H

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter

I can see you with my eyes

It is pain.

 

 

"Abang..?"

 

                     Miya menggosok matanya perlahan. Pandangannya kabur. Dia yang terbangun dari tidurnya akibat bunyi bising yang dibuat Sehun segera turun ke ruang tamu untuk melihat abangnya. Suasana gelap di ruang tamu membuatkan dia tidak dapat melihat tubuh Sehun dengan jelas. Tetapi bunyi bising di rak kasut menangkap telinganya. Dia berlari anak ke arah abangnya yang sedang menyarung kasut dengan kelam-kabut. . "Argh! Menyusahkan betul la kasut ni!" Tengkingnya. Langsung tidak sedar dengan kehadiran Miya di depannya.

 

"Abang nak pergi mana?" Soal Miya risau.

 

                  Sehun yang baru saja memegang tombol pintu rumah, tersentak dengan teguran adiknya. "A.. abang nak keluar sekejap. Kau jaga rumah." Pandangan Miya membuatkan dia rasa lebih takut sekarang. Dia tahu apa yang Miya fikir. Itu semua betul. Tapi dia tak boleh biarkan adiknya menghalang dirinya kali ini. Tidak sama sekali. Sehun yang baru saja memegang tombol pintu rumah, tersentak dengan teguran adiknya.

 

 "Jangan pergi. Jangan tinggalkan Miya."  Dia cuba menahan Sehun dengan memegang lengan abangnya itu. Tapi ditepis kasar oleh Sehun. "A-Aku kena pergi. Aku tak boleh duduk sini."

 

Miya menggeleng laju. Dia faham maksud kata-kata abangnya. Dia dapat meneka apa yang berlaku sekarang. Tapi, dia tak boleh biarkan abangnya pergi seorang. Dia serik dengan apa yang berlaku sebelum ini. Dia tak nak benda yang sama berulang lagi. Sekali lagi dia memaut lengan Sehun membuatkan lelaki itu berpaling menghadapnya.

 

"Abang tak boleh pergi. Bahaya. Abang tak boleh tinggalkan Miya!" Ucap Miya separuh menjerit. Air matanya ditahan. Matanya cuba mencari anak mata Sehun tapi gagal kerana gelap di rumahnya. Tapi dapat dia rasa Sehun sedang memandangnya dengan pandangan sayu. Dia tersenyum pahit."K-Kita telefon polis. Kita telefon polis ye bang? D-Dia orang mesti boleh tolong kita. Miya tak nak abang pergi. Tolong.. Abang jangan pergi.." Rayunya.

 

Sehun menggeleng perlahan. "Aku kena selesaikan apa yang aku mulakan Mi. Aku tak boleh lari lagi. Dia.. dia tangkap Seomi!" Miya tersentak mendengar tengkingan Sehun. Buat pertama kali abangnya meninggikan suara padanya. Tapi, dia tak peduli. Dia tak akan ambil hati. Dia faham situasi abangnya. Tapi, dia sememangnya tidak boleh membiarkan abangnya pergi. Dia tidak mahu abangnya meninggalkannya. Seperti ibu bapa mereka.

 

"Kalau abang nak pergi, abang kena bawa Miya. Miya nak ikut." Dia maksudkan apa yang dia kata. Dia akan ikut. Kalau itu yang Sehun mahu, dia akan ikut.

 

Sehun mengusap lembut kepala Miya. Dia sayangkan Miya. Tapi dia sudah penat. Penat melarikan diri. "Miya, maafkan abang. Kali ini je. Tolong.. tolong jangan libatkan diri kau dalam hal ni."

 

Miya menggeleng apabila pautan di lengan Sehun semakin melonggar di tarik lelaki itu. "Abang janji abang akan balik. Okay? Abang janji. Jangan menangis.. abang sayangkan Miya." Sebaik sahaja menghadiahkan satu pelukan pada Miya, dia terus berlari menuju ke motornya di garaj meninggalkan Miya yang masih lagi kaku di muka pintu.

 

Dia tak boleh biarkan Seomi semata-mata kerana adiknya. Sekarang apa yang lebih penting adalah Seomi. Bukan.. adiknya.

 

                     Selepas dapat menarik dirinya semula ke dunia realiti, Miya berbisik sendiri,"Luhan.. kena telefon Luhan!" Tiada masa untuk mengalirkan air mata, segera Miya berlari menuju ke bilik tidurnya untuk mengambil telefon bimbitnya dia atas meja belajar. Dia mendail nombor Luhan dengan tangan yang sedikit menggigil. Kepala digeleng beberapa kali. Dia tak boleh. Tak mungkin sempat kalau dia telefon Luhan sekarang. Abangnya dalam bahaya.

 

                    Dia jatuh terduduk. Dia tak boleh buat apa sekarang. Dia rasa tak berguna. Rakaman peristiwa hitam pada keluarganya bermain di minda. Bebola matanya bergetar laju. Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir membasahi pipinya. Dia menekup mukanya dengan senduan. Kaki ditarik mendekati dada.

 

"Sehun.. tolong jangan tinggalkan aku."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                 Perlahan-lahan Seomi membuka matanya. Bibirnya terasa sakit. Dapat dia satu cecair pekat mengalir di pipinya. Sakitnya masih terasa. Dia tidak menyangka dia akan dilempang sebegini kuat. Tapi salah dia juga kerana cuba melawan. Eh. Tak akan dia nak biarkan orang menculiknya begitu saja. Mestilah dia perlu melawan. Dia cuba bangun dari pembaringannya namun tidak berjaya. Badan dan kakinya diikat kuat menyebabkan rasa sakit melecet di sekeliling pergelangan tangannya kini berhubung dengan reseptor kulitnya. Dia mendesis.

 

"Dah bangun?" Serta-merta Seomi mencerlungkan matanya kepada pemilik suara. Dia tak dapat melihat seluruh muka lelaki itu kerana dia memakai penutup hidung berwarna hitam. Dia mendengus.

 

"Kenapa kau culik aku?" Soalnya sambil cuba melepaskan diri d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~