+007

Misi Curi Hati Abang Kantin

"Hai Haneul." Sapa Jongin sambil tersenyum.

Haneul terkedu. Dia buat apa dekat sini?!

Seketika, dia terperasankan pakaian seragam yang dipakai oleh Jongin. Itu..pakaian untuk pekerja kantin sekolah.

"Awak kerja dekat sini?" Soalnya bingung. Lupa terus yang dia turun ke kantin untuk makan. Amber di sebelah juga hampir-hampir sahaja dilupai kewujudannya jika tidak kerana cuitan yang dirasa pada lengannya.

Jongin menganggukkan kepala. "Haah. Baru je mula hari ni. Ingat tak semalam apa yang abang bualkan dengan ibu Haneul?"

Abang...?

Haneul terdiam seketika sebelum menggelengkan kepalanya. Dia sebenarnya terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja membahasakan diri sebagai 'abang'.

Jongin tersenyum, menggeleng. "Ey nyanyuk." Guraunya sebelum menyambung, "Ingat tak yang abang ada cakap abang mohon kerja dekat sekolah Haneul?" Soalnya, cuba untuk membangkitkan semula memori semalam.

Mata Haneul automatik membesar apabila teringatkan isi perbualan di antara Jongin dan ibunya semalam. Eh, tapi...

"Awak memang betul-betul mohon sebagai pekerja kantin ke? Ke, awak ditugaskan dekat sini atas arahan pengetua sekolah?" Soalnya, ingin tahu. Takkanlah Jongin minta untuk kerja di bahagian kantin pulak kan? Muka punya handsome...

Eh. Dah, merapu.

Soalan itu membuatkan Jongin terangkat kening. Sejujurnya, dia memang sudah menjangkakan kemunculan soalan ini. "Kenapa Haneul tanya macam tu? Apa, abang nampak tak layak ke kerja sebagai pekerja kantin sekolah?" Sengaja dia menyoal sebegitu. Hampir sahaja dia gelak terbahak-bahak apabila melihatkan wajah anak jirannya itu yang berubah serta-merta. Eh, kejap. Dah kalau Haneul anak jirannya iaitu Mak Cik Kim, ini bermakna Haneul pun sepatutnya digelar sebagai jiran dia lah kan?

Ah, berbelit. Off topic pulak tu.

"Eh, bukan macam tu!" Pantas ayat sangkalan meluncur keluar dari mulutnya. Uit, salah faham pulak Encik Crush ni!

"Habis tu macam mana pulak?" Sekali lagi dia menguji. Terasa lucu pula melihat kegelabahan gadis itu. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman nakal. Tangan pula sengaja disilang ke dada.

Haneul yang ingin menjelaskan situasi sebenar, terhenti daripada berbuat demikian apabila dia perasan senyuman mengusik lelaki itu. Secara automatik, dia meletakkan tangannya yang tadinya diramas-ramas kerana sibuk memikirkan alasan untuk menjawab soalan Jongin itu ke sisinya. Pandangan kosong diberikan. "Tak kelakarlah."

Jongin tidak sengaja melepaskan tawa yang sedari tadi ditahannya. Tangannya dijatuhkan semula ke sisi. "Okey okey, gurau."

Haneul hampir-hampir sahaja ingin memusingkan bebola matanya tanda menyampah. Tiba-tiba, satu lagi cuitan singgah di lengannya. Dia memandang ke arah Amber di sisi yang sudah berwajah masam. Ah, dia betul-betul lupa kewujudan Amber jugak akhirnya.

"Kau nak sambung bersembang ke? Sebab aku nak naik. Kelas dah nak mula ni." Soalnya dengan nada mendatar.

Haneul menjeling jam di pergelangan tangannya dan mulutnya ternganga sedikit. Uish, lama gila aku bersembang!

"Oh, haah, jomlah naik." Dia menoleh seketika ke arah Jongin yang sedang memandang ke arah Amber sebelum memandang ke arahnya semula.

Dia membuka mulut, "Saya kena naik kelas. Tak sangka akan jumpa awak dekat sekolah ni. Sebelum terlupa, selamat datang lah ya." Katanya sebelum berpaling dan mula melangkah pergi bersama Amber di sisi. Ada unsur sarkastik yang diselitkan pada hujung ayat.

Kedengaran tawa kecil dari Kim Jongin yang membuatkan hatinya berdegup sedikit laju. Dia dapat menangkap ayat terakhir dari lelaki itu sebelum betul-betul hilang di sebalik pintu masuk kantin.

"Terima kasih. Jumpa nanti."

Jumpa...nanti?

----------

Kelas Bahasa Korea pada pagi itu berjalan dengan sedikit tidak lancar memandangkan guru Bahasa Korea mereka iaitu Puan Jun, tidak berapa sihat. Kelas mereka juga terpaksa ditamatkan awal kerana dia kerap terbatuk-batuk sewaktu membacakan perenggan di dalam buku teks.

Setelah Puan Jun meninggalkan kelas, Daehyun si ketua kelas menepuk-nepuk tangannya kuat bagi menarik perhatian rakan-rakan sekelasnya. "Korang! Dengar sini, aku nak cakap kejap."

Semua orang di dalam kelas termasuk Amber dan Haneul yang sedang sibuk menyalin nota memberhentikan aktiviti mereka seketika dan menumpukan perhatian terhadap ketua kelas mereka yang berwibawa itu.

"Aku cuma nak bagitahu yang cikgu Addmath tak dapat masuk hari ni sebab dia ada mesyuarat di luar sekolah," Belum sempat dia menghabiskan pengumumannya, seisi kelas sudahpun bersorak kegembiraan. Syukur tak perlu hadap soalan Addmath dan cikgu Addmath hari ni!

Daehyun meletakkan jarinya ke bibir sebagai isyarat supaya diam sebelum menyambung, "Tapi, Mr Lee dah tinggalkan kita dengan latihan. Semuanya..." Dia berhenti seketika bagi mengira jumlah kertas yang ada di atas mejanya sebelum memandang ke arah rakan-rakannya dengan sengihan,

"Semuanya ada 10 helai. Mr Lee cakap dia nak tengok latihan ni esok. Jadi, aku ucapkan good luck lah ya." Katanya diakhiri dengan senyuman nakal. Separuh daripada kertas-kertas yang tersusun di atas mejanya diberikan kepada penolong ketua kelas iaitu Kang Seulgi yang duduk di sebelahnya. Mereka mengedarkan kertas tersebut kepada seluruh penghuni kelas yang setiap seorangnya tidak akan terlepas dari mengeluh.

"Kenapa Mr Lee kena seksa kita macam ni?! Apa salah yang kita dah buat dekat dia?!" Dokyeom, si pak lawak a.k.a budak yang paling lemah dalam subjek Addmath di dalam kelas mereka. Wajahnya jelas sugul.

Daehyun yang melihat, menjungkitkan bahunya lalu menggelengkan kepalanya. "Aku tak rasa terseksa pun."

Dokyeom menghantar pandangan sayu ke arah ketua kelasnya itu sambil mencebikkan bibirnya, "Kau terer Addmath boleh la cite. Aku ni.." Hujung ayatnya dibiarkan tergantung. Seungkwan a.k.a partner in crime Dokyeom yang sedari tadi melihat babak sedih yang dilakonkan oleh sahabatnya itu, menepuk-nepuk bahu Dokyeom.

"Sabar weh. Nak buat macam mana kalau diri tu memang tak berapa nak bijak, kan? Sabar jelah." Ayat-ayat yang dituturkan sekadar meruntunkan lagi semangat Dokyeom. Rakannya itu dijeling tajam. "Kau pandai sangat ke?" Balasnya menyampah.

Seungkwan tersengih. "Lagi okey dari kau kot?" Setelah itu, dia membuat muka annoying di depan Dokyeom yang ketika itu dipenuhi semangat yang berkobar-kobar untuk menempeleng mukanya.

Daehyun tergeleng kepala melihat dua sekawan itu. Walaupun kerap kali bergaduh, namun dia tahu kedua-duanya amat menghargai kewujudan masing-masing. Lumrah sahabat.

"Eh, dah dahlah tu buat drama tak cukup bajet depan kitorang. Nanti mana yang kau tak tau tu tanya aku. Aku tolong ajar." Katanya sebelum duduk semula di tempatnya dan mula menyiapkan satu demi satu soalan Addmath.

Mata Dokyeom bersinar-sinar apabila Daehyun menawarkan diri untuk membantunya. Dipandang belakang kepala Daehyun sebelum menjerit, "I LOVE YOU, JUNG DAEHYUN!"

"I love myself too."

Setelah tamat drama sebabak dari mereka berdua, semuanya mula menumpukan perhatian pada latihan yang baru diterima. Lapang sedikit dada mereka selepas bergelak ketawa melihat drama sebabak itu.

Amber memandang ke arah Haneul yang masih lagi tergelak sendiri mengenangkan drama sebentar tadi. Terhinjut-hinjut bahunya dalam usaha menahan diri dari meletuskan ketawa.

"Eh, Haneul. Kau jangan nak suka sangat."

Ayat yang muncul secara tiba-tiba itu membuatkan Haneul menelengkan kepala ke sisi dan memandang Amber dengan pandangan aneh. "Kenapa pulak?" Soalnya polos.

Amber memandangnya lama sebelum berkata, "Sebab aku perlu tahu apa hubungan kau dengan pekerja kantin tadi."

----------

Setelah hampir 10 minit bercerita mengenai bagaimana dia boleh mengenali Kim Jongin yang kini dipanggil sebagai abang kantin oleh Amber,–cepat betul dia berubah fikiran–, Haneul menarik nafas panjang. Fuh, kering anak tekak.

Sambil dia meneguk sekotak susu strawberi bagi membasahkan tekak yang sudah kering akibat bercakap tanpa henti, matanya tidak lepas dari memerhatikan reaksi sahabatnya itu. Setelah mendengar cerita darinya, Amber kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia setia menanti reaksi seterusnya daripada Amber.

"Oh." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Amber.

Haneul ternyata tidak berpuas hati dengan respon pendek itu. Punyalah berjela dia membebel, oh je yang Amber mampu cakap? Cis.

"Weh, takkan 'oh' je. Bagilah respon gempak sikit." Rungutnya. Kalau Amber sudah tidak berminat dengan apa yang diperkatakannya, macam mana dia nak bagitahu rahsia sulit peribadi yang dia simpan selama ni?

Amber menganggukkan kepalanya perlahan-lahan, masih lagi cuba untuk memproses maklumat yang baru sahaja diterima. "Tak, kau punya cerita tu panjang gila and berbelit, so aku agak lambat sikit nak faham." Katanya jujur, membuatkan Haneul tersipu sendiri.

"Oh eh? Ha ha ha maaflah. Aku excited sangat kot?" 

"Memang. Nampak sangat weh." Akui Amber. Dia perhati je cara sahabatnya itu bercakap mengenai pekerja kantin yang baru itu. Terserlah kekaguman Haneul terhadap lelaki itu pada pandangannya. Kenapa agaknya?

"Hehehe." Ketawa gugup dibiarkan keluar dari mulutnya. Oh okey dah mula gementar ni.

Amber memandang ke arahnya dengan pandangan skeptikal. Matanya dikecilkan, perkara yang biasanya dia lakukan apabila ingin cuba menafsir ekspresi orang lain. Jari jemari diketuk pada dagu bagi menambahkan effect macam tengah judge orang. "Kau..." Ayatnya dibiarkan tergantung, membuatkan Haneul mengangkat kepala dan memandang sahabatnya itu dengan pandangan yang jelas menunjukkan dia gementar. "A-apa?"

Amber memandangnya lama sebelum akhirnya menyambung, "Kenapa dia bahasakan diri dia abang bila bercakap dengan kau tadi?"

Soalan mengejut dari Amber itu berjaya membuatkan wajah Haneul panas secara perlahan-lahan. Ya, dia terlupa pula pasal hal tu. Secara jujurnya, dia sendiri pun agak terkejut bila The Kim Jongin a.k.a crushnya itu membahasakan dirinya sebagai abang semasa mereka bersembang tadi. Dalam diam dia tertanya-tanya berapa agaknya umur jejaka itu.

"Aaa...sejujurnya, aku pun tak tau kenapa dia tiba-tiba bahasakan diri dia abang tadi. Itu kali pertama dia bahasakan diri dia abang dengan aku. Sumpah!" Jelasnya dengan bersungguh-sungguh. Tangan kanan diangkat separas bahu untuk menunjukkan keseriusannya.

Amber masih lagi dengan wajah acah percaya-tak-percaya. "Ya ke? Entah-entah kau yang cadangkan panggilan manja macam tu kat dia kan?" Amber serkap jarang. Tidak semena-mena dia terasa lengannya ditepuk kuat oleh sahabatnya itu. "OW! Sakitlah!"

Haneul menjegilkan matanya. "Siapa suruh meraban? Kau ingat aku ni tak tau malu sangat ke? Dahlah baru kenal do. Kau ni pun." Marahnya. Tak marah pun, cuma terkezut je.

Amber mencebik. "Yelah sorry. Aku gurau je," katanya dengan suara yang seakan sedang berjauh hati. Lengan yang pedih digosok bagi mengurangkan sakit.

Haneul buat tak peduli dengan Amber yang merajuk dan menyambung, "Sebenarnya, aku ada benda nak bagitau kau. Pasal abang kantin tulah." Mulanya, kegugupan sekali lagi menguasai diri.

Amber mengangkat kening tanda dia mula menunjukkan minat untuk mendengar kata-kata seterusnya daripada sahabatnya itu. "Cakaplah."

Haneul menekup mukanya dengan tangan.

 

"Aku suka dia."

 

----------

Hai kepada korang yang membaca hehe

Selamat Berpuasa guys! Moga kita semua boleh tingkatkan ibadat pada bulan Ramadhan kali ni. Author rasa teruja pulak bila fikir yang author update cerita ni time hari pertama puasa. And sekarang dah nak berbuka dah pun woohoo hahahaha

Macam biasa, dah baca tu tinggalkan la komen sikit. Author nak gak tau reaction korang eventho cerita ni flow dia lambat sangat 😂 last, selamat berbuka~

p.s. exam week dah tamat oh yeah!

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook