+008

Misi Curi Hati Abang Kantin

"Apa?!"

Dari menekup muka, kedua tangannya dikalihkan pula untuk menutup telinganya. Hampir gugur jantungnya mendengarkan suara nyaring sahabatnya itu.

"Woi, perlahan sikit duh!"

Haneul menjeling sekelilingnya. Mujur tidak ramai orang yang mengunjungi kedai aiskrim yang terletak dua blok dari sekolah itu. Namun begitu, masih ada beberapa pasang mata yang memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan yang bercampur baur antara bingung dan bengang.

Amber tidak mengendahkan jegilan mata Haneul dan sebaliknya menutup mulutnya dengan ekspresi terkejut.

"Kau biar betul Han."

Haneul menaikkan sebelah keningnya. "Betullah. Kenapa kau punya nada macam tu pulak?" Soalnya pelik. Bunyi macam Amber tak percaya dan tak bersetuju je dengan apa yang baru dia luahkan.

Amber mencapai kedua-dua pergelangan tangan Haneul dan menariknya sebelum menggoncangnya sedikit, menyebabkan Haneul sedikit terkejut.

"Kau sedar tak yang dia tu jiran baru kau?" Soal Amber sambil memandang tajam ke dalam anak mata Haneul.

"Ya. Aku tau. Jadi?" Soal Haneul semula.

Amber memejamkan matanya seketika dan mendongakkan kepalanya ke atas. Setelah mengambil nafas dalam, dia membuka mata dan memandang tepat ke dalam anak mata Haneul sekali lagi, kali ini kedua-dua tangannya ditekapkan pula pada pipi Haneul.

"Wahai Kim Haneul, sedarlah!" Kata Amber, sedikit menjerit. Boleh pula budak ni selamba dek je?

Haneul masih lagi kebingungan. "Kenapa?" Tanyanya sekali lagi dalam keadaan kedua-dua belah pipinya ditekan oleh Amber sehingga mulutnya terjuih ke depan umpama itik.

Kali ini Amber meletakkan tangannya di atas bahu Haneul dan menggoncangkannya pula. "God, Haneul. Maksudnya, kau pun tak kenal dia sebetulnya kan? Jadi macam mana kau boleh suka dekat dia semudah dan secepat ni? It's not good Han." Bebel Amber panjang lebar. Musykil dan risau benar dirinya melihat perilaku luar biasa Haneul yang sememangnya seorang yang rasional dan berfikir panjang.

Dalam masa yang singkat, Haneul boleh sukakan jiran barunya yang tidak pun dikenali dengan mendalam. Pelik!

Haneul menjatuhkan tangan Amber yang sedari tadi menggoncang bahunya. Kepalanya sudah mula pening akibat digoncang umpama patung yang tidak bernyawa. Susu strawberi dihirup lama sebelum dia membuka mulut.

"Yang kau over-reacting sangat ni kenapa? Aku suka dia jelah, bukannya jatuh cinta." Terang Haneul dengan perasaan jengkel. Boleh pula Amber melalut sampai ke situ. Dia pasti yang perasaannya ini cuma sekadar suka sahaja.

Well, buat masa nilah. Kita bukannya boleh jangka apa yang akan jadi pada masa depan.

Kan?

Amber kelihatan sedikit tenang setelah mendengarkan kata-kata Haneul itu. Namun begitu, masih ada lagi rasa ragu-ragu di dalam hatinya mengenai kebenaran di sebalik kata-kata yang terluah dari mulut sahabatnya itu.

"Aku suka dia jelah, bukannya jatuh cinta."

Ya, dia harap kata-kata itu benar.

----------

Amber berjalan seorang diri setelah ditinggalkan Haneul di simpang jalan yang memisahkan lorong ke rumahnya dan rumah Haneul.

Kepalanya masih ligat memikirkan kata-kata Haneul di kedai aiskrim tadi. Atau lebih tepat; luahan hati.

Entah kenapa, hatinya tidak yakin dengan apa yang dikatakan Haneul.

Okey, mungkin betul Haneul cuma sukakan abang kantin tu. Tapi itu cerita sekarang.

How about in the future?

Amber melepaskan keluhan kecil. Sejujurnya dia risau sekiranya perasaan Haneul itu akan memudaratkan diri Haneul sendiri. Sebab apa dia rasa macam tu?

Sebab ini kali pertama Haneul mengaku mengenai perasaannya terhadap lelaki.

Sebelum ni tak pernah.

Itu sebab dia risau. Takut lelaki yang disukai Haneul tu mengecewakan sahabat kesayangannya itu.

"Oops!"

Amber terdorong beberapa langkah ke belakang setelah tidak sengaja terlanggar seseorang. Itulah, berjalan tak pandang depan.

Kepalanya digosok sedikit sebelum matanya terarah ke arah orang yang dilanggarnya sebentar tadi.

"Kyla." Nama itu terluah dari mulutnya. Matanya tajam memerhatikan lelaki yang berada di sisi perempuan yang dicemburuinya dalam diam setelah insiden tempoh hari.

"Oh, Amber! Apa kau buat kat sini?" Soal Kyla dengan ekspresi kaget. Tangannya yang tadi memaut lengan lelaki di sisinya itu, pantas dilepaskan dan sempat juga dia berpura-pura menyelit rambutnya ke belakang telinga. Tapi Amber dah perasan dulu.

"Rumah aku area sini. Kau pun tinggal dekat-dekat sini ke?" soalnya sekadar berbasa-basi. Kalau ikutkan hati, dia sendiri pun tidak kuasa nak berbual dengan si Kyla ni.

Kyla tersenyum manis, namun tampak palsu pada pandangan Amber. "Oh, aku temankan abang aku beli barang je." katanya sambil menunjukkan ke arah lelaki yang sedari tadi berdiri tercegat di sebelahnya, menanti namanya dipetik.

Wajah lelaki itu nampak terkejut mendengarkan kata-kata Kyla itu, namun dia akhirnya tersenyum kelat ke arah Amber. "Hai." Tangannya dilambai sedikit ke arah Amber.

Amber sekadar menganggukkan kepalanya sebelum dia memandang semula ke arah Kyla yang kelihatan seperti cacing kepanasan. Amber ingin ketawa sinis dengan kuat sahaja sekarang, tapi dia tahan.

Kesian pulak tengok perangai serba tak kena Kyla ni.

"Okeylah, aku sambung jalan dulu. Have fun !" Ayat terakhir itu disebut dengan nada teruja bertujuan untuk menyelindungi maksud sebenarnya sedang kakinya mengatur langkah meninggalkan dua manusia itu terpinga-pinga tidak mengerti.

"O-okey..!"

Bibirnya mengukir senyum sinis.

Now, that's the perk of being fluent in English.

----------

Aloha~
Sorry guys sebab dah lama tak update! Author busy gila, seriously.
Mintak maaf sebab chapter ni tak panjang sebab author memang ingat nak update je, tak fikir benda lain.
And, author nak bagitau awal² yang kemungkinan korang yang baca cite ni kena tunggu lama lagi sebab author ada exam lagi this August. I have to score in Addmath guysssss 😭😭

Lastly, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! ♥♥

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook