+010

Misi Curi Hati Abang Kantin

Amber berjalan keluar dari gelanggang bola keranjang sekolah dengan langkah yang ringan. Jarum jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Agak lewat juga dia pulang dari sekolah pada hari ini. Namun, sebuah senyuman gembira terlakar di wajahnya setelah sekian lama.

Semuanya berpunca dari Jeon Jungkook.

Jeon Jungkook.

"Finally." Kata Amber seorang diri. Hatinya berbunga riang memikirkan pertemuan empat matanya dengan Jungkook sebentar tadi. Setelah beberapa minggu tidak bersua muka, akhirnya dapat juga melepas rindu.

Haih, kemaruk betul bunyinya.

Mana tidaknya, setelah niat asalnya untuk berjumpa Jungkook—iaitu untuk memaklumkan mengenai kes Haneul— dilunaskan, terjadi pula moment yang tidak disangka-sangka antara dia dan Jungkook.

Flashback.

"Haneul minat lelaki tua ke?"

Pap!

"Aduh!" Tangan Jungkook laju menutup bahagian kepalanya yang diluku Amber secara tiba-tiba. "Kenapa luku kepala aku?!"

Amber meniup rambutnya yang menutupi dahi sebelum memandang Jungkook dengan mata yang dikecilkan. "Memang iyalah taste Haneul ke arah tu kan?" Ujarnya dengan nada sindiran.

Jungkook mengerutkan dahinya, bingung. "Dah tu? Kau yang kata Haneul minat pekerja kantin sekolah kita. Setahu akulah kan, semua pekerja kantin kat sekolah ni tua-tua belaka. Taraf bapak kita dah." Katanya panjang lebar sambil tangannya masih menggosok-gosok bahagian kepalanya yang sakit. Terasa seperti ada satu benjolan kecil yang mula terbentuk. Secara automatik matanya membulat cemas, "Tengok apa kau dah buat kat kepala aku yang comel ni!" Katanya separa menjerit.

"Apa?" soal Amber bosan. Beg sandangnya sudah pun diletakkan di sebelah Jungkook, di atas bangku. Tangannya yang cekap sudah pun bermain-main dengan bola keranjang milik Jungkook yang fikirnya, digunakan sepanjang berlatih di situ. Hatinya berbunga suka apabila mengenangkan bahawa betapa beruntungnya dirinya kerana dapat berada sedekat ini dengan orang yang disukainya.

"Kepala aku dah benjol sebab buku lima kau yang nampak je comel tapi sasa tu!" Rungut Jungkook bersama muka yang masam. Dicuba sedaya upaya untuk menyurutkan saiz benjol di kepalanya itu dengan mengurut-urut perlahan dan penuh berhati-hati.

Amber tersengih. Ei, manja betul.

Tapi dia kata buku lima aku comel. Ngee.

Tanpa sebarang kata, Amber mencapai botol air sejuk milik Jungkook yang sudah tinggal separuh dari training bagnya. Amber mendekati Jungkook dan mengalihkan tangannya yang tidak henti-henti mengurut kepalanya, sebelum meletakkan permukaan bawah botol air yang rata itu di tempat benjolan.

"Uit, sejuk!" Gigi arnab Jungkook automatik berlaga setelah merasakan kesejukan yang hinggap di atas kepalanya. Tangannya ingin menolak jauh botol air itu, namun sempat dihalang oleh Amber.

"No, jangan. Ni nak tolong kurangkan benjol tu." Jelas Amber ringkas. Ditambah sedikit tekanan pada benjolan itu, membuatkan Jungkook terjerit sedikit, "Sakit!"

Amber tersengih, "Sorry not sorry."

Mereka berdua terdiam melayan perasaan masing-masing. Amber yang penat berdiri, melabuh duduk di sebelah Jungkook sementara tangannya masih lagi setia menuam kepala Jungkook.

Serta-merta, haruman segar epal menerjah hidung Amber. Hampir saja dia tewas dan terbuai sekali lagi, namun dia tahan.

"Haa dah ok sikit?" Soal Amber setelah lama berdiam diri dan hanya menuam kepala Jungkook.

Jungkook menyentuh kepalanya yang berbonggol unta sebentar tadi. Sudah surut. "Hm dah. Terima kasihlah sebab tolong tuamkan walaupun hakikatnya kau yang cetuskan benjol tu." Sempat Jungkook menambah, sinis.

Amber menjulingkan matanya ke atas namun masih tersenyum. "Whatever."

"Eh, jom lawan jap. Aku dah lama tak tengok slam dunk dan twirl kau," ajak Jungkook dengan penuh pengharapan. Nak tahu jugak masih wujud lagi ke sentuhan sahabatnya tu dalam bola keranjang.

Amber menjungkitkan bahunya. "Okey boleh. Siapa kalah kena belanja yang menang makan aiskrim. Deal?"

Jungkook menaikkan keningnya sebelum menunjukkan tanda 'ok'.

"Tak sabarnya nak makan belanja orang." Sempat lagi Jungkook berlagak. Tangannya diregangkan ke hadapan sebelum kepalanya digoyangkan ke kiri dan ke kanan. Kecintaan terhadap bola keranjang jelas terpancar dari matanya.

Amber menge'bump' bola tersebut beberapa kali dalam posisi kakinya yang dibiarkan terbuka sedikit dan badannya dibongkokkan. Pandangannya dibiarkan bersabung dengan pandangan milik Jungkook. Degupan jantungnya kini sedaya upaya diredakan.

'Come on Amber. Jangan biar perasaan kau atasi kehebatan kau,' kata hatinya berbisik.

Kepalanya ditundukkan seketika. Nafas ditarik sebelum pandangannya kembali bersabung dengan Jungkook.

Api cinta di matanya kini digantikan dengan api semangat untuk memenangi perlawanan kecil ini. Senyuman senget juga sekarang menggantikan senyuman dilamun cinta.

"Bring it on, Jungkookie."

End of flashback.

"My god..."

Mukanya ditekup. Bahang yang menjalar dari leher, ke telinga dan seterusnya ke mukanya berjaya menerbitkan manik-manik peluh di dahi. Hampir sahaja dia ketawa dengan perilaku dirinya sendiri yang sudah seperti orang angau jika tidak kerana dahinya yang bertembung dengan sesuatu yang keras.

"Aduh!"

Dahinya pantas ditekup dengan kedua-dua belah tangan sambil dia cuba menahan sakit yang terasa.

Inilah padah jalan tak tengok depan.

Pun begitu, Amber rasa bengang.

Yang jalan tak tengok depan, dia. Tapi orang yang dilanggarnya ni confirm-confirm lah jalan macam biasa kan?

Kepalanya didongakkan untuk memandang gerangan yang menjadi punca kesakitan di dahinya. Ekspresinya sudah diitukar ke mode bengang. Bersiap sedia nak jadi hakak gengster.

"Oh, Amber."

Berkerut dahi Amber apabila wajah milik kapten bola keranjang sekolah a.k.a leader tim yang dianggotai Jungkook, menyapa pandangannya.

Im Jaebum. Jejaka yang menjadi pujaan hampir keseluruhan populasi perempuan di sekolahnya.

Mana taknya, Jaebum ni memang diakui cukup pakej. Amber pun banyak terdengar cerita pasal Jaebum dari kawan-kawan sekelasnya yang suka bergosip tu. Dan Amber pun pernah jadi saksi kemuliaan dan ke-gentleman-an Jaebum yang hangat diperkatakan tu.

Terharu jugalah hatinya bila dia ternampak Jaebum memberi sebuah beg plastik yang berisi makanan kepada seorang mak cik tua yang berpakaian lusuh dan duduk di atas hamparan kotak di tepi jalan, berdekatan dengan sekolah mereka. Tidak cukup dengan itu, beberapa helai not juga dihulurkan buat mak cik yang bernasib malang itu.

Yang berjaya buat Amber rasa terharu adalah bila dia sendiri nampak mak cik tu mengalirkan air mata kerana tersentuh hati dengan kebaikan Jaebum. Jaebum pula hanya tersenyum dan menepuk-nepuk lembut tangan mak cik itu sebagai tanda memujuk.

Sejujurnya, kalau tak disebabkan hati dia sekarang suka pada Jungkook, dia pun mungkin akan jatuh hati dengan Jaebum. Gentle habis.

Tapi tapi.

Letak tepi dulu soal tu.

Macam mana Jaebum boleh kenal dia eh? Seingatnya, mereka tidak pernah lagi bertegur sapa sebelum ini. Setakat bertembung pandangan tu adalah. Itu pun secara tak sengaja.

Kadang tu dia dengan Haneul ada juga datang bagi sokongan moral dekat Jungkook tiap kali ada perlawanan bola keranjang di sekolah. Dan selalunya, di kesempatan itulah Amber akan ternampak Jaebum, yang jelas merupakan antara manusia yang tersibuk pada hari itu.

Maklumlah, kapten kan.

Terpaparlah kesungguhan dan ketegangan yang tampil pada seraut wajah itu. Tegas memberi arahan dan merangka strategi demi mempertahankan pencapaian dan rank #1 yang berjaya mereka rangkul setiap tahun dan juga menjadi dambaan setiap pasukan yang bertanding.

Fuh.

"Macam mana kau boleh...?" Ayatnya sengaja dibiarkan tergantung. Tangannya pula menunjukkan ke arah dirinya sendiri.

Jaebum mengukirkan senyuman yang menyebabkan matanya yang sememangnya mempunyai bukaan yang kecil, hilang serta-merta.

"Tahu nama kau?" Amber menganggukkan kepalanya dengan teragak-agak, tanda mengiyakan apa yang dikatakan oleh jejaka itu.

Jaebum membetulkan training bag yang tersangkut di bahunya. Ketika itu, barulah Amber tersedar dan membuat kesimpulan sendiri bahawa dia juga ingin berlatih bola keranjang sepertimana yang dilakukan Jungkook.

"Siapa je yang tak kenal Amber, hakak gengster sekolah hmm?"

Pernyataan yang keluar dari mulut Jaebum ternyata berjaya membuatkan Amber terdiam seketika.

Oh.

"Oh." Itu sahaja responnya ketika itu. Entah kenapa, satu perasaan aneh tiba-tiba menjalar di setiap sudut hatinya.

Hilang sudah rasa gembira kerana pertemuannya dengan Jungkook sebentar tadi.

"Siapa je yang tak kenal Amber, hakak gengster sekolah hmm?"

Ah.

Hahaha.

Tiba-tiba sahaja, tekaknya terasa perit.

----------

Hi after a long time. Hehe

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook