S

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter
 

You can run from your problems but never from your reality

 

 

 

 

Luhan membuka loker miliknya. Seperti biasa, kasut sekolahnya ditukar. Sekarang, angin Luhan kembali seperti biasa. Buat sementara ini, dia tidak mahu memikirkan kekasihnya, EunJi dan abang tirinya, Minseok. Tapi dia berjanji yang dia akan membuat satu rundingan dengan mereka berdua. Tapi dia tidak pasti bila. Yang pasti bukan sekarang. Dia masih perlukan masa.

 

"Oh ye Sehun. Pagi tadi, kau ada benda nak cakap dengan aku kan?" Luhan menutup lokernya dan berpaling kepada Sehun di sebelah. Sehun mengangkat keningnya. Lupa.

 

"Haah. Tapi pasal apa ye?" Balas Sehun dengan soalan. "Err.. aku pun tak berapa pasti. Sebab tu aku tanya kau." Luhan menggaru belakang telinganya. Diikuti dengan Sehun. Dua-dua pun pelupa. Hah! Bagus sangat la tu. Macam pinand dibelah dua. Masing-masing serasi bersama.

 

Tiba-tiba sekumpulan perempuan menuju ke arah mereka sambil ketawa. Luhan senyum sambil matanya tepat pada seseorang. Sehun turut memandang benda yang di lihat LuHan. Tapi dia tidak pasti apa yang dilihat oleh Luhan. Puan Gyu yang tembam atau sekumpulan perempuan cantik. Puan Gyu? Pft.

 

"Hai Choi.." Sekumpulan perempuan itu mengendahkan panggilan Luhan. "... my admirer" Luhan tersenyum sinis apabila salah seorang daripada mereka menjelingnya tajam. Jelas menunjukkan dia tidak suka dengan panggilan Luhan padanya.

 

"Aku bukan peminat kau." Balas perempuan itu. Siapa lagi kalau bukan Jooni. Muka Luhan ditenungnya. Kalau la renungan itu boleh membunuh.

 

"Aku tak cakap kau pun. Perasannya." Jooni mengetap bibir kuat.

 

"Ni ke admirer kau Luhan? Ganasnya." Luhan tergelak kecil mendengar ayat Sehun itu. Manakala Jooni pula sudah mula berapi. Oh tolonglah lenyapkan dua orang manusia ni dari dunia, sekarang! Pinta hati Jooni. Dia betul-betul memaksudkan apa yang dia kata.

 

"Jom pergi korang. Dekat sini ada lebah la." Jooni dan kawan-kawannya berjalan melepasi Luhan dan Sehun. Ikutkan hati mahu sahaja dia ketuk kepala Luhan tapi ditahannya.

 

"Tunggu kejap" Luhan menahan Jooni. Badan Jooni sedikit terangkat kerana terkejut. "Kita tak habis lagi okay?" Luhan tersenyum sinis.

 

"Jooni. Nampaknya kita orang kena balik dulu lah ye. Anyeong." Kawan-kawan Jooni kini pergi meninggalkannya. Jooni mahu menahan mereka akan tetapi di tarik Luhan.

 

"Kau nak apa?!"

 

"Sehun. Aku balik dengan perempuan ni. Kau balik dengan Seomi." Kata Luhan kepada Sehun dengan mulutnya yang dimuncungkan ke arah Seomi yang sedang berjalan ke arah mereka bertiga. Belum sempat Sehun membalas, Luhan sudah pun meninggalkannya. Jooni meronta-ronta apabila ditarik Luhan.

 

Sehun mengeluh. Seomi yang sedang berjalan ke arahnya dipandang lama. Langsung tidak sedar yang gadis itu sudah pun berdiri di depannya.

 

"Sehun. Luhan mana? Kata nak jalan sama." Seomi memanjangkan lehernya cuba mencari kelibat Luhan.

 

"Dia dah balik. K-kau nak jalan balik dengan aku?"

 

 

 

 

 

Suasana mereka berdua sepi dan sedikit janggal. Situasi mereka berdua seolah-olah mereka berdua langsung tidak mengenali satu sama lain. Satu keluhan berat dapat didengari oleh telinga Seomi. Keluhan yang keluar daripada bibir Sehun.

 

Seomi juga mengeluh tapi dengan nada yang sangat perlahan. Dia tak tahu apa perlu dibualkan bersama Sehun. Hubungan mereka berdua semakin lama semakin teruk dan teruk. Di depan LuHan, mereka berdua berbaik-baik. Akan tetapi di belakang, hanya mereka berdua yang tahu.

 

Tiada siapa yang dapat menekanya. Seomi masih lagi keliru. Perbualannya dengan Meilan tempoh hari menambahkan lagi kekeliruan di hatinya. Malam selepas mereka habis menjalankan aktiviti blind date.

 

"Aku nak kau tolong aku...." Kening Seomi berkerut. Muka Meilan di depannya di tenungnya dalam. Menunggu Meilan untuk menyambung semula kata-katanya.

 

".....tolong aku dapatkan SeHun."

 

Seomi mengelipkan matanya beberapa kali. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya sekarang. Dia tak faham. Apa yang dimaksudkan MeiLan sebenarnya?

 

"Tapi kenapa MeiLan? Dia kan da-"

 

"Aku nak buktikan! Aku nak buktikan apa yang dia kata dekat aku tu semua salah. Aku nak dia tarik balik apa yang dia cakap dekat aku. Aku nak dia tahu aku bukan perempuan macam tu. Aku nak dia tahu" Air mata Meilan mula mengalir membuatkan Seomi gelabah sendiri.

 

"Tapi kau tak perlu buat semua ni Meilan. Apa yang kau buat ni akan lebih memburukkan nama kau. Sehun bukan lelaki yang senang-senang tarik balik apa yang dia kata. Aku tak yakin ya-"

 

"Kau kawan aku kan? Jadi, tak boleh ke kau tolong aku? Aku cuma nak bukti kan yang sangkaan dia dekat aku tu semua salah. Itu je!" Potong Meilan sekali lagi.

 

"Tapi dengan cara kau tu, aku tak rasa kau akan berjaya Meilan. Kalaupun kau berjaya jadi kekasih dia, tapi semua tu akan jadi lebih buruk kalau satu hari nanti dia dapat tahu yang kau jadi kekasih dia hanya kerana semua ni."

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~