prolog

Misi Curi Hati Abang Kantin

"Kim Haneul! Cepat sikit bersiap tu! Jungkook dengan Amber dah sampai dah ni!"

 

Jeritan ibu yang boleh buat rumah bergegar, kedengaran. Aku yang sedang membetulkan rambutku supaya penampilanku nampak lebih kemas, sedikit terperanjat.

 

"Haish ibu ni. Agak-agaklah nak menjerit pun. Macamlah aku ni tuli." rungutku sendirian. "Sekejap! Orang dah nak siap dah ni!" Aku menjerit dari bilikku, memaklumkan bahawa aku hampir siap. Setelah berpuas hati dengan penampilanku yang ringkas tetapi comel (cis, perasan), aku mencapai beg sandang berjenama MCM berwarna ungu cair dan menggalasnya di bahu sebelum keluar dan mengunci pintu bilikku. Kunci dimasukkan ke dalam poket beg sebelum zip ditarik. Aku pantas melangkah menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

 

Keadaan yang sunyi sepi di ruang tamu membuatkan dahiku berkerut seribu. "Aik? Mana dorang ni?" Mataku melilau di sekeliling ruang tamu, mencari-cari kelibat dua sahabat baikku itu. Manalah tahu dorang tiba-tiba terasa nak main sorok-sorok dengan aku ke pagi-pagi buta ni. Dorang tu bukan boleh dijangka. Lagi-lagi si Jungkook tu. Perangai budak-budak tak habis-habis. Bila nak matang pun aku tak tahulah. Padahal dah tua bangka. Nasib muka comel macam arnab.

 

Eh, mengutuk kawan sendiri nampak? Aku tergeleng-geleng sendiri sambil tersenyum nakal. "Kalau biskut tu tau aku duk ngutuk dia, mesti dia mengamuk. Hai, kau pun satu Haneul. Kawan sendiri pun boleh dijadikan bahan kutukan ke? Teruk betul."

 

Setelah aku mentarbiah diriku supaya jangan ulangi perbuatan mengutuk kawan sendiri, aku terdengar suara yang datangnya dari arah dapur rumahku. Aku menjulingkan mataku. Oh macam manalah aku boleh lupa yang dorang tu pelahap?

 

Apabila aku mendekati ruang dapur, suara Jungkook yang berceloteh tidak henti-henti menyapa pendengaranku. Aku melangkah masuk ke ruang dapur dan terus menuju ke peti sejuk tanpa memandang ke arah Jungkook, Amber dan ibuku yang sedang duduk di meja makan.

 

Ibu yang menyedari kehadiranku, mendongak dengan sisa senyuman yang masih terpalit di bibirnya setelah mendengar celoteh dari mulut Jungkook si biskut. "Ha, dah muncul pun anak dara ni. Ingatkan lama lagi." Ibu memerliku.

 

Aku mencebik. "Bukannya orang lama sangat pun. Tu pun nak kecoh." Aku membawa segelas jus oren di tangan sambil melangkah ke arah meja makan. Aku mengambil tempat di sebelah ibu, berhadapan dengan Amber yang sedang menjamah sandwic tanpa bersuara. Aku mengukir senyum ke arah Amber, "Morning sayang."

 

Amber menjulingkan matanya sebelum membuat aksi seperti hendak termuntah. Aku ketawa melihat responnya itu. Walaupun Amber nampak rugged dan brutal bagi seorang perempuan, tapi dia sebenarnya okey je. Aku pernah tanya, kenapa dia suka berlagak macam lelaki. Dia dengan selambanya jawab,

 

"Sebab dengan cara ni orang takkan ganggu aku."

 

Dan ternyata cara itu berkesan. Sebab takde siapa pun yang berani ganggu dia, melainkan aku dan Jungkook si biskut. Ehehe.

 

 

Aku beralih pula kepada Jungkook yang sudah pun melambai-lambaikan tangannya kepadaku dengan senyumannya yang comel. Macamlah aku ni jauh sangat sampaikan dia nak lambai tangan macam gitu.

 

"Morning Haneul sayang!" Jungkook berkata.

 

Aku jongket kening. "Siapa benarkan kau panggil aku sayang?" Aku bergurau je sebenarnya. Saja main-main.

 

Daripada tersenyum gembira, terus dia bermuram durja. Bibirnya dimuncungkan gaya itik sebelum dia mengalihkan pandangannya kepada ibuku yang sudah sedia maklum dengan perangainya yang memang manja plus ngada-ngada tu.

 

"Ibu, tengok Haneul ni!" Dia merengek sambil memasamkan mukanya.

 

Ibu yang melihat, menggelengkan kepalanya. "Hish kamu ni. Sudah-sudahlah tu mengusik si Jungkook ni. Tak baik." Ibu memarahiku.

 

Jungkook yang mendengar tersenyum lebar. Dia menjelirkan lidahnya ke arahku. "Padan muka!"

 

Aku memusingkan bebola mataku gaya menyampah. Tapi sebenarnya tak pun. Aku memang sengaja nak mengusik dia. Sebab dialah yang paling tak tahan kena usik. Kena usik sikit je, mengadu. Mengada-ngada. Tapi aku sayang dia. Sebab dia best friend aku dan dia comel. Aku memang minat lelaki comel.  Hahaha.

 

"Eleh, mengada-ngada. Sikit-sikit mengadu. Kalau mengadu kat mak sendiri takpelah jugak. Ni tak. Ibu aku jugak yang kau nak rembat." Aku mengusiknya lagi. Amber di hadapan sudah tersengih melihatkan perang mulut antara aku dengan Jungkook. Ceh minah ni. Tersengih-sengih.

 

“Ish, dahlah tu. Kamu ni kalau tak mengusik orang sehari, macam tak lengkap aje hidup tu kan?” Ibu membebel.

 

Aku tersengih. “Mestilah. Rutin harian tu. Mana boleh tinggal.” Aku menjawab selamba. Amber yang sedari tadi diam membisu, sudah ketawa lepas. Aku ikut ketawa.

 

Air muka Jungkook bertukar kelat. “AISH!”

 

Ibu sudah tergeleng-geleng kepala.

 

**********

 

“Class, dismissed.”

 

Ketua kelas iaitu Jung Daehyun, pantas bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Puan Lee, guru Bahasa Inggeris kami. Setelah Puan Lee hilang di balik pintu kelas, aku melepaskan keluhan berat dari bibir. Amber yang duduk di sebelahku, mengalihkan perhatiannya kepadaku.

 

“Asal kau ni? Macam apa je aku tengok.” Amber menegurku.

 

Aku meletakkan kepalaku di atas meja lalu memejamkan mata yang terasa berat. Sambil itu, mulutku menjawab pertanyaannya sebentar tadi. “Biasalah. Siapa je dalam kelas ni yang faham apa benda yang Puan Lee dok merepek tadi? Melainkan kau dan si Daehyun tu, aku rasa yang lain semua sebijik je macam aku ha.”

 

Amber mencebikkan bibirnya sambil mengemas buku-bukunya dan diletakkan di bawah meja. “Kau tu manjang ngantuk. Kalau boleh, semua kelas pun kau nak tidur kan? Tulah, time study group kau tak datang. Kalau datang pun kau buat apa je? Tak termenung, mesti  duk main henset.” Amber mula membebel. Minah sorang ni nampak aje macam ganas, tapi bila membebel, dah setaraf ibu aku dah.

 

Aku mencelikkan sebelah mataku sambil memandang ke arah Amber yang sedang ralit membaca buku Sejarah di tangan. Aku mengangkat kepalaku dan menggeliat malas di tempatku. Mataku meliar memandang setiap penjuru kelas. Semua rakan sekelasku sudah pun keluar dari kelas dan menuju ke kantin untuk mengisi perut yang kosong dan merehatkan wayar-wayar minda yang sudah berselirat dengan ilmu-ilmu baru yang dibekalkan oleh guru-guru hari ini.

 

Aku menjeling ke arah Amber di sebelah yang masih tidak berkutik dari tempat duduknya. Lengannya aku singgul, “Weh, tak nak turun kantin ke? Aku laparlah.” Aku merengek.

 

Amber yang sedang tekun membaca, tersentak. Dia menjeling jam di pergelangan tangan dan memandang ke arah pintu kelas, sebelum mengalihkan semula pandangannya ke arah buku Sejarah di tangan. “Kejap. Aku nak habiskan muka surat ni kejap.” katanya.

 

Aku mengerutkan kening dan menjeling pula jam tanganku sendiri. “Haih, macamlah kau tak boleh sambung baca kat kantin nanti?” soalku. Pelik betullah si Amber ni. Tiba-tiba aje.

 

“Alah, kejap aje.” sahutnya.

 

Aku mencebikkan bibirku. Mataku dikalihkan ke arah pintu kelas. Lama aku memandang ke luar sebelum akhirnya, mentol menyala di atas kepalaku. Bibirku mengukir senyum sinis.

 

“Aku rasa tak payah kot kau nak guna alasan baca buku.” Aku bersuara setelah suasana di antara kami sunyi sepi tanpa sebarang bunyi.

 

Amber tersentak. Dia menjeling ke arahku sebelum mengalihkan semula pandangannya ke arah buku Sejarahnya, “Apa maksud kau?” soalnya.

 

Aku sudah tersengih nakal. “Kau sebenarnya tengah tunggu Jungkook, kan?” Aku serkap jarang. Bukannya jarang sangat pun sebenarnya. Nampak sangat.

 

Muka Amber mula memerah. Dia terbatuk kecil sebelum menyangkal kata-kataku, “Hish kau ni! Mana ada!” Amber mula menggelabah. Pegangannya pada buku teks Sejarah, diperkemaskan.

 

Aku menjulingkan mataku. “Weh, tak payahlah. Aku tau sangat kau ni. Dah, dah. Kan dia kata dia tak dapat join kita rehat sekali hari ni sebab dia ada latihan bola keranjang. Kau lupa eh? Ish, ish, ish. Tak patut, tak patut.” Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Konon kesal.

 

Amber seperti tersedar akan hakikat itu. Dia berdeham seketika sebelum mula berlagak selamba, ingin menutup malu. Dia bangun dari kerusi lalu memandang ke arahku dengan mukanya yang masih merah. "Dahlah, jom. Kau ni merepek je tau." ujarnya. Dia lalu berjalan mendahuluiku ke arah pintu kelas.

 

Aku tergeleng-geleng sendiri. "Amber, Amber. Dah suka tak nak ngaku. Poyo betul." gumamku sendiri. Aku sendiri pun tak faham kenapa sampai sekarang si Jungkook masih tak dapat tangkap yang Amber tu sebenarnya suka kat dia.

 

"Woi! Apa tercegat lagi kat situ? Kata lapar?" Laungan dari Amber menyentak lamunanku. Aku pantas menolak kerusiku ke dalam meja sebelum mula melangkah ke arahnya.

 

"Ini baru Amber yang aku kenal. Ganas. Panggil orang pun pakai 'woi-woi' je," gurauku. Amber menjongketkan keningnya. "Oh, so kau nak kata yang aku ni biadap lah?"

 

Aku mengangkat bahu. "Lebih kuranglah." ujarku selamba. Amber memandangku dengan pandangan membunuh.

 

"Tak sayang nyawa!"


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook