E

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter
 

Excuse love will lead you to excuse treat

 

 

"Dyo, kita orang berdua balik dulu la ye. Ingat, kau jangan makan lagi benda-benda yang kau alah lepas ni. Kalau kau sakit lagi, dah tak ada siapa yang dapat membantu. Hari ni kau bernasib baik je ada aku. Kalau tak.. aku tak tahu la apa yang jadi dekat kau sekarang ni. Aku bukan selalu ada dengan kau pun. Kau kena ingat itu. Oh, tolong lah jaga diri sendiri tu sikit Dyo oi. Kau ingat mati tu best ke? Kau kena hadap malaikat maut yang menyeramkan kau tau. Kau nak ke? Aku tak kisah sebab kau yang cari pasal dulu. Tapi tolong lah berfikir dua kali lepas ni sebelum kau nak ikut nafsu air liur kau tu. Boleh kan?"

 

Luhan membebel seperti nenek-nenek di hutan. Dia sakit hati sebenarnya. Fikirnya Dyo mahu mati tadi, rupanya tidak. Hampir terkoyak mulutnya ternganga apabila doktor yang merawat Dyo tadi memberitahu Dyo hanya sesak nafas kerana alahan yang dialaminya. Dan lebih terkoyak apabila dia dimaklumkan oleh pembantu Dyo bahawa pemuda itu telah pun menghabiskan dua pinggan udang sekali ngap! Gila apa. Dah tau diri itu alah dengan udang, boleh pula dihabiskan udang itu tanpa berfikir panjang. Haish. Sabar aje lah.

 

Dyo hanya mengangguk dengan sengihan kambing. Segan pula untuk berdepan dengan LuHan selepas ini. Malu! Pecah rahsia yang disimpannya tak sampai 5-6 jam itu. Itulah. Syok sangat makan sampai tak ingat dunia. Kan dah kena.

 

Matanya meliar pada LuHan dan JooNi yang sedang mengemas barang-barang mereka berdua. "Terima kasih sebab hantar aku ye LuHan walaupun aku tahu kau tak ikhlas. Hehe."

 

"Eh, cakap tu biar berlapik sikit ye. Aku tahu la kau dah lapik dengan 'terima kasih' kau tu. Tapi itu tak cukup. Cuba kau buang sikit ayat 'tak ikhlas' tu. Karang aku betul-betul tak ikhlas baru kau tahu. Sia-sia je kau hilang kawan yang kiut dan baik macam aku ni. Kau ingat bla bla bla bla bla bla bla bla bla......" Luhan membebel sendiri. Dyo hanya tersenyum. Dia kenal benar perangai LuHan. Lelaki itu jika sudah risau yang teramat, mula lah membebel panjang. Ibu-ibu pun akan mengangkat bendera putih apabila pemuda itu mula bersuara. Betapa hebatnya LuHan.

 

JooNi mencebik. Cair taik telinga dengar LuHan memuji diri sendiri. Sudah lah suka membebel. Memang sah-sah la cair taik telinganya yang sebulan terperangkap dan tidak dikorek itu. Muka hensem tapi suka membebel. Tak payah fikir dua tiga kali, konfem dah kena reject jadi calon suami!

 

"Dan kau pun Jooni. Terima kasih sebab risaukan aku walaupun layanan aku dengan kau kurang baik selama ni." Dyo menunduk. Perasaan kesal menyelubungi dirinya.

 

JooNi senyum. Dia sebenarnya langsung tidak kisah dengan layanan Dyo padanya. Kerana dia tahu, sememangnya itu salah dirinya. Bukan Dyo.

 

"Tak apalah. Kau tak salah pun. Aku yang salah sebab malas sangat-sangat. Maaf." Dyo dan JooNi berbalas senyuman. Rasa lega terbit di dalam hati Dyo. Seperti kata-kata gadis itu, memang benarlah dia malas. Di kedai, dia hanya sibuk melayan game di dalam telefon sehingga semua kerjanya terabai. Bukan apa, JooNi malas sebenarnya. Lagipun dia kerja di situ bukan kerana kehendaknya tapi kerana terpaksa. Macam apa orang cakap itu? Kerana terpaksa aku relakan? Hah! Yang itu lah.

 

Disebabkan kondisi keluarganya yang miskin dan bilangan ahli keluarga yang ramai, Jooni terpaksa juga untuk mencari kerja walaupun dia sering menolak permintaan ibunya untuk mencari kerja. Tapi, hei.. hati JooNi pun ada juga rasa belas kasihan okay. Walaupun dia malas, tapi dia ikut juga arahan ibunya. Sekali-sekala buat amal, apa salahkan? Walau sememangnya itu tanggungjawabnya selaku anak sulung di dalam keluarga. Kihkihkih.

 

"Tapikan Dyo, lepas ni mungkin aku nak berhenti kerja kut. Sebab kedai kau tu gaji dia sikit sangat lah. Aku tak boleh tampung keluarga aku dengan jumlah gaji yang sikit macam tu." JooNi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sukar untuk dia katakan hal ini sebenarnya. Tapi kejujuran itu perlu! (JooNi yang kata) KehKehKeh.

 

"Aku boleh suruh appa aku naikkan gaji kau. Mungkin appa aku boleh bantu. Walaupun tak banyak yang naik, tapi mungkin boleh lagi kut untuk tampung keluarga kau dengan gaji tu." Terlalu banyak kemungkinannya di situ. JooNi tersengih memikirkan cadangan Dyo. Ada banyak keuntungan tuh. Patut ke dia terima?

 

"Erm.. tapi aku sebenarnya dah rancang lama dah untuk berhenti ni, Dyo. Maaf sekali lagi." Riak muka Dyo menjadi suram. Otaknya mengagak mungkin gadis itu masih lagi terasa dengan layanannya. Mungkin.

 

"....Tapi cadangan kau tu, aku mungkin boleh fikir-fikirkan lagi asalkan dengan satu syarat...."

 

Serta-merta Dyo mengangkat muka.

 

 

 

 

 

 

"Kau kerja dengan aku aje lah." Ujar Luhan sebaik sahaja pintu wad Dyo ditutup.

 

 Jooni berpaling kepada wajah Luhan. Sebelah keningnya terangkat."Apa? Kerja? Kerja apa aje lah yang kau nak tawar dekat aku pun? Kau ni bukan ada kerja pun aku tengok. Banyaknya merepek je. Entah-entah kau ni nak aku jadi pembantu aktiviti men-stalk kau yang tak bertauliah tu? Huh. Tak ada maknanya. Buang masa aku je." JooNi berpeluk tubuh sambil berjalan ke arah lif hospital. LuHan membuntutinya.

 

"Biar aku tekan." LuHan berkata apabila mereka sampai di depan pintu lif. JooNi hanya membiarkan sahaja. Orang nak buat baik kan? Apa salahnya. Asalkan benda itu tidak memudaratkan dirinya sudah. Dan dia lebih gembira. Sebab apa? Terasa seperti mem-besar pula sekarang ini.

 

"Aku boleh bayar gaji kau dua kali ganda lebih tinggi dari gaji yang Dyo bagi."

 

LuHan bersandar pada dinding sebelah lif dengan tangan yang di selukkan ke dalam poket seluar. Dia tersenyum sinis kepada JooNi yang diam tidak berkutik itu. LuHan yakin JooNi sedang berperang dengan hati dan otaknya untuk tawaran yang diberikan olehnya. Well, duit kan? Siapa yang nak tolak? Lagi-lagi gadis si mata duitan seperti JooNi. Dari perbualan JooNi dan Dyo tadi pun dia dapat mengagaknya.

 

"....Tapi cadangan kau tu, aku mungkin boleh fikir-fikirkan lagi asalkan dengan satu syarat...."

 

Serta-merta Dyo mengangkat muka. LuHan yang sedang ralit mengemas barang itu pula, mula memasang telinga sebesar-besarnya.

 

"Syaratnya, aku boleh datang waktu bila-bila je dekat kedai kau. Boleh? Bukan apa, adik-adik aku ramai yang kecik-kecik lagi. Mak aku pula tak sihat sangat. Jadi aku sibuk sikit. Kena jaga dia orang. Kena masakkan untuk dia orang. Aku kena kemas rumah lagi. Kau pun tahu kan ayah aku dah tak ada? Tak ada siapa yang boleh diharapkan lagi selain daripada aku." Terselit intonasi sedih di dalam bicara JooNi.

 

LuHan tersenyum sinis. Sungguh bijak gadis itu berkata-kata. Dan dia sangat percaya, hati Dyo yang lembut itu pasti akan terperangkap dengan setiap apa yang keluar dari bibir mungil JooNi. Primadona sungguh!

 

"Okay. Tak ada hal. Yang penting kau kena jugak kerja dengan aku." Tanpa berfikir panjang Dyo bersetuju. Kan dah kata? (Luhan kata) lululs!

 

 

"Kalau kau tak nak, tak apa. Aku tak kisah. Rezeki dah tak ada kan?" Sambung LuHan. Menekankan lagi rasa di dalam hati JooNi. Pintu lif terbuka.

 

Setuju lah! Setuju lah! Tak payah fikir apa-apa lagi. Setuju je JooNi!! Teriak hati LuHan yang penuh dengan agenda itu. Namun riak mukanya tidak menggambarkan apa yang difikirnya. Belum sempat LuHan berjalan masuk ke dalam perut lif, dia ditahan JooNi. Dan dengan itu, dia tahu kemenangan berpihak padanya! Yes!

 

"Okay aku setuju. Yang penting kau kena janji, kau akan bayar gaji yang kau tawar kan tu. Boleh?"

 

LuHan tersenyum manis. "Apa saje untuk mu sayangku Jooni." LuHan mencuit pipi mulus JooNi membuatkan gadis itu menggoyangkan bahunya tanda geli.

 

"Aku bukan sayang kau okay. Yurkkiee kau tau tak?" Jooni mula menapak masuk ke dalam lif lalu menekan butang menuju ke parking lot. Tempat parking kereta Luhan semestinya. Dia datang naik kereta Luhan, jadi balik pun mestilah dengan kereta lelaki tu kan? Melainkan Luhan bukan lelaki gentleman.

 

Luhan turut masuk ke dalam. Disebabkan rasa kantuk yang ditahannya sedari tadi, dia pun terus duduk sambil berpeluk tubuh di dalam lif. Badan di sandarkan dengan mata yang terpejam. JooNi memandang pelik padanya.

 

"Haih. Takkan dah penat kut?" Sindir JooNi.

 

Luhan menggaru pipinya, perlahan dengan mata yang terkatup rapat. Sindiran JooNi di biarkan sepi. Dia sememangnya penat hari ini. Dari pagi sampai la sekarang, dia masih belum merehatkan dirinya. Sudah lah semalam dia tidur pukul 5 gara-gara mahu mengedit video di dalam kameranya. Hilang melayang masa tidurnya itu. Penat meh.

 

"Gerak aku bila dah sampai bawah." Pesan LuHan sebelum mengeluarkan satu dengkuran halus.  JooNi yang mahu bersuara itu, terus mematikan suaranya apabila terpandangkan muka LuHan yang sedang nyenyak tidur. Keningnya berkerut. Tak sampai satu saat pun pakcik ni dah boleh tidur? Hebat gila!

 

Malas mahu memikirkan LuHan, JooNi terus mengalihkan pandangan pada nombor yang terpapar di atas pintu lif. Masih ada 8 tingkat lagi. Haih. Kenapa lah doktor bagi aras wad Dyo tinggi-tinggi sangat? Tak faham betul la.

 

JooNi menguap perlahan. Mengantuk! Mungkin kerana bosan tidak ada siapa yang boleh di ajak berbual. Matanya beralih kembali pada wajah LuHan. Dia bercangkung di sebelah pemuda itu. Keningnya berkerut apabila tiba-tiba sahaja kening LuHan berkerut. Apa yang difikirkan lelaki itu agaknya?

 

"Ma..ma.." Rengek LuHan perlahan namun cukup didengari Jooni. Dia bergerak-gerak sedikit. Muka lelaki itu seperti sedang mengalami mimpi buruk. 

 

Mama? Siapa?

 

"Luhan? Kau okay ke?" Jooni mula risau apabila Luhan tiba-tiba berpeluh. Kening lelaki itu semakin berkerut. Mimpi buruk kah lelaki itu? Hantu ke? Atau apa?

 

"Tak payah la tenung aku macam tak pernah nampak lelaki hensem. Aku tahu lah aku hensem."

 

Jooni jatuh terduduk akibat terkejut dengan kata-kata Luhan. Pemuda itu mengeliat kecil sambil menguap. A-Apakah?

 

"Rosak tidur aku." Luhan bangkit. Jooni yang kaku itu dijeling sekilas. "Heh. Yang kau ni kenapa? Aku ni hantu ke sampai kau nak terkedu bagai tu? Dah bangun cepat." Dengan sekali angkat sahaja, badan Jooni diangkatnya.

 

 

Pintu lif terbuka. Luhan mula berjalan keluar meninggalkan Jooni di belakang. Kunci kereta di dalam poketnya terus di keluarkan sambil bersiul-siul kecil. Otaknya kembali terimbas situasi dirinya dengan JooNi tadi.

 

"K-Kau pura-pura tidur ke LuHan?" Soal JooNi sebaik sahaja LuHan mengangkatnya.

 

LuHan berjalan perlahan, mendekati JooNi. JooNi berjalan mengundur sehinggalah dia terkunci di antara badan LuHan dan dinding lif. Lelaki itu mula merendahkan kepalanya membuatkan dia berdebar-debar.

 

"K-Kau apasal d-dekat-dekat dengan aku ni? Nak kena tumbuk ke?" Tergagap-gagap JooNi berkata. LuHan sembunyi senyum. Geli hati melihat JooNi yang gelebah sendiri.

 

Wajahnya semakin didekatkan. JooNi memejamkan sekuat-kuat matanya apabila muka LuHan hanya seinci sahaja lagi dengan wajahnya. Tangan digenggamkan lalu di rapatkan pada dada.

 

JooNi mencelikkan matanya apabila merasakan tangannya tiba-tiba ditarik. LuHan yang menariknya. Lelaki itu menarik keluar jari telunjukknya lalu di dekatkan pada dahi dirinya sendiri.

 

"Kau sepatutnya buat dekat aku macam ni bila tengok kening aku berkerut-kerut

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~