+011

Misi Curi Hati Abang Kantin

"Okey! Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja kamu semua. Dan untuk itu, ada hadiah istimewa yang saya nak bagi."

Kesemua 25 pasang mata di dalam kelas itu tajam memandang guru Pendidikan Seni mereka yang sedang berdiri sambil menggenggam kedua-dua tangannya yang diletakkan di hadapan dada. Sebuah senyuman misteri juga menghiasi bibirnya.

"Apa dia ssaem?" Soal Mingyu dengan mata yang bersinar-sinar. Okey, kecuali Mingyu–si anak emas Puan Oh iaitu guru Pendidikan Seni mereka–yang sentiasa menjadi satu-satunya pelajar di antara 25 orang pelajar lain di dalam kelas itu yang sebenarnya menyukai setiap apa yang ditugaskan oleh Puan Oh. Termasuk "hadiah istimewa" yang saban kali dititipkan Puan Oh di penghujung kelasnya.

Hadiah konon.

Puan Oh mengarahkan pandangan kepada Mingyu yang sedang duduk tegak di kerusinya sambil memandang ke arahnya dengan penuh minat. Sebuah senyuman secara automatik tersungging di bibirnya.

"Nampaknya Mingyu sorang je yang teruja dengan hadiah istimewa yang saya akan berikan. Yang lain?"

Suasana senyap seketika sebelum bunyi loceng yang menandakan tibanya waktu rehat, memecahkan keheningan tersebut.

Kring!

Dokyeom dengan tiba-tibanya juga, mencelah dengan nada bosan–seolah sudah terbiasa dengan situasi ini. Kepalanya yang dilentokkan pada lengan kanannya yang dibiarkan terjulur di atas meja, tidak sedikitpun bergerak ketika dia membalas pertanyaan Puan Oh itu.

"Bagi jelah kerja rumah tu cikgu. Kami dah lapar ni."

Seisi kelas memandang ke arah Dokyeom yang jelas kelihatan tidak mahu terus duduk di dalam satu ruang yang sama dengan Puan Oh.

Sejujurnya, mereka semua berkongsi perasaan yang sama. Ingin segera meninggalkan guru Pendidikan Seni mereka yang suka membebani mereka dengan kerja rumah yang sukar dan menikmati masa rehat yang masih berbaki 25 minit dengan aktiviti makan, minum dan tidur seketika.

Mingyu terkecuali, semestinya.

Mereka semua percaya bahawa Mingyu telah dimandrem dengan Puan Oh supaya menyukai subjek yang amat membosankan dan membebankan itu.

Kerana setakat ini, cuma Mingyu sahaja yang mampu bertahan duduk di dalam kelas Pendidikan Seni yang berlangsung selama satu jam setengah, pada setiap hari Khamis, dengan berbekalkan semangat dan minat yang utuh.

Syabas buat Mingyu.

Seperti kebiasaannya juga, Puan Oh tidak sedikitpun mengendahkan nada yang jelas menunjukkan kepasrahan hati seorang pelajar yang bersumber daripada Dokyeom itu.

Bahkan dengan senyuman yang lebar, dia menyambung bicaranya yang jelas mengundang satu sahaja reaksi dari pelajar-pelajarnya..

"Arca berbentuk karakter kartun kesukaan kamu pada kelas akan datang, okey? Jumpa lagi."

Dengan sekali kaut, Puan Oh berjaya membawa kesemua alatan yang sememangnya akan dibawanya ke kelasnya yang terdiri daripada satu set warna air, satu set pensel warna, satu set pensel kayu pelbagai ketebalan dan juga sebuah pad lukisan yang tidak pernah menipis walaupun sering digunakan.

Kelibat Puan Oh yang sudah hilang disebalik daun pintu, pantas pula disahut dengan rungutan daripada 24 orang manusia itu.

"Kejam."

"Aku tak reti buat arca!"

"Malasnya!"

"Tak nak datanglah hari Khamis depan!"

Namun, hanya seorang sahaja di antara mereka yang mampu tersenyum.

Senyum lebar, yang pasti.

"Yeay, arca!" Sorak Mingyu seorang diri. Kelihatannya dia benar-benar teruja dan gembira dengan tugasan yang baru diterima sebentar tadi.

Seungkwan yang melihat, pantas melontar segumpal kertas yang dikoyak dari pad lukisannya ke arah Mingyu.

Tepat mengenai belakang kepala si gergasi.

"DIAM KAU MINGYU!"

----------

"Ah..."

Angin sepoi-sepoi yang bertiup lembut membuatkan dua sekawan itu hampir terlena. Kedua-duanya masing-masing melentokkan kepala di atas meja kayu yang terletak di bawah pohon rendang dan menghadap ke arah padang sekolah itu.

Haneul menguap. Matanya berair, tanda kantuk yang hebat melanda dirinya saat ini.

Pun begitu, tangannya tangkas mengoyak bungkusan Oreo yang dibeli dari koperasi sekolah sebelum sekeping daripadanya disumbat malas ke dalam mulut. Kotak susu strawberi yang sudah dikoyak hujungnya, pantas disedut isinya setelah itu.

Ah, leganya...

Amber juga leka mengunyah roti ikan bilis sambil mindanya menerawang memikirkan insiden semalam.

"Siapa je yang tak kenal Amber, hakak gengster sekolah hmm?"

"Haih."

Keluhan yang tidak semena-mena terbit dari mulutnya itu, berjaya membuatkan Haneul mengangkat kepala dan menoleh ke arahnya bersama ekspresi pelik di wajah. "Kenapa weh?"

Amber menjeling sekilas ke arah sahabatnya itu sebelum mengeluh sekali lagi. Kali ini kepalanya disembamkan pula pada lengannya manakala kakinya pula menyepak-nyepak udara seperti anak kecil yang merajuk kerana keinginannya ditolak.

"Haihhhhhhhh." Makin panjang pula keluhan berat yang terlepas dari mulutnya. Hatinya terasa bagai diikat dengan tali yang menampung sebeban batu besar dan ditarik-tarik ke bawah. Berat.

Haneul mula menegakkan postur duduknya. Sahabat sehidup sematinya itu dipandang sedikit bimbang. Tangannya kemudian bergerak menyentuh bahu Amber yang masih lagi dengan posisi sebegitu.

"Kau ada masalah ke? Ceritalah dengan aku. Mana tau aku boleh tolong?" Pujuknya.

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Amber yang jarang-jarang moody ni, boleh moody. Itu yang lagi menambahkan tanda tanya di kepala Haneul.

Buat seketika, tiada reaksi yang diberikan oleh Amber. Haneul juga hampir mengalah kerana dia sendiri tidak mahu terlalu mendesak sahabatnya itu. Dia terus memasukkan biskut ke dalam mulutnya dan mengunyah dalam diam, sebelum kedengaran suara Amber yang bernada lebih rendah dari kebiasaannya.

"Weh."

"Apa?"

"Aku nampak macam lelaki sangat ke?"

Soalan luar alam itu nyata berjaya membuatkan dahi Haneul berkerut seribu.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu?" Soalan berbalas soalan.

Amber melepaskan nafas yang ditahan. Kepalanya diangkat dan wajah sahabatnya itu dipandang.

"Aku cuma nak tahu je."

Sekali lagi, dahi Haneul berkerut. Kali ini makin dalam kerutan di dahinya, cuba untuk menafsir makna di sebalik kata-kata itu. Dia terdiam seketika. Matanya kekal memandang wajah Amber yang kelihatan suram dan mendung sebelum sesuatu terlintas di kepalanya.

"Kejap. Ini melibatkan Jungkook ke?"

Amber diam tidak berkutik. Dia bermain-main dengan baki roti yang masih bersisa di tangan. Selera makannya tiba-tiba padam.

"Weh, bagitaulah. Ni ada kaitan dengan Jungkook ke?" Soal Haneul sekali lagi. Dia seakan-akan dapat menghidu rahsia yang cuba disembunyikan oleh Amber. Namun, dia tidak mahu serkap jarang.

Amber mengeluh sekali lagi sebelum menggelengkan kepalanya, "Tak, bukan dia. Tapi..."

"Cakap jelas-jelas la! Ish kau ni," Disebabkan bengang dengan kelakuan Amber yang tiba-tiba sahaja ragu-ragu nak mengeluarkan suara, Haneul sengaja berkata begitu.

Amber pantas menjeling tajam ke arah Haneul. "Yang kau nak marah aku ni apahal?" Menyirap pula rasanya bila terdengar nada Haneul yang naik satu oktaf.

Aku tengah serabut, member marah-marah pulak. Huh!

Melihatkan Amber yang seperti teruji kesabarannya, Haneul pantas tergelak. Dicuitnya pinggang Amber.

"Weh, aku gurau jela. Janganlah marah! Dah, takpe. Nanti kalau kau rasa nak cerita, kau ceritalah. Aku setia mendengar," di akhir kata, sempat sebuah kenyitan dihadiahkan buat si sahabat yang sedang berduka. Lantas, punggungnya pantas diangkat dari bangku dan sampah-sarap yang terdapat di atas meja itu dikutip. Tangannya menunjuk pula pada roti di tangan Amber, "Tu, nak buang ke, nak makan?"

Amber pantas membungkus semula roti itu. "Takpe. Nanti aku makan." Haneul menjungkitkan bahunya tanda akur sebelum bergerak ke arah tong sampah yang berdekatan. Setelah membuang sampah, dia melaung pula dari tempatnya berdiri.

"Amber!"

Amber yang masih lagi duduk melayan perasaan pantas menoleh. "Hm?"

Haneul tergeleng kepala. Parah betul nampaknya kawan aku ni.

"Jomlah balik kelas! Waktu rehat dah habis."

Mendengarkan itu, Amber laju pula menjeling jam di pergelangan tangannya. Menyedari masa rehat masih berbaki tiga minit, dengan penuh malasnya dia bangkit juga dari duduk. Langkah diatur mendekati Haneul.

"Senyumlah." Bahu Amber dipeluk sayang.

Amber menggeleng dan sekadar memandang ke bawah. Malas melayan.

Haneul mencebik. "Senyum sekarang kalau tak aku cium."

Tak semena-mena, kepalanya ditolak jauh oleh Amber.

"Gelilah mangkuk." Katanya bersama sebuah senyuman geli hati.

Haneul tersengih. Bahu Amber dipaut sekali lagi.

"Mangkuk sayang awak, Amber! Muah!"

 

----------

Satu lagi update sebelum cuti habis and sekolah start balik! Huhu 

 

Happy EidAdha kawan²! Moga Allah redha ^^v

 

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook