The eight

Under His Wings
Please Subscribe to read the full chapter

FLASHBACK

Seorang kanak-kanak kecil sedang teresak-esak dan cuba untuk bangun dari kedudukan asalnya tetapi matanya yang kabur kerana air mata yang bertakung menyebabkan pandangannya terganggu dan dia mencapai salah satu bucu meja.Kerana penglihatan yang terganggu dia telah melanggar sebuah cawan kaca yang terletak di atas meja tersebut.

Cawan itu jatuh menghempap bumi menyebabkan cawan yang dulunya berbentuk sempurna tanpa sedikit pun sumbing berkecai kepada ribuan cebisan kecil.Tangan kecilnya cuba mencapai cebisan kecil itu tetapi kaca itu menembusi kulit lembutnya menyebabkan cecair merah yang hangat dan pekat mengalir.

Kanak-kanak itu mengetapkan giginya menahan perasaan pedih ,dia cuba mencabut cebisan itu tetapi semakin dia mencuba semakin dalam kaca itu tertusuk dan cecair pekat yang panas itu mengalir dengan lebih laju. "A-bb-ang!" dia cuba menjerit di dalam fikirannya tidak henti-henti membayangkan insan kesayangannya itu.

"Tae-tae bila ada benda jahat kacau Tae-tae tiup je wisel nie, sepantas kilat abang akan datang okay?" remaja itu memandang adiknya dengan sepasang mata yang penuh dengan perasaan kasih sayang.Kanak-kanak itu hanya tersenyum dan mengangguk dengan girang sambil meniup-niup wisel itu.

Taehyung cuba bangun untuk mengambil wisel yang diletak di atas katilnya.Cubaanya membawa padah apabila kaki kecilnya ditusuk dengan kaca-kaca halus yang tajam dia mengaduh sakit tetapi suaranya bagaikan dibawa pergi oleh angin.Lantai yang dulunya putih kini dhiasi lopak merah.

Dia bangun lagi untuk mencapai wisel itu menyebabkan kaca-kaca tadi memecahkan lagi kulit dan isi-isinya terkoyak dan meraung kesakitan.Dia meniup wisel itu sekali..... Dua kali .......Dan kali ketiga matanya mula tertutup.

Pintu rumah dibuka."Tae-Tae abang dah balik!" Sungyeol menapak ke dalam rumahnya dan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chimot #1
Chapter 16: PLEASE UPDATE PLEASE,tak sabaq nak baca.serius cerita ni best&sedih sgt...
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 16: TAEHYUNG FINALLY AWAKE??????!!!! I NEED HOPE FOR THE FUTURE OF SUNGYEOL AND TAEHYUNG :'(
thelucidream
#3
Chapter 15: This is beautiful! TTATT Actually tak salah untuk rasa marah atau benci. Tapi bila lama sangat perasaan tu bermaharajalela dalam diri, semua tu boleh jadi dendam. Ya. Baekhyun memang bodoh. Tak ada siapa boleh nafikan semua tu. But! Thanks to Sungyeol, Minseok, Luhannie dan yang lain for staying by Taetae's side. Keep writing! Saya seronok sangat membaca. And... lelaki misteri tu siapa????
tyhah_nad #4
Chapter 15: Aduiiiii sedih siak T.T taehyung mati ke ? Sumpah sedih ...kesian tae tae TT___TT
GreenDecember #5
Chapter 15: Apa dah jadi pada taehyung....
vlovers #6
Chapter 14: update la fanfic n....
jiminie_noona #7
Chapter 14: Update le cpt2 ambe x sabo ni
KertasUngu
#8
wuish menarik! update soon~~