A

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter

 

The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies

 

 

 

LuHan merebahkan tubuhnya ke atas katil. Tangan kanannya diletakkan ke atas dahinya. Dia mengeluh panjang. Hari ini dia tidak pergi ke sekolah. Tak ada mood nak pergi sekolah. Kamera kesayangannya pun dia tak sentuh sejak daripada semalam. Dibiarkan sahaja kamera itu di atas meja belajar.

 

"Awak tak nak marah lelaki tu ke?" Luhan yang menunduk itu mengangkat mukanya. Seorang perempuan kecil di sebelahnya diperhatikan lama. Budak sekolah rendah mana pula ini?

 

"Tak ada guna saya marah pun." Jawab Luhan dengan nada hampa. Ya. Dia dan Eunji sememangnya pasangan kekasih. Tapi, entah mengapa dia rasa dia yang patut dipersalahkan sekarang. Kalaupun tidak, Eunji tetap tidak akan mendengar kata-katanya. Dia tahu Eunji bersikap nekad. Sama sepertinya. Apa yang dia mahu, dia kan pastikan dia dapat. Dapat dia rasakan aura Eunji yang mengatakan dia lebih sukakan lelaki itu daripadanya. Jadi, apa yang perlu dia buat? Merayu kasih Eunji sedangkan dia tahu Eunji tidak sukakannya? Tidak sama sekali.

 

"Habis tu awak nak biarkan dia orang macam tu je?"

 

Luhan terdiam. Berfikir sejenak. Beberapa minit kemudian, dia bangun dari pembaringannya. Baju panasnya dicapai lalu disarungkan ke badan. Kameranya juga tidak dilupakan. Dia perlu tahu mengapa Eunji curang dengannya. Mungkin dia tak akan dapat semula kasih Eunji, tapi dia masih perlu tahu mengapa Eunji memperlakukannya sebegini. Jika Eunji mahu putus sekalipun, dia boleh minta secara berdepan. Luhan tidak akan menghalang. Bukan dengan curang di belakangnya seperti ini.

 

 

 

 

Kameranya dibelek-belek sambil bersandar di tepi pagar sekolah Eunji. Pelajar yang baru balik dari sekolah semua memberinya pandangan pelik. Dia mengendahkan mereka. Apa yang dia tunggu ialah EunJi. Dia dan EunJi tidak sama sekolah dan umur. EunJi muda setahun dengannya. Dia kenal Eunji pun di kedai Cafe 5 bulan yang lalu. Ini bermakna sudah 4 bulan lebih dia mempunyai hubungan bersama Eunji. Tapi, dia tidak pasti apakah statusnya kini di mata Eunji.

 

LuHan mengangkat mukanya apabila telinganya menangkap satu suara yang sangat dikenalinya sedang bergelak ketawa.

 

LuHan menahan perempuan itu dengan menarik tangannya. Badan perempuan itu sedikit terangkat. Reflek daripada terkejut. Berkerut kening perempuan itu memandangnya.

 


"A-abang.."

 

"Aku nak cakap dengan kau kejap EunJi" LuHan menarik tangan EunJi tanpa memerdulikan pandangan kawan-kawan EunJi kepadanya, dia terus menarik  Eunji menjauhi sekolah gadis itu. Eunji yang meronta diendahkan.

 

"Abang! Lepaslah! Sakit!" LuHan melepaskan tangan EunJi setelah mereka tiba di satu tempat yang agak tersembunyi tapi tidak berapa jauh dari sekolah EunJi. Dia tidak sanggup mendengar jeritan kesakitan Eunji. Walaupun dia marah, dia tidak sepatutnya membuatkan gadis itu terluka. Dia tak nak jadi manusia seperti itu. Jenis manusia yang paling dibencinya.

 

"Apa abang nak? Kenapa tiba-tiba datang? Selama ni tak pernah pun nak datang sekolah EunJi ni." EunJi tersenyum sinis.

 

Seperti kata Eunji, memang betul Luhan tidak pernah datang ke sekolah kekasihnya. Dia tahu itu semua salahnya. Tapi itu tak membawa maksud dia curang dengan EunJi atau apa. Dia cuma sibuk. Dia betul-betul sibuk. Dia sangka Eunji faham dengan situasinya malangnya tidak.

 

"Abang nak tanya. Siapa lelaki yang dengan kau semalam?" Mata Eunji membulat dengan soalan Luhan. Dan lebih membulat apabila ada seorang lelaki yang cukup dikenalinya datang ke arah mereka berdua.

 

"Aku orangnya. Kenapa?" Luhan menoleh. Mukanya jelas terpempan dengan lelaki di depannya. Lelaki yang cukup dikenalinya. Lelaki yang langsung tidak memberinya khabar berita dan pergi begitu saja. Lelaki yang pernah membuatkan dia rasa, dia tak perlukan sesiapa tetapi dia. Dan sekarang..

 

"MinSeok?"

 

 

 

 

 

LuHan termenung di taman. Dia tidak tahu sudah berapa kali dia mengeluh. Bunyi kanak-kanak riang yang sedang bermain langsung dihiraukannya. Angin sepoi-sepoi yang menyapa pipi menyerabutkan lagi otaknya. Dia tidak boleh tenang. Kali ini dia betul-betul tidak boleh berbuat apa-apa. Dia dikhianat oleh orang yang paling dia percaya.

 

"MinSeok?"

 

MinSeok turut terkejut begitu juga dengan EunJi. "Abang kenal MinSeok?"

 

Luhan tidak membalas tapi laju merentap kolar baju Minseok. Mata dicerlungkan tepat ke dalam anak mata Minseok. Muka LuHan sedikit memerah menahan gelodak hatinya yang semakin berapi. Lelaki di depannya itu diam tanpa berkata apa-apa. Seolah apa yang berlaku sekarang tiada kaitan dengannya. Raut wajah tenang Minseok membuatkan dia rasa lebih terluka.

 

"Kau ke yang ram-"

 

"Kau nak tumbuk aku ke?" Potong Minseok laju. Luhan terdiam seketika. Melihatkan muka MinSeok yang setenang air itu membuatkan hatinya sedikit keliru. Dia buntu. Sama ada dia patut lepaskan kemarahannya ataupun tidak. Dia tidak pasti apa yang patut dilakukannya sekarang. Perlahan-lahan kolar baju MinSeok dilepaskan. Dia berlalu meninggalkan Minseok begitu sahaja. Eun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~