut dan berlalu pergi.Satu keluhan dilepaskan dari bibir Sungyeol sebelum dia sendiri menggelangkan kepala.
Tanpa pengetahuan sesiapa Taehyung telah mendengar perbualan itu dari mula sampai habis........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sungyeol menghantar Taehyung ke rumah Minseok dan Luhanie, tangan kecil Taehyung yang bertukar agak kasar itu digenggam erat.Tidak, dia tidak tahu apa yang berlaku tapi dia perasan luka-luka kecil yang berselerak di tangan Taehyung, tak mungkin luka sebab jatuh dan apabila ditanya kanak-kanak itu hanya melemparkan pandangannya ke lantai, jatuh? Tidak sama sekali.
Ketukan kecil dihadiahkan ke pintu rumah dengan pantas pintu rumah itu dibuka .Luhanie tersenyum dan terus mendukung Taehyung dan ciuman hangat dihantar ke pipi budak tersebut.Pertama kali untuk hari itu Sungyeol melihat senyuman muncul di bibir adiknya.Luhanie perasan perubahan kanak-kanak itu, dia cuba menanyakan hal itu kepada Sungyeol tetapi apabila teringatkan kata-kata suaminya dia mendiamkan saja hal itu "Sung
Comments