+003

Misi Curi Hati Abang Kantin

Author's POV

Setelah loceng waktu balik berbunyi, ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas mereka. Masing-masing ingin cepat sampai ke rumah bagi meneruskan aktiviti harian masing-masing.

Haneul yang sudah siap mengemas begnya, memandang ke arah Amber yang sedang memeriksa laci mejanya bagi memastikan tiada barang-barangnya yang tertinggal. Setelah berpuas hati, mereka berdua beriringan keluar dari kelas mereka yang sudah kosong tanpa kawan-kawan sekelas yang lain.

Sambil berjalan, Amber membetulkan tali beg yang tersangkut di bahunya. “Weh, jangan lupa esok kita kena buat presentation Sejarah. Jangan tak datang pulak,” pesannya bersama jari telunjuk yang diunjukkan dekat ke muka Haneul.

Haneul yang sememangnya sudah membuat plan untuk tidak turut serta dalam pembentangan yang seharusnya dilakukan oleh kumpulan mereka pada esok hari, mencebikkan bibirnya sedikit.

Amber yang perasan akan perubahan wajah sahabatnya itu, mengecilkan matanya. “Kau ni mesti dah rancang tak nak datang esok kan? Sebab tu buat muka itik macam tu.” tekanya. Eh, mengena pulak!

Haneul tersengih, memaparkan barisan giginya yang tersusun rapi. “Eh takdelah. Takkanlah aku nak biarkan kau dengan Suhyun je buat pembentangan. Kita kan satu grup, kenalah bekerjasama, kan?” Lancar sahaja ayat cover itu meluncur keluar dari mulutnya.

Amber menganggukkan kepalanya. “Tau pun. Jadi jangan cuba nak lari dari tanggungjawab kau eh.” katanya tegas.

Haneul tersengih sahaja sambil menunjukkan ibu jarinya tanda ‘ok’.

Buat seketika, suasana di antara mereka berdua sunyi tanpa sebarang bicara. Amber sedang ralit memerhatikan pelajar-pelajar lain yang sedang berjalan untuk pulang ke rumah seperti mereka.

“Tapi, kalau takde aku pun korang punya presentation masih gempak, kan?” suara Haneul tiba-tiba. Amber pantas menoleh ke arah Haneul dengan pandangan tajam. Jari telunjuk dituju ke hidung sahabatnya itu. “Jangan. Berani.”

Demi mendengarkan ketegasan di dalam suara Amber, pantas Haneul mengangkat kedua-dua belah tangannya. 

“Okey, okey!”

----------

“Fuh, panasnya...”

Haneul menyeka peluh di sisi wajahnya. Cuaca hari ini cerah sekali. Bahang mentari yang sedari tadi mencucuk kulitnya telah berjaya menyebabkan hampir separuh dari bajunya dibasahi dengan peluh. Keluhan juga tidak henti meluncur keluar dari mulutnya.

Setelah berpisah dengan Amber di selekoh yang memisahkan jalan ke rumahnya dan rumah Amber, dia terpaksa berjalan kaki seorang diri menahan terik mentari. Jungkook pula tidak dapat menyertai mereka berdua kerana terpaksa menghadiri latihan bola keranjang yang diadakan setiap hari mulai semalam.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba matanya terpandangkan kedai serbaneka yang sememangnya wujud di kawasan perumahannya. Wajahnya serta-merta bercahaya dan langkah kaki dilajukan ke arah kedai itu.

Demi merasakan hembusan pendingin hawa tatkala dia melangkahkan kaki ke dalam kedai itu, satu keluhan lega dilepaskan. Ah, sejuknya.

Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah peti yang menempatkan aiskrim dari pelbagai jenama dan perisa. Ditiliknya satu per satu timbunan aiskrim di dalam peti itu, sebelum matanya tertancap pada aiskrim kegemarannya; Cornetto Strawberry Choc.

Setelah bungkusan itu dicapai, dia terus menuju ke arah kaunter pembayaran dan meletakkan aiskrimnya di atas kaunter tersebut sebelum menyeluk kocek vestnya. Lama dia mencari sebelum pergerakanmya terhenti.

Aduh, mana duit?!

Dia mendiamkan diri seketika. Aduh macam mana ni? Malunya...

“Hak-saeng?” (pelajar?)

Teguran dari si penjaga kaunter itu menyebabkan Haneul tersentak dari lamunannya. Jarinya diramas-ramas segan.

Baru sahaja dia ingin mengatakan “tak jadilah”, satu suara garau tiba-tiba muncul dari arah tepinya.

“Kira aiskrim ni sekali.”

Haneul cepat-cepat menoleh kepalanya ke sisi. Dia terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya memandangkan pemilik suara sebentar tadi berdiri lebih tinggi darinya.

“Oh.”

Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya ketika itu. Sesungguhnya dia amat terkejut sekarang.

Lelaki itu yang perasan akan pandangan yang diberikan oleh Haneul, tersenyum sedikit. “Hari ni saya belanja.” katanya sambil mengunjukkan bungkusan aiskrim yang siap berbayar itu ke arah Haneul.

Darah merah menyerbu ke muka apabila tangannya menerima bungkusan tersebut. “T-terima kasih.” Tergagap-gagap Haneul membalas. Ini lelaki yang ada dengan ibu semalam!

“Sama-sama.”

Sejurus itu, lelaki itu melangkah keluar. Haneul yang masih berada di awang-awangan, pantas menyedarkan dirinya sebelum dia juga turut meninggalkan kedai serbaneka itu.

Matanya diarahkan ke hadapan. Lelaki itu masih lagi kelihatan di pandangannya. Di tangannya, terjinjit beberapa beg plastik yang setiap satunya kelihatan senak dengan barangan. Fuh, lelaki membeli-belah barang dapur? Rare.

Haneul pantas membuka langkah dan berjalan ke arah yang sama dituju oleh lelaki itu. Dalam diam, dia ingin mengetahui di mana letaknya rumah lelaki itu.

Apabila Haneul melihat lelaki itu sudah pun memasuki pagar rumahnya, dia berjalan perlahan-lahan sehinggalah lelaki itu benar-benar sudah memasuki rumahnya.

“Aik? Bukan rumah ni kosong ke?”

Tidak lama selepas itu, matanya terbeliak besar. Dipandangnya pintu rumah lelaki itu sekali lagi sebelum dia membuka langkah seribu, pulang ke rumah.

----------

“IBU!”

Sesampai sahaja di perkarangan rumah, Haneul terjerit-jerit memanggil ibunya. Kebetulan pula, Puan Kim sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Tatkala melihatkan kelakuan kelam-kabut anaknya itu, pantas pili air ditutup sebelum langkah kaki diayunkan mendekati anaknya yang sedang terduduk di meja batu yang tersedia di halaman rumah mereka.

“Kamu ni dah kenapa? Berlari-lari macam orang kena kejar anjing. Ada yang kacau kamu ke?” soal Puan Kim bertubi-tubi. Risau pula hatinya melihatkan wajah anaknya yang keletihan sementara peluh pula mengalir dari dahinya. Cuaca kebelakangan ini memang panas.

Haneul tercungap-cungap mengambil nafas. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia bersemangat sangat nak sampai rumah.

“Han-” Oh, aku nak tanya pasal lelaki tu!

Dia memanahkan pandangan ke wajah ibunya yang masih setia merenung wajahnya. “Kenapa kamu lari?” soal ibunya sekali lagi.

Haneul menelan liur. Aish, nanti jelah aku tanya! “Aaa, takde apalah ibu. Haneul tak tahan sebab cuaca panas sangat, sebab tulah Haneul lari. Nak cepat sampai rumah.” ayat itu automatik meluncur keluar dari mulutnya. Memang penipu nombor satu!

“Dah tu yang kamu terjerit panggil ibu tadi tu kenapa pulak?” Tanya Puan Kim lagi. Bukan main kuat pulak tu menjerit. Nasib baik tak gugur jantung.

Haneul tersengih malu. “Oh, tu Han saja je. Ha ha,” Dia buat-buat gelak bagi menutup malu dan janggal.

Puan Kim menggelengkan kepalanya. “Ada-ada jelah kamu ni. Dah, pergi masuk dalam. Ibu dah siap masak makanan kegemaran kamu. Tinggal nak panaskan je.”

Secara automatik perutnya berbunyi. Matanya pula bersinar-sinar. “Yeay! Terima kasih ibu! Sayang ibu!” katanya sambil menunjukkan finger-heart. Puan Kim menggelengkan kepalanya namun di bibirnya terukir senyuman.

“Okeylah, Han masuk dalam dulu ye? Ibu pun jangan berlama-lama sangat kat luar ni. Panas.” pesannya lagi sebelum menghilang di sebalik pintu rumah.

Tanya waktu makan nantilah.

----------

Usai membersihkan diri, Haneul melangkah ke arah kerusi belajarnya dan melabuhkan punggung sambil mengeringkan rambutnya yang melepasi bahu.

Fikirannya menerawang memikirkan insiden yang berlaku beberapa jam yang lalu–lebih tepat, di kedai serbaneka itu.

Hatinya tiba-tiba berdegup kencang tatkala wajah lelaki yang menyelamatkan dirinya dari insiden yang memalukan sebentar tadi, terimbas di ingatannya.

Aiseh, kenapa hati ni nak berdegup kencang pulak? Takkanlah dah jatuh hati? Baru sekali jumpa kot!

Demi membayangkan insiden sebentar tadi sekali lagi, darah tiba-tiba menyerbu ke muka. Kalau lelaki tu takde tadi, memang aku tak jejak langsung kedai tu lepas ni.

Tanpa dia sedari, sebuah senyuman merangkak di bibirnya perlahan-lahan. Cool jugak lelaki tu tadi. Muncul tiba-tiba. Macam hero nak selamatkan mangsa je. Akulah mangsa tu, hehe.

Jadi kalau macam tu, kiranya dia hero akulah kan?

Sengihan lebar sudah terpapar di wajahnya. Memang syok betul berangan sorang-sorang.

Belum sempat angan-angan yang muncul disambung, kedengaran suara Puan Kim memanggil anaknya itu untuk turun bagi menikmati makan tengah hari bersama-sama.

Oh ya, mesti ada yang tertanya-tanya tentang ayah Haneul kan?

Sebenarnya, ayah Haneul sudah lama meninggal dunia akibat diabetes. Ayahnya pergi di kala dia masih lagi memerlukan bimbingan dan kasih sayang seorang ayah. Ketika dia menerima khabar mengenai kematian ayahnya, dia sedang bersiap-sedia bagi menerima sijil graduasi sekolah rendahnya. Malangnya, ayahnya pergi pada hari yang penting baginya.

Haneul berhenti seketika di hujung tangga. Ingatan mengenai ayahnya berjaya membuatkan hatinya dipagut pilu dan rindu yang amat. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba untuk menghilangkan sesak di dada. Senyuman pantas ditarik tatkala dia melepaskan nafas. Langkah kaki kembali diatur ke arah ruang makan.

“Hah, turun pun! Ibu hampir-hampir ingat kamu dah terbongkang tidur. Lama sangat,” bebel Puan Kim sambil tangannya lincah menuang jus oren ke dalam gelas. Di atas meja makan pula terhidang japchae dan kimchi jjigae serta beberapa santapan sampingan lain yang aku pasti, merupakan pemberian lelaki itu tempoh hari.

“Whoa nampak sedap! Terima kasih ibu~ Han makan ya,” ujarnya laju setelah mengambil tempat. Lapar betul perutnya memandangkan dia tidak makan di sekolah hari ini akibat terkejar-kejar menyiapkan esei Bahasa Inggeris yang perlu dihantar sebelum tamat kelas. Dalam diam, dia berharap bahawa dia juga menguasai Bahasa Inggeris secara meluas seperti Amber. Haih, untungnya Amber~

“Um, ibu.”

Puan Kim mengangkat kepala. Dipandang wajah anaknya yang kelihatan seperti sedang berfikir. Dicapai gelas yang berisi jus oren lalu diteguk sedikit bagi menghilangkan rasa pedas yang menyengat.

“Han nak tanya sikit, boleh ya?” ujar Haneul berhati-hati. Nasinya dikuis-kuis dengan hujung penyepit makanan.

“Tanyalah.”

Udara ditarik senafas sebelum dia memandang tepat wajah ibunya. Okey, tenang.

“Tentang lelaki yang bagi banchan dekat kita ni,” mulanya, hujung penyepit ditujukan ke arah makanan yang terhidang di atas meja.

“Dia jiran baru kita ke?” sambungnya lagi.

Puan Kim yang sedari tadi khusyuk mendengar, tertawa kecil. “Lah, ibu ingatkan apalah tadi. Haah, dialah jiran baru kita. Ibu tak beritahu Han ya sebelum ni?”

“Tak.” Gelengan kepalanya membuatkan Puan Kim menganggukkan kepala tanda mengerti.

“Ibu dah lama dah tahu yang kita akan dapat jiran baru dekat kawasan perumahan ni. Tak sangka pulak yang jiran baru kita ni lelaki. Bujang pulak tu.” kongsi Puan Kim.

Haneul membulatkan matanya apabila mendengarkan perkataan ‘bujang’ yang disebutkan oleh ibunya. Uish, ada peluang ni! Hehe.

“Oh macam tu...” Kepalanya dianggukkan tanda mengerti. “Apa nama dia ibu?”

Puan Kim tersenyum seketika sebelum berkata,

“Jongin. Kim Jongin.”

Walamak, Kim jugak! Jodohkah ini?

----------

Heyyo.

I update jugak uolls. Tepuk sikit. /claps/

Author cuba juga siapkan chapter ni walaupun otak author tengah serabut. Just for you guys who is/are waiting to read~

Aha, nampaknya identiti si jiran baru a.k.a lifesaver Haneul dah terbongkar~

Doakan author cepat-cepat update ye. Tata🙋

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook