+001

Misi Curi Hati Abang Kantin

“Haneul! Amber!”

Amber yang sedang mengajarku subjek Bahasa Inggeris, secara automatik menoleh kepalanya ke arah suara yang memanggil nama kami berdua tadi. Fuh, laju gila. 

Aku dengan malasnya mengangkat tanganku tanda “hai” tanpa menoleh sedikitpun ke arah Jeon Jungkook yang sedang melangkah ke arah port kami iaitu di meja batu kecil di bawah pokok rendang yang menghadap ke arah padang sekolah. Kami memang dah cop tempat ni sebagai tempat lepak mutlak kami dan orang lain tak boleh duduk kat sini time kitorang ada. Time kitorang takde, takpe.

“Asal lambat do,” soal Amber sambil mula mengemas barang-barangnya. Alat tulis dan buku-buku rujukan yang digunakan untuk mengajar aku tadi disimpan rapi di dalam begnya.

"Sorry korang. Tadi coach tiba-tiba buat tournament mengejut untuk pilih player untuk game lawan musuh ketat tengah tahun nanti." Jelas Jungkook panjang lebar. Air botol di tangannya pantas diteguk bagi menghilangkan dahaga yang masih bersisa. Peluh menitis dari dagunya namun pantas dilap menggunakan belakang tangan.

Aku pantas mengangkat kepalaku setelah mendengar cerita dari mulut Jungkook. "Tak rasa macam awal sangat ke? Game korang tengah tahun kot. Lama lagi," komenku jujur.

Amber di sisi, pantas menepuk lenganku, "Banyaklah kau punya awal. Lagipun coach Lee kan memang jenis yang buat preparation ​​​​​​rapi. Dia tak nak tim sekolah kita yang memang dah terkenal dengan rekod cemerlang tiba-tiba flop. Mana nak letak muka nanti. Lagi-lagi lawan dengan Fantagio Academy tu. Musuh ketat sepanjang hayat," bebel Amber bersama fakta-fakta yang memang aku sendiri pun dah tau. Jungkook mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju, "Memang malu habis."

Aku buat muka blur sekejap sebelum laju melambaikan tanganku tanda ingin menamatkan perbualan tentang tim bola keranjang sekolah dan yang seangkatan dengannya ni. Buat serabut kepala je.

"Eh dah, dah! Ni, siapa yang kalah osom tadi? Aku dengan Kookie nak tuntut janji~" Aku sengaja dayukan suara sambil pandang Amber penuh makna.

Amber angkat kening bila nampak pandangan semacam aku. "Apa?" Soalnya, cuba untuk buat-buat tak tahu. Ciskek punya kawan.

Aku kunci leher Amber, "Kau jangan cuba nak lari dari tanggungjawab eh? Dah kalah tu buat cara kalah la." Selamba aku menyembur. Amber dah buat muka cemberut sebelum mencubit lengan aku, membuatkan aku cepat-cepat jauhkan diri dari dia. Jungkook dah tergeleng kepala tengok perangai kitorang. "Eh dahlah tu. Macam budak-budak lah korang ni. Dah jom, aku belanja."

Demi mendengarkan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Jungkook, aku dan Amber dah pandang-memandang antara satu sama lain sambil tersengih macam kerang busuk. Jungkook dah mula melangkah meninggalkan port kitorang sambil meneguk air dari botolnya yang sudah tinggal suku sehingga habis.

Aku pandang Amber dan memberikan isyarat mata yang hanya kami berdua je yang faham. Aku mula mengira, "Satu, dua...TIGA!" Dengan itu, kami serentak berlari ke arah Jeon Jungkook dan tepuk-tepuk belakang dia ibarat orang tak cukup akal sambil cakap "TERIMA KASIH JUNGKOOKIE!" sementara dia, tersedak akibat tepukan padu kami.

"Uhuk! WOI-UHUK."

----------

Aku menggeliat malas di hadapan meja belajarku. Kerja-kerja rumah yang dibekalkan oleh cikgu yang dihamparkan di atas meja dipandang kosong. Tak ada mood pulak nak sentuh kerja rumah.

Aku menyandarkan badan pada kerusi dan membiarkan kepalaku terkulai macam orang tak ada roh. Jam dinding aku pandang dan dalam keadaan tunggang terbalik ni, aku cuba untuk membaca jarum jam. Dah pukul 6:30 petang.

"Padanlah lapar." Ucapku seorang diri. Perut diusap-usap sambil otak ligat memikirkan apa yang patut dimakan bagi mengisi perut yang berbunyi. Ibu aku masih belum pulang dari rumah jiran selang lima buah rumah ke kiri kami. Ada hal katanya. Entah hal apa pun aku tak tahu. Malas nak ambil tahu.

Aku bangun dari duduk sambil meregangkan sedikit badanku yang terasa sengal walaupun aku sebenarnya bukan ada buat apa-apa aktiviti ekstrem pun selain dari bergolek-golek atas katil. Hm.

Aku turun tangga rumah dua tingkat kami dengan langkah besar untuk cepat sampai ke tingkat bawah. Sampai sahaja di dapur, aku terus menuju ke arah peti ais dan menarik pintunya. Sekotak susu strawberi aku tarik keluar dan sempat juga aku culik seketul coklat masakan ibu aku dan makan. Mm, dap.

Setelah meneguk secawan susu berperisa strawberi kegemaran aku, aku mula menyelongkar kabinet dan merasa bersyukur apabila menjumpai bungkusan ramen yang masih belum dibuka. Dengan pantas aku koyak bungkusan tersebut dan mengambil dua peket ramen untuk dimasak. Jangan terkejut ya, aku lapar.

Sebiji telur dicapai dan dibasuh. Aku berhenti seketika dan melihat bahan-bahan untuk memasak ramen yang tersedia di atas kaunter. Apa lagi eh?

Setelah berfikir buat beberapa saat, baru aku teringat pasal keju keping yang tersimpan dalam peti ais. Macam manalah aku boleh lupa poin utama ramen aku.

Setelah memastikan semua bahan tersedia, aku mula memasak. Setiap bahan dimasukkan mengikut resepi yang aku cipta sendiri dan telah tertanam dalam kotak memori ni.

Usai memasak, aku ambil bau dulu. Pergh, memang tak dapat disangkal lagi. Ramen aku memang terbaik. /flip rambut/

Tanpa menyalin ramen ke dalam mangkuk lain, aku terus mengangkat periuk kecil yang aku gunakan untuk masak ramen kebanggaan aku tadi ke meja makan. Aku memang jenis taram ikut suka aku je. Asalkan aku selesa. Lagipun aku yang masak, bukan orang lain. Lagi satu, aku tak nak buang masa aku dengan basuh pinggan. Hehe.

Sebelum aku memulakan sesi makan-memakan, aku berlari ke bilik untuk mengambil telefon pintar aku. Nak layan drama sambil makan.

Sewaktu aku tengah khusyuk melayan drama Strong Woman Do Bong Soon sambil sesekali menyuap mulutku dengan ramen, pintu utama rumah tiba-tiba terbuka. Aku menghentikan suapan untuk melihat siapakah gerangan yang membuka pintu.

Hampir terjojol biji mata aku bila ternampak seorang lelaki di samping ibu aku. Tangannya pula sedang menjinjit dua beg kertas. Dia bertukar senyuman dengan ibu sebelum menyerahkan beg-beg kertas itu kepada ibu. Mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu kepada ibu. Mungkin mahu pamit ke rumah.

Apabila lelaki itu mengangkat kepalanya, tanpa sengaja matanya bertembung dengan mata aku yang memang dah lama usha dia dari tadi. Aku pun apa lagi, cepat-cepat tundukkan kepala, konon macam tengah khusyuk sangat makan. Waduh malu betul. Dahlah tengah serabai.

Ibu pun satu, yang pegi buka pintu luas-luas tu kenapa?

Yang mata ni pulak gatal sangat nak pandang anak jantan orang lama-lama ni kenapa?

Apabila aku dengar bunyi pintu ditutup baru aku angkat muka pandang ibu. Terpapar senyuman lebar pada wajah ibu. Lagaknya seperti masih belum perasan kewujudan aku dekat meja makan ni. Maka aku pun berdehem dengan lontaran vokal yang sederhana untuk menarik perhatian dia.

Dan nyata, ibu terkejut.

Apa bendalah yang dibualkan dengan lelaki tadi sampai tak lekang senyuman tu.

“Eh, Han. Terkejut ibu. Bilanya kamu balik ni?” soal ibu sambil mengurut perlahan dadanya. Oops, terasa bersalah pula.

Aku melemparkan sengihan bak kerang busuk ke arah ibu. “Maaf ibu. Lama jugak dah sampai rumah.” beritahuku.

Ibu anggukkan kepala, “Oh,” sebelum matanya tertancap pada periuk berisi ramen di depanku. Secara automatik matanya membulat, “Lah, makan ramen je ke? Maaf, ibu tak masak hari ni.”

Aku gelengkan kepala, “Takpe. Lagipun dah lama jugak Han tak makan ramen. Hari ni baru dapat rasa lagi.” Ibu tersenyum sambil menganggukkan kepalanya sebelum mengatur langkah ke dapur bersama beg-beg kertas di tangan.

Oh ya. Terasa nak menyibuk pula. Hehe.

Cepat-cepat aku habiskan ramen yang tinggal sedikit sebelum aku juga turut melangkah ke dapur. Ibu tengah keluarkan bekas kedap udara dari beg kertas itu sebelum disusun di dalam peti sejuk.

“Siapa yang bagi tu ibu?” soalku, ingin tahu. Ada kimchi, kimchi jjigae dan sedikit banchan (lauk sampingan). Nampak sedap!

Demi mendengarkan soalan yang keluar dari mulut aku, ibu secara automatik mengukir senyuman lebar. Tangannya masih ligat menyusun bekas-bekas tersebut ke dalam peti sejuk.

“Kamu perasan tak lelaki yang ada dengan ibu tadi?” soal ibu.

Aku menganggukkan kepalaku perlahan-lahan. Sekejap. Biar betul?

Aku memandang ibu dengan mata yang dibulatkan. Ibu tersengih.

“Yep, dia yang masak.”

 


walaweh.

---------------------------------------

well here it is.

Hope you all yang baca enjoy la ye.

ok tata. Doakan author update laju² lagi ye. Kk nak gi promote ff ni jap huhuhu

 

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook