+004

Misi Curi Hati Abang Kantin

Malam itu, Haneul bertungkus-lumus menyiapkan kerja rumah yang ditinggalkan oleh guru-guru. Hampir empat jam dilapangkan waktunya bagi menyiapkan kerja-kerja rumah yang tingginya bak Gunung Himalaya.

"Yes! Siap jugak akhirnya," katanya bersama senyuman puas di bibir. Laju tangannya mengemas semua bahan-bahan dan peralatan yang digunakannya sebentar tadi dan menyusun bukunya mengikut jadual esok. Setelah itu, jam dinding dikerling apabila perutnya tiba-tiba berkeroncong. "11.30? Waktu terbaik untuk snek malam!" katanya seorang diri sebelum keluar dari biliknya dan menuruni anak tangga dengan berhati-hati, bimbang ibunya terjaga.

Sesampai sahaja di hadapan peti sejuk, pintu ditarik dan secara automatik matanya terarah ke bungkusan aiskrim kegemarannya. Secara automatik juga insiden siang tadi terlayar di ingatan, buat kesekian kalinya.

"Haih, bila lagi nak jumpa lelaki tu eh?" soalnya sendiri. Tangannya pantas mengambil aiskrim tersebut. Baru sahaja dia ingin menutup pintu peti sejuk, matanya bertembung dengan mata lain yang turut ada di situ bersamanya.

"Argh!" Jeritnya sedikit. Pintu peti sejuk tidak sengaja dihempas kuat dalam kekalutannya. Matanya dicelikkan perlahan-lahan dan nafas yang ditahan, perlahan-lahan dilepaskan.

"Apa yang kamu buat tengah-tengah malam buta ni?"

Haneul pantas membetulkan postur berdirinya. Dadanya masih berombak akibat terkejut yang amat. "Ibu!"

"Apa?" soal Puan Kim bersama senyuman yang ditahan-tahan.

"Kenapa muncul tiba-tiba macam tu? Terkejut tau tak? Nasib baik jantung tak terlompat keluar," rungutnya. Dia memang tak gemar betul surprise-surprise ni.

"Alah, kamu tu yang lemah semangat sangat. Ibu bukannya buat apa pun," ujar Puan Kim tidak bersalah. Tiba-tiba matanya tertancap pada aiskrim di tangan Haneul.

"Aik mana kamu dapat aiskrim tu? Seingat ibu, ibu takde beli pun aiskrim tu," soal Puan Kim hairan. Kebiasaannya, dia memang akan membelikan aiskrim kegemaran anaknya itu apabila dia singgah di kedai serbaneka yang ada di kawasan perumahannya. Namun, seingatnya dia terlupa untuk membelikan aiskrim itu pada singgahan terakhirnya di kedai serbaneka itu.

Jadi dari manakah datangnya aiskrim itu?

Haneul yang baru sahaja ingin mengoyak bungkusan aiskrim, terhenti. Kepalanya ligat mencari alasan bagi menyembunyikan perkara sebenar. "Aaa, Amber yang belanja tadi. Kan panas tadi, tu dia belanja," bohongnya. Maaf ibu!

Puan Kim menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

Haneul mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri ke biliknya semula bagi mengelakkan soalan lain yang mungkin ditanya ibunya.

"Fuh, nasib baik ibu tak tanya apa lagi. Mampus aku nak jawab nanti."

Nafas lega dihembus. Dia duduk semula di atas kerusi belajarnya dan mula menggigit aiskrim kegemarannya itu sedikit demi sedikit setelah dibuka pembalutnya. Hmm, sedapnya...

Dihabiskannya aiskrim itu sehingga ke gigitan yang terakhir sebelum dia tersenyum puas. Dibuangnya plastik pembalut aiskrim itu ke dalam tong sampah kecil yang memang sudah tersedia di bawah meja belajarnya. Setelah itu, katil dipanjat dan badannya direbahkan di atas tilam. Bantal peluknya dibawa ke dakapan dan matanya dipejam.

Harap dapat jumpa lelaki tu esok!

----------

Kring!!!

"Urgh."

Jam loceng yang sedari tadi tidak henti berdering, dicabut baterinya. Buat seketika, suasana kembali aman tanpa sebarang bunyi.

"5 minit je lagi.." Kata Haneul sendirian dengan mata yang masih terpejam. Tangannya dibiar berjuntaian di sisi katil sambil dia cuba untuk menyambung tidurnya kembali.

Belum sempat encik mimpi ditemui...

BUK!

"ADOI!" Erangan halus keluar dari mulutnya apabila tanpa sedar, dia terjatuh dari katilnya, face-first, ke lantai.

"Uhuhu apalah malangnya nasib pagi ni," rengeknya sendirian. Dia menggagahkan diri untuk bangkit dari posisi meniarapnya sebelum punggungnya dihenyakkan di atas katil. Matanya masih liat untuk dibuka sementara mulutnya pula tidak henti-henti menguap.

"Ngantuknya.."

Setelah duduk bertafakur selama tiga minit, dia akhirnya menarik tuala yang tersangkut di kepala katil dan menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.

"Brr!" Gigi atasnya berlaga dengan gigi bawahnya akibat kesejukan. Pantas uniform sekolah disarungnya ke badan.

Setelah itu dia menilik penampilannya di cermin. "Siap!" Katanya dengan ceria. Beg sekolah dicapai dan disangkutkan di bahu sebelum pintu biliknya ditutup. Langkah diatur menuruni tangga.

"Selamat pagi ibu," sapanya sebelum duduk di tempat biasanya di meja makan itu. Puan Kim sudah siap menuang air teh susu ke dalam cawan. "Pagi. Lena tidur? Tak sakit perut?"

Haneul mengerutkan dahi apabila mendengarkan soalan luar alam dari ibunya itu. "Kenapa pulak ibu tanya macam tu?"

"Tak adalah. Malam tadi kan kamu melantak aiskrim sorang tak ajak ibu. Tak sakit perut ke?"

Haneul tersengih mendengar kata-kata ibunya yang berbaur usikan dan rajuk. Tangannya mencapai kimbap yang tersusun elok di dalam pinggan dan menggigit sedikit sebelum membalas, "Alo, janganlah merajuk. Siapa suruh tak mintak semalam. Ibu pun tau Haneul tak biasa nak jemput orang dulu."

"Hm yelah, ibu tahu sangat perangai anti-sosial kamu tu."

"Eh, mana ada anti-sosial! Kalau ibu nak tau, Haneul lah orang yang paling ramah dekat sekolah tahu? Semua orang pun kenal Haneul ni siapa." Ujarnya dengan bangga. Potongan kedua kimbap disumbat ke dalam mulutnya dengan sedikit lahap. Ini semua kes lapar punya pasal.

"Yelah Kim Haneul. Dah, cepat-cepat pergi sekolah. Dah lambat ni." Kata Puan Kim yang baru menghirup airnya sambil membaca surat khabar.

"Okeylah, Han pergi dulu. Bye-bye." Pamitnya setelah menghabiskan secawan teh susu. Pipi ibunya dikucup sebelum dia berlari-lari anak ke pintu utama.

"Bye."

----------

"Itu sahaja daripada kumpulan kami. Sekian, terima kasih."

Kedengaran tepukan dari rakan-rakan sekelas yang lain. Puan Ji juga turut menepuk tangannya bersama senyuman di wajah. "Bagus! Macam nilah yang cikgu nak. Pembentangan yang menarik dan setiap soalan juga kamu dapat jawab dengan baik. Cikgu bangga dengan kamu bertiga." pujinya. Haneul tersenyum gembira sambil memandang ke arah Amber dan Suhyun yang juga turut tersenyum puas.

Tidak lama selepas itu, loceng berbunyi menandakan bermulanya waktu rehat. Semua pelajar di dalam kelas itu berasa lega dan mula mengemas alat-alat tulis dan menyimpan buku-buku latihan di dalam meja.

"Baiklah, dengar sini semua! Beri perhatian pada saya sekejap." laung Puan Kim di tengah-tengah suara pelajar-pelajarnya yang masing-masing sedang bersembang sesama sendiri.

"Terima kasih." katanya apabila semua pelajar fokus kepadanya. "Baiklah. Memandangkan saya amat berpuas hati dengan pembentangan kamu semua, maka saya akan beri kamu semua ganjaran."

Ternyata ayat yang keluar dari mulut Puan Ji itu menyebabkan hampir semua pelajar di dalam kelas itu memandangnya dengan penuh tanda tanya. Ada juga yang tidak terlalu mengambil kisah.

"Apa ganjarannya ssaem?" soal Dokyeom a.k.a pak lawak di dalam kelas dengan ekspresi teruja. Manalah tau Puan Ji nak belanja satu kelas makan ke? 

Puan Ji mempamerkan senyuman senget sebelum berkata,

"3 helai esei mengenai sejarah Silla, atas meja saya, Rabu minggu depan." Dengan itu, tas tangannya diambil dan tangannya dilambai lagak artis terkenal sahaja sebelum kelibat Puan Ji hilang di balik daun pintu.

"Apa..."

----------

Haneul berjalan beriringan dengan Amber menuju ke kantin. Masing-masing mempamerkan wajah sugul walaupun baru sebentar tadi dipuji dengan Puan Ji.

"Puan Ji tu kenapa ek? Aku pelik betullah. Sekurang-kurangnya bagilah kita ganjaran kurangkan kerja sekolah ke, belanja kita makan ke. Ni tak, makin membebankan kita pulak." rungut Amber tidak puas hati.

Haneul hanya mampu mencebikkan bibirnya dan mengangkat bahu. "Entahlah. Dia fikir dia kelakar kot."

"Apa kena mengena pulak dengan kelakar?" soal Amber pelik.

"Entah." jawab Haneul. Ni semua stres punya pasal, tu sebab benda merepek banyak keluar dari mulut dia.

"Mak cik, bagi saya tiga roti coklat dengan satu susu strawberi." pinta Haneul pada mak cik kantin. Setelah membayar harga makanan tersebut, dia menapak ke arah meja batu a.k.a port lepaknya bersama Amber dan Jungkook. Kelihatan Amber sedang baring di atas lengannya yang dibiarkan terjulur di atas meja batu itu sambil memejamkan matanya.

"Woit!" sergah Haneul secara tiba-tiba. Dia tergelak mengekek apabila Amber mengangkat kepalanya laju dan memandang ke arah Haneul dengan ekpresi terkejut.

"Ish, terkejut aku." rungutnya sebelum melentokkan kembali kepalanya di atas meja.

Haneul menggelengkan kepalanya dan menolak sebungkus roti ke arah Amber. "Tu, makan."

Amber membetulkan posisi duduknya. Dia menggeliatkan badannya sedikit sebelum mengambil roti tersebut. Matanya terperasankan sebungkus lagi roti di atas meja yang masih belum dibuka. "Tu kau beli untuk siapa pulak? Jungkook kan training." soalnya hairan. Roti coklatnya digigit besar. Hmm, nikmatnya..

"Ni roti akulah." kata Haneul setelah menghabiskan roti pertamanya. Plastik roti disimpan di dalam kocek vestnya terlebih dahulu sebelum dia mencari tong sampah yang berdekatan. Nampaklah gaya pembersih tu.

"Tamak haloba. Badan kerempeng tapi nafsu bak orang gua." kutuk Amber sesedap hati. Rotinya sudah berjaya dihabiskan dan plastiknya digumpal dan diletakkan seketika di atas meja. Matanya melilau ke kiri dan kanan.

"Apa yang kau cari?"

"Air. Air aku. Mana?"

Haneul menjulingkan matanya ke atas. "Beli sendirilah! Pandai kutuk orang, diri sendiri pun terkapai-kapai."

"Eleh! Banyaklah kau punya terkapai-kapai."

"Dahlah, aku dah habis makan. Jom pi koperasi jap."

"Nak buat apa?"

"Tadi kata nak air~"

Amber tersengih. "Ehehe okey okey! Jom."

Dengan itu, mereka berdua meninggalkan port lepak mereka dan bergerak menuju ke koperasi.

----------

"Weh, Amber. Aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau ni. Rahsia sulit kerajaan." bisik Haneul pada Amber semasa Cikgu Kang sedang mengajar subjek Matematik di hadapan.

"Benda apa pulak? Ish nanti nanti jelah. Aku nak belajar ni." Amber mengipas-ngipaskan tangannya ke arah Haneul sebelum fokus semula pada apa yang diajarkan oleh Cikgu Kang.

Haneul ditinggalkan senyap di sebelah. Kepalanya tidak dapat fokus pada apa yang diajar oleh guru setelah wajah lelaki semalam, muncul di ingatannya.

Kim Jongin.

Argh, apasal aku takleh lupakan dia ni?!

Dalam diam, Haneul menggumam sendiri.

"Math, tolonglah cepat habis."

----------

Hi guysss
Sorry dah lama tak update. Dah 2 minggu kot 😫
Maaflah author busy gila dengan urusan kat sekolah. Dengan homework nya lagi alahaii #alasanwajibbudaksekolah 😌
Ada lagi ke yang baca cite ni? Haha sila munculkan diri anda dan komenlah kalau rajin~
Maaf kalau chapter ni tak best. Lain update, author cuba bestkan lagi okay?
Author gerak dulu~ 🙌

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook