+002

Misi Curi Hati Abang Kantin

Keesokan harinya, aku bangun sedikit awal dari kebiasaannya. 5:30 am. Memandangkan aku ialah spesies yang suka buat kerja last minute, jadi aku pun terus mencapai beg galas yang selalu aku pakai untuk ke sekolah dan mula menyusun buku mengikut jadual hari ini.

Memandangkan masa masih berbaki banyak, aku tiba-tiba terasa macam nak selak buku Addmath.

Alamak.

Aku tak siap lagi latihan yang sepatutnya dihantar hari ni! Mr Lee mesti mengamuk sakan nanti! ARGHHH!

Mujur aku terjaga awal hari ni. Betullah kata orang, ada hikmah di sebalik setiap apa yang terjadi. Aku bersyukur betul.

Dengan pantas, aku sudahkan aktiviti menyusun buku. Setelah itu, tuala mandi berwarna ungu yang tersangkut di kepala katil aku capai dan aku sangkut di bahu sebelum memecut ke dalam kamar mandi.

----------

Sesampai sahaja di hadapan pagar sekolah, aku berhenti seketika untuk mengambil nafas. 

Pagi tadi, gara-gara khusyuk sangat menghadap latihan Addmath yang sepatutnya aku siapkan malam semalam, aku tak perasan yang jarum jam dah menginjak ke pukul 7:15. Nasib baik aku dah siap pakai uniform dan susun buku. Walaupun Addmath antara subjek kegemaran aku, aku tak boleh nafikan ada beberapa soalan penuh muslihat yang berjaya buat kepala otak aku jadi jem sekejap.

Disebabkan jarak rumah aku dan sekolah agak jauh – kira-kira 200 meter jugaklah – aku terpaksa kerah stamina aku pagi-pagi. Peluh memang tak payah ceritalah. Dah macam air terjun je keluar.

Okey, hiperbola.

Setelah aku berpuas hati dengan aturan nafas yang semakin sekata, aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Dah tak ramai dah dekat luar ni.

Sampai kelas nanti nak mengadu dekat Amber!

----------

“Amber~”

Tiada jawapan.

Aku mencuba lagi. Kali ni dengan satu cuitan perlahan di lengannya.

Amber yang sedang khusyuk menelaah buku teks Sejarah, terpaksa menghentikan pembacaannya akibat fokusnya yang terganggu.

“Kau nak apa ni? Aku nak baca buku lah,” soal Amber dengan suara yang seakan-akan orang yang sedang fed-up.

Aii, dah kenapa pulak dengan minah sorang ni?

Aku membetulkan sedikit postur badan. Sisi kanan kepala pula aku topang pada tapak tangan sebelah kanan supaya senang untuk aku melihat wajah Amber. Baru aku perasan ekspresinya yang sedikit mendung dan tidak bermaya. Secara automatik, deria bestest-friend-ever aku berfungsi apabila aku memanjangkan tangan sebelum menekapkan tapak tangan kiriku pada dahinya.

Hmm, tak panas.

“Apa benda kau buat ni Han? Jangan kacau aku lah.”

Aku mengerutkan dahiku. “Nak kata demam, suhu badan normal. Takde angin, takde ribut tiba-tiba bad mood ni apa pasal?” Serius aku konfius ni.

Amber mengabaikan soalanku danerus menyelak laju helaian buku teks Sejarah. Jelas fokusnya tidak lagi pada isi yang terkandung di dalamnya.

Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi sesuatu dihempas kuat. Beberapa kepala rakan sekelasku menoleh ke arah tempat duduk kami dengan riak pelik. Aku yang sejujurnya sedikit terkejut dengan perlakuan Amber itu cepat-cepat melambaikan tanganku tanda tiada apa yang berlaku. Setelah mereka tidak lagi fokus pada kami, aku pantas bangun dari kerusiku sambil memandang ke arah Amber. Nasib baik sekarang ni semua cikgu tengah bermesyuarat.

“Jom.”

Amber buat muka begik. “Nak pergi mana?”

“Jom jelah!”

Demi melihatkan rahangku yang diketap, Amber tiada pilihan lain selain dari mengikut arahanku.

Tau takut.

----------

Buk!

Aku ambil dua tin air yang keluar dari vending machine sekolah itu sebelum kedua-duanya aku angkat dan goncang di hadapan Amber. “Nak yang mana satu?”

Amber memanahkan pandangan pada wajahku sebelum matanya beralih pula ke arah dua tin air yang  berada dalam peganganku. Susu strawberi atau Spritzer?

Akhirnya, Amber memilih susu strawberi. Pantas dibuka kacip tin itu sebelum isinya diteguk rakus.

Aku mencebikkan bibirku dan hanya mampu memandang tin Spritzer di tangan. Dalam diam, aku berharap yang Amber akan memilih Spritzer dan aku pula dapat merasa susu strawberi yang sekian lama menjadi minuman kegemaranku. Aku memang tak berapa gemar minum air berkarbonat.

Setelah aku selamat melabuhkan punggung di sebelah Amber, aku memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Amber yang perasan akan pandanganku, mengeluh sebelum menyandarkan badannya pada kerusi yang kami duduki.

“Haneul-ah,” panggilnya. Aku yang sudah sedia memandangnya, mengangkat sebelah kening. “Ya geng. Teruskan. Aku dengar,” ringkas sahaja aku membalas. Aku ni bukanlah jenis yang suka bertazkirah panjang lebar sangat. Aku lebih suka untuk berterus-terang dan jelas sebab aku tak nak benda-benda yang tak ada kena mengena pun dijadikan sebagai contoh untuk memahami sesuatu situasi.

Apa-apa pun, kembali pada situasi asal.

Amber seperti ingin mengatakan sesuatu, namun dia kelihatan ragu-ragu. Aku yang sedikit bengang melihatkan perilakunya yang entah sengaja atau tidak sengaja dilambat-lambatkan itu, pantas menekan tin Spritzer yang sejuk ke pipinya.

Amber yang nyata terkejut dengan kesejukan yang tiba-tiba menyentuh pipinya, mengerutkan dahinya bengang. Eh, dia pulak yang bengang!

“Ish, tak payahlah! Sejuk do,” marah Amber sambil mengelap pipinya yang basah. Aku tergelak jahat. Kelakar pula apabila melihat muka bengang Amber.

“Siapa suruh slow sangat,” balasku dan mendekatkan wajahku dengan wajahnya sambil membuat muka mintak pelempang. Amber memandang mukaku dengan pandangan tidak puas hati sebelum menolak mukaku jauh dari mukanya, “Blah lah.”

Aku terpana seketika. Impak dari perbuatan Amber itu, aku terasa hidung aku macam terpenyek. Cis! Tak guna! Kalau orang lain nampak buat malu je!

Aku baru ingin membuat aksi acah-acah macam nak tumbuk si Amber tu sebab dia tengah pandang tempat lain. Namun belum sempat aku melampiaskan geram dan belum sempat juga aku pura-pura macam tak ada apa, Amber dah toleh kepala ke arah aku. Matanya automatik memandang buku limaku yang masih lagi tergawang di udara. “Kau berani eh?”

Demi mendengar kata-kata yang terluah dari mulutnya, aku perlahan-lahan menurunkan tanganku sebelum memindah-mindahkan tin Spritzer dari satu tangan, ke tangan yang lain bagi menutup malu. “Takdelah berani sangat,” bisikku sendiri.

Aku terdengar bunyi decitan dari mulut Amber–dan aku amat pasti dia sedang tersenyum senget sekarang. “Dah lupa ke kawan kau ni ada black belt Taekwondo?”

Eh berlagak pulak dia.

“Kau jangan nak merendah-rendahkan aku eh. Mentang-mentang aku takde belajar apa-apa seni mempertahankan diri, kau nak buli aku lah ni? Nak salah guna kebolehan yang kau ada? Gitu?” Aku serkap jarang. Bengang ni bengang. Tahulah aku ni insan yang lemah.

Cis.

Senyuman sinis di wajah Amber masih lagi dipaparkan. “Kau memang lemah,” ejeknya sambil menyikuku. Wah budak ni!

Tidak mahu mengalah, aku menyiku bahagian tepi badannya. 

“OW.”

Amber mengerang sambil memegang sisi badannya. Dia membongkokkan sedikit badannya seolah-olah menahan kesakitan yang teramat.

Aku menjulingkan mataku ke atas. Aku dah cukup masak dengan perangai dia ni. “Dahlah tak payah nak berlakon. Menyampah pulak aku tengok,” ujarku dengan ton suara yang bosan. 

Tidak semena-mena, aku mendapati kepalaku telah dicekak oleh Amber.

“WOI LEPASLAH ISH!” marahku, jelas tak puas hati. Dia ni memanglah. Ergh!!

“Lain kali jumpa doktor gigi dua kali sebulan ya. Dah busuk sangat mulut tu.” Selamba dia berkata sebelum melepau dan menghirup lagi airnya.

“Ergh, habis rambut aku!” Aku merungut sambil membetulkan sedikit rambutku yang sudah serabai. Memang nasib betullah dapat kawan perempuan yang ada tenaga macam lelaki ni, haih.

Keadaan sunyi sekali lagi antara kami. Aku masih lagi sedang membetulkan rambutku apabila Amber memanggilku sekali lagi. Aku menjelingnya. “Kau ni lambatlah. Aku ajak kau keluar dari kelas ni sebab nak tau apa pasal kau moody semacam. Cepatlah bagitau,” gesaku dengan tahap kesabaran yang sudah tinggal sedikit.

Amber menarik nafas dan menghembusnya keluar sebelum mula membuka cerita. “Well, you see,” belum sempat dia meneruskan cerita, aku memotongnya.

“Tolong cakap dalam bahasa ibunda kita boleh tak? Martabatkanlah bahasa kebangsaan,” komplenku. Nak acah-acah speaking pulak dengan aku. Aku ni setakat perkataan Inggeris sepatah sepatah tu bolehlah aku faham. Ayat penuh? Memang blur.

Amber tersengih. “Oh lupa pulak ada orang buta bahasa Inggeris.”

Wah...

Okey sabar.

“Sebenarnya...”

Aku memandangnya dengan penuh perhatian, “Ha...”

Dia kelihatan ragu-ragu sebelum akhirnya berkata,

“Aku nampak Kyla dengan Jungkook tadi.”

Aku mengerutkan dahi. “Kyla budak cheerleader tu ke?” soalku inginkan kepastian. Amber menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan.

Buat seketika, aku terdiam. Jadi? Kenapa pun? Kenapa Amber bagitau benda ni?

Aku memerah otak, memikirkan puncanya sebelum sebuah mentol menyala di atas kepalaku. Ah...

Hehe. Inilah masanya!

Aku mempamerkan riak bingung sambil memandang ke arah Amber, “Okey...jadi kenapa dengan dorang?” soalku dengan nada polos. Hehehe.

Amber memandang ke arahku dengan pandangan kosong. Matanya betul-betul menentang pandanganku. Aku pula mencuba sedaya upaya untuk tidak menghamburkan tawa di hadapannya.

Setelah beberapa saat, Amber mengalihkan pandangan pada tin air di tangannya. Dia kelihatan seperti sedang berkira-kira.

Aku pula menunggu dengan penuh sabar. Cepatlah Amber! Aku nak dengar sendiri pengakuan dari mulut kau!

Amber menggaru kepalanya dan menghembuskan nafas kuat sebelum memusingkan badannya menghadap ke arahku. Aku memandangnya dengan penuh pengharapan.

“Aku...hati aku rasa pedih bila tengok dorang.”

Tudiaaaa.

Mengaku pun heheh.

Aku tersenyum puas hati. Eheh, boleh dijadikan sebagai bahan ugutan ni. Aku gelak jahat di dalam hati.

Amber mengangkat kening apabila melihat senyumanku. “Kau dah kenapa?”

“Takde apa. Jadi, kenapa kau rasa macam tu?” soalku lagi, sengaja ingin memancing reaksinya.

Amber memandangku sejenak sebelum menurunkan pandangannya. Dia bermain-main dengan tin air di pegangannya. Mulutnya terkunci. Tidak tahu hendak berkata apa.

Aku pula sudah terkekek-kekek ketawa apabila melihat telinganya yang sudah mula bertukar merah. Waduh, pertama kali ni tengok dia blushing! 

“Ooh kau suka Jungkook eh?” usikku nakal. Bahunya aku cuit-cuit, menyebabkan badannya bergoyang sedikit.

Dia menekup kedua-dua belah tangannya ke muka untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah seperti udang kena bakar. Merah habis!

Senak perut aku ketawa. “Ooh, Amber suka Jeon Jungkook~” Aku berkata dengan suara yang mendayu-dayu. Sengaja ingin menambahkan lapisan warna wajahnya.

 

 

“HANEUL!”

--------------------

Guys.

Sorry sebab lambat update! Author bizi dengan exam & homework plus kemalasan yang menggunung dan writer's block ㅠㅠ

Forgive me~

I know this chapter takde apa-apa progress sangat. But I just have to update in order to not make you guys wait and this is my way to atasi masalah writer's block ni ergh.

I'll try my best to come up with good chapter for the next update! Wish me luck guys 💖

--bwoyaaaa

 

p.s sorry if there's any grammar mistake. I didn't revise it

p.p.s and yeah i just need to insert pristin here heheh

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook