R

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter

 

The things we fear the most

have already happend to us.

 

 

 

Chen bersandar di pintu bilik Baekhyun yang terbuka luas. Tangannya disilangkan. Memerhatikan Baekhyun yang sedang tenggelam di dalam lamunannya. Baekhyun kini tidak ubah seperti mayat hidup dengan mata yang tertutup rapat. Pucat. Dia pasti pemuda itu sedang memikirkan sesuatu. Semestinya berkaitan dengan perempuan di markas mereka.

"Kau betul-betul nak bunuh sepupu kau ke?" Soalan Chen mematikan lamunan Baekhyun. Dia membuka sedikit matanya untuk melihat kelibat Chen di pintunya. Dia mendengus perlahan. Tidak suka diganggu oleh sesiapa lebih lagi Chen. Dia perlukan masa untuk melapangkan mindanya. Matanya kembali ditutup. Bunyi derapan kaki Chen semakin kuat mendekatinya. Dia menyerengkan badannya ke kanan membelakangi Chen, mengatakan dia tidak mahu mendengar apa yang bakal diluahkan Chen padanya. Chen suka membebel. Dia tak suka. Lelaki itu suka berperangai seperti ibu-ibu yang risaukan anaknya. Buat Baekhyun rasa mahu menyepak Chen setiap kali lelaki itu membuka suara.

"Kau dah balik dari date ke?" Balas Baekhyun dengan soalan. Chen menggaru kepalanya. Tidak menyangka Baekhyun akan bertanya hal temu janjinya. "Dah. Maaf lambat. Aku balik ni pun sebab bos telefon tadi." Serta-merta Baekhyun bangun. Dia mengangkat keningnya kepada Chen. "Bos cakap apa?"

"Dia suruh kau selesaikan cepat apa yang dia suruh. Dia pesan kalau kau gagal kali ni, well.. kau tau sendiri la padahnya." Baekhyun mengeluh. Dia bangun dari katilnya dan berjalan melepasi Chen, keluar dari biliknya. "Kau yakin ke apa yang kau buat ni?" Chen membuntuti Baekhyun dari belakang.

Bibirnya dibentukkan segaris apabila Baekhyun tidak membalas. "Kau tau, aku boleh runding dengan bos kalau kau tak nak. Lebih baik sekarang sebelum terlambat." Chen cuba menyedapkan hati Baekhyun. Dia tahu Baekhyun sedang keliru sekarang. "Yeke? Bukan kau pun takut dengan bos ke?" Chen tersentak. Dia berdehem perlahan. "Tapi bos percayakan aku." Chen cuba lagi. Dia mahu Baekhyun mengubah apa saja yang dia cuba buat sebentar lagi. Sebagai kawan, dia sudah penat melihat muka suram Baekhyun. Dia tahu apa yang jadi sekarang ini menambahkan lagi suram di wajah Baekhyun.

"Tak apa. Aku ada rancangan aku sendiri." Baekhyun menolak. Dia terus berjalan menuju ke markas mereka meninggalkan Chen di belakang. Rumah dia dan markas mereka tidak berapa jauh. Jadi, dia memang boleh keluar masuk markas itu bila-bila masa yang dia suka.

"Aku nampak Hayi tadi. Dia.. hidup lagi ke?"

Langkah Baekhyun terhenti.

 

 

 

 

 

 

Nafas Seomi mulai naik turun dengan cepat. Bayang pemuda itu dipandangnya tanpa berkelip. Dia berdesis. Menjauhkan badannya dari pegangan anak buah pemuda itu. Salah seorang anak buahnya yang baru muncul berlari mendekati pemuda itu. Perbualan mereka berdua tidak dapat dikecam Seomi tapi dia yakin sesuatu sedang berlaku. Dia dapat membaca dari pergerakan mereka berdua.

"Bawa dia masuk." Arah pemuda itu lalu berjalan mendekati Seomi. "Game start." katanya beserta senyuman. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. Bunyi teriakan samar dari luar membuatkan badan Seomi menggeletar. Dia kenal suara itu. Itu suara Sehun.

Dentuman kuat pintu mengejutkan Seomi. Semua mata kini tepat pada sekumpulan lelaki yang sedang bergelut dengan seorang lelaki. "Lepaskan aku!! Mana kau orang letak Seomi?! Mana!!" teriak Sehun sekuat hati. Dia diheret secara paksa ke arah pembaringan Seomi. Dia memandang sekeliling tempat seperti mencari sesuatu. Tapi gelap. Pandangannya samar. Mukanya yang lebam dan berdarah akibat dibelasah tadi dipandang sinis oleh pemuda itu. Sampai saja di hadapan pemuda itu, Sehun terus memberinya renungan tajam sambil mengetapkan giginya.

"Baekhyun kau-" Satu tumbukan dihadiahkan tepat ke muka Sehun menyebabkan pandangan Sehun sedikit berpinar. Dia berasa mahu pengsan di situ. Tapi, Seomi masih lagi berada di tangan Baekhyun. Dia tak boleh pengsan sekarang. Fikirnya.

"Jangan sesekali sebut nama aku guna mulut kotor kau tu." Baekhyun memberi amaran. Tangan yang digunakan untuk menumbuk Sehun dihayunkan sedikit. Membuang rasa perit pada genggamannya itu.

"Kau pasti dia tak bawa sesiapa?" soalan Baekhyun dibalas anggukan laju oleh seorang lelaki berkaca mata, pembantu peribadinya."Ya tuan. Dia datang sini sendiri"

"Beritahu aku kalau bos dah sampai." Mata pemuda itu beralih semula kepada Sehun. Badannya kini dikunci oleh beberapa anak buahnya. "Aku tak sa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~