+006

Misi Curi Hati Abang Kantin

Pagi Ahad itu, Haneul bangun lebih awal dari kebiasaannya. Dia sudah berjanji dengan Puan Kim untuk membantunya menanam dua jenis pokok bunga iaitu Calla Lily dan Aster untuk menambahkan lagi koleksi pokok bunganya di halaman rumah. Menurut Puan Kim, dia berjaya mendapatkan dua jenis pokok bunga yang sudah lama dicarinya itu daripada rakannya yang juga merupakan seorang pencinta bunga dan kebetulan mempunyai benih pokok-pokok itu.

"Okey, kamu pakai sarung tangan ni dulu." Sepasang sarung tangan pelindung dihulurkan kepadanya. Setelah siap, Puan Kim menghulurkan pula satu plastik berwarna hitam kepada Haneul, "Ibu nak kamu letakkan plastik ni dalam pasu bunga dekat sana tu," arahnya sambil menunjukkan ke arah sebuah pasu bunga yang sudah pun tersedia di halaman rumah sebelum menyambung, "Lepas tu kamu cucuk lubang dekat plastik tu, ikut lubang saliran pasu tu." 

Haneul melakukan apa yang disuruh ibunya dengan berhati-hati. "Okey dah."

"Okey, sekarang taburkan biji benih pokok bunga ni dalam pasu tu, lepas tu baru masukkan medium semaian ni. Nah, ambil sudip tangan ni." Sudip tangan dihulurkan kepada anaknya itu. Matanya tajam memerhatikan setiap gerak geri anaknya demi memastikan tiada kesilapan yang berlaku.

"Dah siap ibu. Dah boleh siram ke ni?" Soal Haneul teruja. Seronok pula rasanya menanam pokok bunga.

"Mari ibu tengok dulu." Pinta Puan Haneul. Setelah berpuas hati dengan hasil kerja anaknya itu, dia mengangkat ibu jarinya ke atas. "Okey, dah boleh siram."

"Yeay!" Haneul berlari ke arah meja batu yang terdapat di halaman rumahnya itu. Di atas meja tersebut terdapat pelbagai alat-alat yang diperlukan untuk menanam pokok bunga. Penyiram bunga diambil dan diisi dengan air sebelum pokok yang ditanam tadi disiram.

"Ha cukup tu. Tak payah banyak-banyak sangat air. Nanti tak tumbuh pulak bunganya," tegur Puan Kim. Dia sudah siap mengerjakan pokok bunga Calla Lily yang sememangnya memerlukan penjagaan yang teliti dan rapi. Jika diserahkan tugas menanam pokok itu kepada Haneul, bimbang lain pula jadinya.

"Oh, mak cik!"

Suara garau yang memanggil ibunya itu membuatkan Haneul menoleh kepala ke arah pagar yang tertutup.

"Jongin-ah!"

Apa yang dia buat dekat depan rumah ni?

"Masuklah!" Pelawa Puan Kim setelah membuka luas pintu pagar rumah. Nadanya jelas gembira dengan kehadiran Kim Jongin tu.

Haneul pula sudah terbeliak biji mata apabila lelaki itu menapak masuk ke dalam halaman rumahnya. Aduh, janganlah duduk berlama dekat sini!

"Saya baru balik dari sekolah dekat depan tu. Ada hal sikit." Ceritanya tanpa berselindung. Senyumannya tidak lekang dari wajah.

Puan Kim menganggukkan kepalanya tanda faham. "Kamu mohon kerja dekat situ ke?"

Lelaki itu membalas dengan anggukan. "Sekolah tu je yang paling dekat dengan rumah saya. Kalau boleh, saya tak naklah kerja dekat tempat jauh-jauh. Susah nak ulang-alik," ujarnya jujur.

"Betul juga. Hmm, takpelah. Kamu pun sihat tubuh badan mak cik tengok. Apa-apa kerja pun boleh buat kamu ni." Puji Puan Kim. Lelaki itu kelihatan tersipu mendengarkan pujian tersebut. "Takdelah mak cik. Biasa-biasa je."

Puan Kim hanya tergelak melihat respon jiran barunya itu. Sambil itu, matanya terperasankan Haneul yang sedang berdiri di hadapan pokok bunga Aster yang sudah disiramnya dan hanya memandang dari jauh.

"Oh, lupa pulak mak cik nak kenalkan!" Puan Kim menggamit Haneul ke arahnya. "Haneul, sini."

Haneul terpinga-pinga apabila ibunya tiba-tiba memanggilnya. Ah sudah. Ini mesti nak adakan sesi perkenalan dengan jiran baru ni.

Perlahan-lahan, penyiram bunga yang dipegangnya sedari tadi sambil melihat ibunya dan jiran baru mereka itu berbual, diletakkan di atas tanah. Langkah diatur menuju ke arah ibunya.

"Jongin, ini kenalkan anak mak cik. Nama dia Haneul. Dia pun belajar dekat sekolah depan tu." Puan Kim memberitahu. Haneul menggigit bibirnya. Adeh, nak cakap apa ni?

Tiba-tiba, lelaki itu tergelak kecil. Matanya memandang seketika ke arah Haneul yang sedikit pelik dengan perbuatannya yang tergelak secara tiba-tiba sebelum mengalihkan semula perhatiannya kepada Puan Kim. "Saya kenal anak mak cik ni." Beritahunya selamba.

Haneul sudah tertunduk malu apabila mendengarkan ayat yang terpacul keluar dari mulut lelaki itu. Mesti dia pun tak boleh lupa peristiwa tu. Argh malu!

Puan Kim yang nyata terkejut, memandang ke arah anaknya dan jiran baru mereka itu silih berganti, "Oh ya? Macam mana kamu boleh kenal dengan Haneul?"

Lelaki itu memandang sekali lagi ke arah Haneul. Mata mereka bertembung dan Haneul pantas memandang ibunya. "Kami bertembung dekat kedai depan tu, bu. Kebetulan je." Beritahunya ringkas. Dia perasan wajah lelaki itu yang seakan sedang cuba menahan ketawa. Mak aih malunya~

"Oh..." Anggukkan kepala dari Puan Kim sedikit sebanyak melegakan hati Haneul. Namun, apabila dia mengangkat kepala, ibunya memandangnya sambil tersenyum bingung bersama sebelah kening yang terangkat. "Nampaknya mak cik ketinggalan ni."

Satu baris ayat yang meluncur keluar dari mulut Puan Kim itu berjaya membuatkan Haneul tidak senang diri. Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 

Puan Kim mengalihkan semula perhatiannya pada lelaki itu. "Apa-apa pun, mak cik harap kamu dapatlah kerja dekat situ. Kerja apa pun tak kisahlah asalkan elok kerjanya. Kamu pun rajin je mak cik tengok, ke hulu ke hilir." Puji Puan Kim lagi.

"Harap-harapnya macam tulah mak cik. Saya pun tak kisah kerja apa buat masa sekarang ni, asalkan saya dapat menabung untuk masa depan dengan duit gaji saya nanti."

Puan Kim menepuk-nepuk lengan lelaki itu, "Mak cik percaya kamu boleh buat." Katanya sebagai pembakar semangat buat anak muda di hadapannya itu.

"Terima kasih mak cik." Ucap lelaki itu sambil tersenyum manis. Setelah itu, jam di pergelangan tangannya di jeling. Matanya membulat sedikit sebelum dia menundukkan kepalanya sopan kepada Puan Kim, "Saya ada hal yang nak kena diselesaikan. Mintak diri dulu ya mak cik." Katanya sedikit tergesa-gesa. Dia juga sempat menoleh ke arah Haneul. Sebelah tangan diangkat dan dilambaikan ke arahnya. "Bye Haneul-ah." 

Haneul terkesima. Dia hanya memandang sahaja belakang tubuh lelaki itu sehingga hilang dari pandangan matanya. Dia...dia cakap apa tadi?

"Ehem."

Haneul tersedar dari lamunannya dan memandang ibunya dengan pandangan kosong. Puan Kim menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya itu.

"Ceritakan semuanya. Ibu nak dengar."

----------

"Ibu, Han pergi dulu!"

Puan Kim yang baru sahaja meletakkan balang kaca kecil yang berisi peanut butter di atas meja, mengangkat kepalanya. Kelihatan anaknya seperti tergesa-gesa.

"Sarapanlah dulu!" laung Puan Kim pada Haneul yang sedang menyarungkan kasut ke kaki. 

"Takpelah! Han makan dekat kantin je nanti!" balasnya pantas. "Pergi dulu!" laungnya sebelum menutup pintu rumah dan bergegas ke sekolah.

Semalam, dia terpaksa menceritakan bagaimana Jongin a.k.a jiran baru a.k.a crushnya itu boleh mengenalinya kepada Puan Kim. Namun, kisah mengenai aiskrim pemberian Amber yang ditipunya tempoh hari tidak diceritakan. Bimbang ibunya berfikir bukan-bukan. Biarlah perasaannya ini disimpan untuk pengetahuan dirinya sahaja buat masa ini.

Fuh.

Tapi tetap semangat nak share dengan Amber ni!

----------

"Amber! Kau dah sihat?"

Amber yang sedang membaca buku teks Sejarah di mejanya, sempat mengangkat seketika kepalanya untuk memandang Haneul sebelum fokusnya ditumpukan semula pada buku. Korang mesti pelik kenapa Amber tak habis-habis berkepit dengan buku teks Sejarah kan? Ceritanya, Amber memang minat subjek Sejarah sejak dari gred lapan lagi (kira-kira umur 13 tahun, so form 1 la hehe). Dan sekarang mereka sudah berada di tahun akhir persekolahan mereka. Gred 12.

Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu.

"Hmm. Ada nampak aku ni macam nazak sangat ke?" soal Amber selamba. Muka surat seterusnya diselak.

Haneul mencebikkan bibirnya setelah mengambil tempat duduknya di sebelah Amber dan menyangkutkan begnya pada kerusi. "Apahal kau cakap macam tu? Jangan main-mainlah," marahnya, sedikit terkesan. Dia memang tidak berapa suka jika isu-isu yang berkait dengan kematian dijadikan sebagai bahan jenaka. Baginya, itu merupakan suatu perbuatan yang tidak berasas.

"Okey, okey." Amber mengalah. Dia menutup buku teks yang sedari tadi dibacanya tanpa jemu dan meregangkan kedua-dua belah tangannya di atas kepala. "Kau dah sarapan?" soal Amber.

Haneul tiba-tiba merasa perutnya berkeroncong hebat. Baru dia teringat bahawa dia masih belum menjamah apa-apa pagi ini. Pelawaan Puan Kim untuk bersarapan ditolak semata-mata kerana ingin cepat sampai ke sekolah dan bertemu dengan Amber. Ada sesuatu yang perlu segera diceritakan kepada sahabatnya itu.

"Belum lagi. Aku pun baru rasa lapar ni." katanya sambil menggosok-gosok perutnya. "Jom, kita pergi kantin? Aku nak senyapkan perut ni. Kalau tak memang tak boleh fokus punyalah dalam kelas nanti." ajaknya.

Amber menganggukkan kepalanya tanda setuju. Punggung diangkat dan kerusi ditolak ke dalam meja sebelum kedua-dua mereka beriringan turun ke kantin sekolah. Keadaan sekolah sudah mula riuh memandangkan masa sudah menunjukkan jam 7.30 pagi.

Sewaktu mereka sampai di kantin, tidak ramai pelajar yang ada di situ. Hanya terdapat beberapa orang pelajar yang sedang menjamah makanan. 'Mungkin tak sempat sarapan dekat rumah jugak kot', fikir Haneul. Dia dan Amber menghampiri kaunter yang menghidangkan pelbagai jenis makanan; roti sosej, sandwic tuna, kimbap, egg roll dan macam-macam lagi. Semuanya kelihatan menyelerakan saat ini pada pandangan nafsu Haneul. Baru sahaja dia ingin memanggil pekerja kantin yang berdekatan, seseorang telah pun berdiri di hadapannya dan bertanya, "Ya, adik nak apa?"

"Oh, bagi saya roti sosej tu 2, lepas tu kimba-" Mulutnya terhenti dari berkata-kata apabila matanya menyapa wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu kelihatan sedikit terkejut melihat Haneul namun tidak lama selepas itu, sebuah senyuman diberikan kepada Haneul yang jelas masih terkejut. "K-Kim Jongin...?"

"Hai Haneul."

----------

Uuu dia dah datang auch 😆
Yeah, author still tengah dalam exam week. But I feel the need to update this story since author banyak berangan tentang cara-cara nak pertemukan Haneul and Kai untuk pertama kalinya kat sekolah. And I end up turning it into a cliché one heheh 😇

Sila tinggalkan komen selepas membaca ye. Author nak tahu gak apa korang fikir/rasa~ 😳

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook