+005

Misi Curi Hati Abang Kantin

Tamat sahaja waktu sekolah, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari pekarangan sekolah. Masing-masing ingin segera sampai ke rumah memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat.

Haneul, Amber dan Jungkook berjalan beriringan pulang ke rumah hari ini. Jungkook tidak mempunyai latihan bola keranjang pada hari ini memandangkan jurulatih pasukan bola keranjang sekolah iaitu Cikgu Joo tidak dapat menyertai mereka kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan.

"Korang takde plan nak pergi mana-mana ke hujung minggu ni?" Soal Jungkook sambil mengunyah biskut coklat cip kegemarannya. Pemberian peminat katanya. Tuih.

Haneul yang sedari tadi berjalan di sebelah Jungkook, pantas menculik sekeping biskut dari pegangannya. "Entahlah. Kau ada plan ke?" Soalnya pula sambil mengunyah biskut. Sedap pulak biskut ni. Peminat Jungkook tu buat sendiri ke apa.

"Aku pun blank. Amber, kau takde cadangan ke?" Soalan ditujukan ke arah Amber.

"Haa? Oh, hmm, entahlah. Aku ikut je korang." Balas Amber sedikit kelam-kabut. Belakang lehernya dipegang dan digosok perlahan.

Haneul perasan akan gelagat sahabatnya yang persis seperti cacing kepanasan. Setelah memastikan tiada lagi sisa biskut di dalam mulutnya dan pada tangannya, Haneul melingkarkan lengannya pada leher Amber.

"Kenapa ni geng? Tak sihat ke?" Soal Haneul prihatin. Dia perasan juga kelakuan Amber yang sedikit tidak bermaya hari ini.

Amber menganggukkan sedikit kepalanya. "Aku rasa macam tak sedap badan sikitlah. Macam nak demam," jujurnya tanpa berselindung. Badannya memang sudah terasa sengal sejak bermulanya waktu persekolahan tadi.

Haneul pantas menoleh ke arah Jungkook. Satu idea nakal tiba-tiba terlintas di kepalanya. Dalam hatinya sudah tergelak jahat. 

"Jungkook, Amber demamlah. Kau tolonglah teman dia balik rumah. Takut pengsan pulak kawan kita sorang ni tengah jalan. Tolong eh? Aku nak kena cepat sampai rumah ni. Dah janji dengan ibu." Laju mulutnya menuturkan dusta dan nista. Ceh.

Jungkook memandang ke arah Amber yang sudah mengepal buju lima di sisi sambil memandang geram ke arah Haneul yang tersengih nakal ke arahnya.

"Alala demam ke Amber?" Jungkook meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Amber bagi merasa suhu badannya. Haneul hampir gelak berguling apabila melihatkan respon Amber yang nyata terkejut dengan tindakan Jungkook.

"A-aku okey je. Kuat lagi ni. Tak payahlah hantar aku." Respon Amber tergagap-gagap. Cik jantung, tolong jangan berdegup laju sangat boleh tak?!

Jungkook mengetap bibirnya sambil memandang ke arah Amber dengan matanya yang dikecilkan. "Kau ni kan, suka acah kuat tau. Aku nak tolong hantar ni, terima jelah. Bukan senang tau aku nak hantar-hantar orang ni," ujarnya sebelum melingkarkan tangannya di bahu Amber dan menarik sahabatnya itu dekat sebelum menyambung, 

"Lagipun kita kan member. Apa sangatlah setakat hantar member yang sakit balik, kan?" Di akhir kata, sebuah senyuman diberikan bersama jungkitan kening belah kanan.

Haneul yang hanya memerhati sedari tadi, menyilangkan tangan di dada. "Hai, orang dah pelawa tu terima jelah sayang oi. Aku dah bagi chance ni," ujarnya sambil menjungkit-jungkitkan keningnya ke arah Amber.

Amber yang sudah tidak tahan bahang yang semakin mencengkam wajahnya, pantas mengangkat kedua belah tangan. "Okey, okey!" Tali beg di bahu dibetulkan sedikit. Sebenarnya dia ingin menjauhkan sedikit jaraknya dengan Jungkook memandangkan rasa tidak selesa mula timbul di hatinya. Hailah Haneul ni kan. Ini semua sebab kau!

"Dahlah, jom. Aku nak cepat-cepat jumpa bantal dengan tilam. Rindu," kata Amber sambil mula melangkah. Untuk seketika, dia mendekati Haneul dan mencubit kuat lengan sahabatnya itu sebelum membelokkan langkah memasuki lorong yang menghala ke kawasan perumahannya.

"OW!"

Jungkook yang kehairanan, memandang ke arah dua sahabatnya itu silih berganti. "Korang dah kenapa ni?"

Haneul menggosok-gosok lengannya yang pedih menjadi mangsa cubitan. Matanya menyoroti belakang tubuh Amber yang semakin menjauh. Perasaan geram meluap-luap di dalam hatinya.

Tiba-tiba, senyuman nakal terbit di bibirnya. Jungkook yang ternyata bingung dengan situasi sebentar tadi, dipandang. Di dalam hati sudah ketawa jahat. "Jungkook, kau nak tau tak yang Amber sebenarnya suka–"

"Buli Haneul! Dah, Jungkook! Cepat hantar aku, jangan layan budak tak matang tu." Kata-kata Haneul dipotong oleh laungan Amber yang sudahpun berhenti melangkah dan menghadap ke arah dia dan Jungkook. Ceit telinga lintah.

"Ha, okey, okey!" Jungkook menoleh sebentar ke arah Haneul dan melambaikan tangannya sebelum berlari-lari anak membuntuti langkah Amber, "Bye Haneul."

Okey takpe! Kali ni kau terlepas Amber!

-----------

To: Amber Gorilla♥

Weh.

Sent, 3.30 pm.

 

To: Amber Gorilla♥

Weh, kau demam teruk ke? Layanlah aku ㅠㅠ

Sent, 3.35 pm.

 

To: Amber Gorilla♥

Amberrrr~

Sent, 3.37 pm.

 

From: Amber Gorilla♥

Haneul-ah, ni mak cik. Amber tengah tidur. Suhu badan dia naik mendadak balik sekolah tadi.

Sent, 3.57 pm.

 

To: Amber Gorilla♥

Yeke mak cik? Hmm, takpelah kalau macam tu. Mak cik pesan kat Amber rehat cukup2 eh. Maaf ganggu hehe

Sent, 3.58 pm.

----------

"Haih bosannya."

Siaran televisyen dialih beberapa kali menggunakan alat kawalan jauh sebelum ditutup. Tiada siaran yang memaparkan cerita menarik untuk ditengok.

Haneul duduk menyandar di sofa ruang tamu. Badannya dilorotkan manakala ekspresi wajahnya memaparkan perasaan bosan yang teramat.

"Haneul! Apa duduk macam tu. Duduk betul-betul," tegur Puan Kim. Dia mengambil tempat di sofa single. Alat kawalan jauh dicapai sebelum televisyen dipasang semula. Wajahnya berseri-seri apabila drama kegemarannya terpapar di skrin.

Haneul yang melihat, mengeluh. "Bosanlah ibu." Ujarnya sambil menggeliatkan badan. Amber demam, Jungkook pula sibuk menolong ayahnya membasuh kereta.

"Kerja sekolah kamu dah siap ke?" Soal Puan Kim tanpa mengalihkan pandangan dari skrin televisyen. Khusyuk benar nampaknya menonton siaran ulangan drama Goblin. Wajah Lee Dongwook ditenung tanpa berkelip.

Haneul mengeluh sekali lagi. "Belum. Nantilah. Haneul nak rehat jap."

"Ha, kalau macam tu pergilah berehat dekat bilik sana. Tidur."

Haneul mengangkat punggungnya dari sofa. Langkah diatur menuju ke dapur. Tekaknya tiba-tiba terasa haus. "Tak naklah. Han tak terasa nak tidur." Balasnya sambil berjalan menuju ke dapur.

"Eh, ambilkan sekali kek coklat dekat dalam peti ais tu untuk ibu!"

"Hmm." Responnya. Setelah menuang susu HL ke dalam gelas, dia meneguknya sehingga habis. Dituang sekali lagi susu itu ke dalam gelasnya sebelum kek coklat di dalam peti ais yang dipesan oleh Puan Kim diambil dan ditatang ke ruang tamu. Pinggan berisi kek bersama sudu itu dihulurkan kepada Puan Kim sebelum punggungnya dilabuhkan semula di atas sofa.

"Terima kasih~" ujar Puan Kim. Disudu sepotong kek ke dalam mulut. Makan kek coklat sambil tengok drama? Kombinasi yang terbaik.

Haneul memandang kosong ke arah skrin televisyen. Sesekali susunya diteguk.

Puan Kim yang perasan akan kesenyapan anaknya itu, berhenti mengunyah. Fokusnya dialihkan kepada anak tunggalnya itu. "Nak ikut ibu pergi shopping barang dapur tak?"

Haneul mengalihkan pandangannya pada ibunya. Hmm, best jugak sesekali jalan-jalan pergi pasar raya. Dapat beli oreo, doritos, aiskrim Cornetto...hmm!

"Nak!" Jawabnya sedikit teruja setelah membayangkan semua makanan ringan dan kudap-kudapan itu bakal menjadi miliknya sebentar lagi.

Puan Kim memandang anakya pelik. Bukan main seronok, padahal nak pergi beli barang dapur je. "Pergilah bersiap. Ibu tunggu." Balasnya sebelum kek coklat kembali disuapkan ke dalam mulut.

Haneul membawa gelasnya yang sudah kosong ke dapur dan dibasuh sebelum dia berlari mendaki anak tangga.

Setelah bersiap ala kadar, dia menuruni anak tangga. Kelihatan Puan Kim sudahpun menunggu di hadapan pintu utama bersama beg duit di tangan. Setelah menyarung sneakers ke kaki, dia memasuki perut kereta. Pasar raya yang paling dekat dengan kawasan perumahan mereka berjarak lebih kurang 10 km dari kawasan perumahan mereka, jadi mereka perlu menaiki kereta.

"Ibu ingat nak masak kari ayam untuk makan malam nanti. Kamu setuju tak?"

Haneul pantas menganggukkan kepalanya. "Setuju! Dah lama tak makan kari~" Di kepalanya sudah terbayang kari ayam yang masih berasap.

Puan Kim menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya itu. Setelah memastikan enjin sudah cukup panas, dia mula memandu keluar dari perkarangan rumah sebelum keretanya membelah jalan raya.

Haneul menyumbat earphone ke dalam telinganya. Sambil mendengar lagu, dia membuang pandang ke luar kereta.

Setelah berpusing-pusing mencari petak parkir yang kosong, Puan Kim akhirnya menjumpai sebuah petak yang baru sahaja ditinggalkan oleh sebuah kereta dan memarkirkan keretanya di situ. Enjin dimatikan sebelum dia menoleh ke sisi. Kelihatan Haneul sudahpun tertidur dengan kepalanya terlentok di cermin tingkap kereta. Sebuah senyuman keibuan terpapar di wajahnya.

"Haneul, bangun. Kita dah sampai." Kejutnya lembut. Bahu anaknya digoncang perlahan. Haneul terjaga dan memandang bingung ke arah Puan Kim sebelum earphonenya dicabut, "Hmm?"

"Kita dah sampai. Dah, bangun." Ulang Puan Kim sebelum membuka pintu kereta.

Haneul menyeluk earphonenya ke dalam saku seluar sebelum turut keluar dari perut kereta. Dia membuntuti langkah Puan Kim yang menghala ke arah tempat troli disediakan sambil cuba untuk menghapuskan sisa eye poop. Puan Kim yang perasan kelakuan anaknya itu, tergelak kecil, "Tulah, tadi ibu suruh tidur tak nak." Usiknya sambil menarik keluar sebuah troli. Mereka beriringan menuju ke pintu masuk pasar raya yang sedikit sesak.

"Hehehe." Haneul hanya mampu ketawa bagi menutup malu. Telefonnya digenggam erat semasa melalui pintu masuk pasar raya, takut terjatuh.

"Kita nak pergi mana dulu ni?" Soalnya sambil memandang sekeliling. Ramai betul orang dekat sini walaupun hari ini masih lagi merupakan hari bekerja.

Puan Kim kelihatan sedang berfikir seketika sebelum dia menoleh ke arah Haneul. "Kita pergi tempat barang basah dulu lah. Lepas tu kita cari barang kering pulak." Katanya.

"Okey," balas Haneul. Dia mendekati troli yang ditolak oleh ibunya sedari tadi, "Biar Haneul yang tolaklah." 

Puan Kim menganggukkan kepalanya dan melepaskan pegangannya pada troli itu. "Okey."

Sampai sahaja di bahagian barang basah, Puan Kim terus melangkah ke arah bahagian ayam dan memesan setengah kilo ayam. Pekerja itu menganggukkan kepalanya tanda faham sebelum menimbang seekor ayam dan menyembelihnya mengikut apa yang dipesan.

Haneul merasa sedikit kagum melihat kecekapan pekerja itu menyembelih ayam tanpa mencederakan diri sendiri. Tiba-tiba dia membayangkan sekiranya pisau yang digunakan menyembelih ayam itu, terkena pada tangan pekerja itu.

"EEE." Dia menggelengkan kepalanya bagi membuang imej itu dari minda. Mengerikan.

Setelah selesai di bahagian barang basah, mereka melangkah pula ke bahagian barang kering. Puan Kim mengambil beberapa plastik lut sinar yang sememangnya sudah disediakan di situ dan menyerahkan dua daripada plastik itu kepada Haneul. "Nah."

Haneul mengambil plastik yang dihulurkan kepadanya dengan teragak-agak, "Err nak buat apa ni?"

"Tolong ibu pilih bawang merah dengan cili." Arah Puan Kim. Dia mula melangkah meninggalkan anaknya untuk memilih kentang.

Haneul memandang plastik di tangannya. Sebuah keluhan keluar dari mulutnya sebelum telefon yang sedari tadi dipegang, diseluk ke dalam kocek seluar. Plastik lut sinar itu cuba dibukanya, namun hampa.

Seorang wanita yang kebetulan sedang memilih bawang, mendekati Haneul yang sedang gigih mencuba untuk membuka plastik itu. Bahunya ditepuk perlahan menyebabkan kepalanya tertoleh ke sisi. Terkejut dia apabila melihat seorang wanita yang kelihatannya berada dalam lingkungan umur yang sebaya dengan Puan Kim. "Err ya?"

"Meh sini mak cik tolong." Kata wanita itu sambil menadahkan tapak tangannya. Haneul terdiam seketika sebelum akhirnya sedar yang wanita itu sedang bercakap mengenai plastik yang berada dalam pegangannya. "Oh." Tangannya automatik meletakkan plastik itu di atas tangan wanita itu.

Dengan mudahnya, kedua-dua plastik itu dibuka. Sekali lagi, Haneul merasa kagum. Kaum ibu memang menakjubkan.

"Terima kasih." Ucapnya setelah plastik itu diambil semula. Wanita itu tersenyum ke arahnya, "Sama-sama," sebelum meninggalkannya sendirian.

Setelah berjaya memilih bawang dan cili, dia mengangkat kepalanya. Kebetulan juga Puan Kim sudah selesai memilih barang-barang yang diperlukannya. Plastik berisi hasil penat lelahnya diangkat dan ditunjukkan pada ibunya, "Dah siap!"

Puan Kim memeriksa isi plastik tersebut sebelum menganggukkan kepalanya bersama senyuman puas. "Bagus. Pandai Han pilih." Pujinya sekaligus menyebabkan Haneul tersengih lebar.

"Tengok tanganlah." Ujarnya bangga sambil menunjukkan tangannya.

Puan Kim mencebik, "Baru puji sikit dah bangga."

"Eh mestilah."

"Dah, ibu nak pergi beli keperluan lain pulak. Dah selesai dah dekat sini." Kata Puan Kim. Kesemua plastik-plastik yang sudah diletakkan tanda harga, diletakkan di dalam troli yang sudah separa penuh.

Dengan itu, kedua beranak itu menyambung misi mencari barang dapur.

"Ibu, Han nak pergi sana jap eh?" Katanya setelah ternampak bahagian makanan ringan. Matanya automatik menjadi segar-bugar.

Puan Kim memandang ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya sebelum mengganggukkan kepalanya. "Pergilah. Ibu tunggu dekat sini."

"Okey! Tunggu eh, kejap je," katanya sebelum melangkah laju ke arah bahagian itu.

Matanya bersinar-sinar apabila sampai di bahagian yang selama ini menjadi sebab utama dia mengikut ibunya ke sini. "Wah, syurga makanan.."

Tangannya pantas mencapai beberapa keropok dan biskut yang sudah lama tidak dirasa. Setelah itu, dia mendekati pula peti aiskrim. Rambang matanya melihat pelbagai jenis aiskrim yang ada. Namun, hatinya tetap setia pada aiskrim Cornetto Strawberry Choc kegemarannya. Diambil satu sebelum dia mengatur semula langkah kembali ke tempat ibunya menunggu.

Dari kejauhan, dia perasan ibunya sedang bersembang dengan seorang lelaki yang tidak diketahui siapa memandangkan lelaki itu berdiri membelakangkannya. Setelah lelaki itu berlalu pergi, Haneul mendekati ibunya. "Siapa tu ibu?"

Puan Kim yang masih memandang bekakang tubuh lelaki itu, menoleh ke arahnya. "Oh, dah habis dah?" Haneul menganggukkan kepalanya sebelum mengulang soalannya.

"Tu jiran baru kita yang ibu cerita tulah."

Terlopong mulutnya apabila mendengarkam ayat yang meluncur keluar dari mulut ibunya. Aduh, melepas!

"Oh yeke? Dia buat apa je dekat sini?" Soalnya polos, mengundang pandangan pelik dari Puan Kim. "Kamu ni, dah nama pun pasar raya, nak buat apa lagi melainkan beli barang dapur." Katanya.

Haneul mengutuk dirinya sendiri dalam diam atas kelembapannya. "Oh haah kan. Hehehe." Bagi menutup kesilapannya, dia meletakkan kesemua makanan ringan yang diambilnya tadi ke dalam troli sekaligus menyebabkan kening Puan Kim terjungkit. "Amboi, kamu nak berpesta ke? Bukan main banyak." Perli Puan Kim.

Haneul tersengih umpama kerang busuk. "Ala, bukan selalu pun."

"Siapa yang nak bayar ni?" Soal Puan Kim, sengaja ingin mengusik anaknya.

Haneul membuat aksi finger shoot ke arah ibunya. "Ibulah~"

----------

Okay gaiss ini dia.
Author tak mampu dah nak taip pepanjang. 2000+ words ni. 
Maaf lah sebab tak mampu lagi nak wujudkan hero kita. Ampun 🙈
Author tak janji, tapi author just nak cakap yang korang boleh berharap yang Kai akan muncul dalam chapter seterusnya hehehehe
Lastly, enjoy!

--bwoyaaaa

 

p.s: author maybe tak boleh update untuk 3 minggu starting next week memandangkan dah mula exam tengah tahun. So maaf ye 🙏

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook