E

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Open your eyes, you will find your happiness.

Believe me.

 

 

Seorang doktor mengeluh sambil matanya meliar ke dalam komputer pejabatnya. Sukar untuk dia percaya apa yang dilihatkannya sekarang. Namun, itulah hakikatnya. Doktor itu menggelengkan kepalanya.

 

"Semakin lama semakin teruk. Nampaknya ketumbuhan tu semakin membesar dan mula merebak ke tempat lain. Jika kita lambat melakukan sebarang pembedahan sekarang, berkemungkinan besar jangka masa hid-" Doktor itu berhenti berkata apabila pemuda di sebelahnya itu langsung tidak memberi perhatian akan kata-katanya. Sibuk dengan helikopter yang berada di atas meja kerjanya itu.

 

"Cantiknya helikopter ni. Doktor beli dekat mana?" Soal pemuda itu dengan nada yang ceria.

 

"Awak tau tak kita tengah cakap pasal siapa sekarang ni?" Kelihatan doktor itu seperti sedang menahan marah di dalam dirinya. Kesal dengan pemuda di dalam matanya itu.

 

"Awak tahu tak penyakit awak ni semakin berlarutan? Kalau awak tak dirawat sekarang, nyawa awak akan semakin pendek. Awak tak kisah ke dengan semua tu? Ibu bapa awak pulak, awak tak kesian ke dengan dia orang sem-.. Boleh tak awak dengar apa yang saya cakap? Kenapa susah sangat awak nak dengar?" Pemuda itu mengorek telinga dengan hujung jari kelingking kanannya. Riak mukanya sekarang cukup menyakitkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dan itulah apa yang dirasakan doktor perempuan itu sekarang.

 

"Hurm. Tak apalah kalau macam tu. Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi bila aku dah bersedia untuk mati." Pemuda itu bangkit lalu berjalan keluar dari bilik doktor itu.

 

"Awak kena lakukan pembedahan untuk buang ketumbuhan tu! Saya rayu dekat awak. Please.." Ujar Doktor itu. Pemuda itu hanya tersenyum manis. Dia langsung tidak berpaling namun sampai sahaja di muka pintu, dia berhenti seketika.

 

"Aku tak perlukan pembedahan yang mampu membuatkan aku hilang ingatan sepenuhnya, doktor. Terima kasih atas nasihat kau selama ini." Setelah itu dia meneruskan langkahnya. Pintu bilik ditutup perlahan.

 

Doktor Kim hanya mampu mengeluh. Pemuda yang baru sahaja di tegurnya itu seorang yang keras kepala. Langsung tidak mahu mengikut kata-katanya selama ini. Tidak penatkah lelaki itu? Dia pun hampir sahaja berputus asa.

 

Dan lebih menyakitkan hati, lelaki itu suka betul menokok tambahkan kata-katanya. Geram betul!

 

 

Kaki dihentakkan berkali-kali. Remote ditangan dipusingkan. Sesekali dia mengeluh berat. Siaran TV sudah banyak kali ditukarnya namun tiada satu pun yang boleh menarik minat hati dan kepalanya sekarang. Otaknya pening memikirkan hal tadi. Mencari jalan penyelesaian yang kabur. Dia tak nampak.

 

"Kau ada masalah ke big brother?" Sapaan itu membuatkan Sehun sedikit terkejut. Dia berpaling ke belakang buat seketika. Setelah itu, dia tarik semula mukanya menghadap TV di depan.

 

"Macam mana kau masuk sini Luhan? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je kau muncul dekat rumah aku ni. Kau ada benda nak cakap ke?"

 

Luhan duduk di sebelah Sehun sambil membuat muka tidak puas hatinya. "Kau ni sama je dengan Seomi. Apa? Bila aku jumpa kau orang je, aku mesti ada benda nak cakap ke? Bosan lah asyik-asyik dengar soalan yang sama. Kalau macam ni la jawabnya, lebih baik aku balik je. Duduk rumah main masak-masak dengan maid aku lagi berfaedah. Orang datang nak melawat pun tak boleh."

Luhan mengacah untuk pergi ke pintu rumah Sehun. Sangkanya Sehun akan menghalangnya, namun, lelaki itu langsung tidak berkata apa-apa. Pemuda itu hanya merenung TV dengan mata yang tidak bersemangat. Aura malas jelas terpancar di sekelilingnya. Luhan memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

 

Dia duduk semula di sebelah Sehun.

 

"Aik? Bukan tadi kau cakap nak bal-"

 

"Aku sakit kaki." Balas Luhan laju. "Apasal kau pandang aku macam tu? Tak puas hati?" sambungnya.

 

"Tak ada apa. Cuma nak cakap 'Ouh'.."

 

Luhan menggigit bibir menahan sakit di dalam hatinya. Bengkak pula melayan budak batu ni! Tak pasal-pasal aku pulak yang jadi batu nanti. Haishh. Keluh Luhan di dalam hati.

 

"Kau fikir apa? Ala rilek la. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan pun. Cuma perlukan usaha je."

 

Diam. Luhan memusingkan bebola matanya. Remote di tangan Sehun dirampasnya lalu siaran TV laju sahaja ditukarkan sesuka hati. Tengok Tom and Jerry lagi berfaedah!

 

"Tadi aku telefon Meilan." Sehun mula berbicara. Mungkin dia patut ceritakan apa yang berlaku tadi kepada Luhan. Namun begitu, hatinya masih lagi was-was. Dia takut dengan reaksi yang bakal diberikan Luhan nanti. Marahkah lelaki itu? Akan bencikah lelaki itu padanya sama seperti Meilan dan juga Seomi?

 

"Iye? Kau telefon dia buat apa?" Soal Luhan dengan nada acuh tak acuh. Matanya semakin fokus pada Tom yang sedang mengejar Jerry di dalam TV. Macam comel tapi macam bodoh pun ada. Kenapa la pembuat cerita Tom and Jerry ini sentiasa akan membuat pengakhiran yang tak bahagia? Asyik-asyik Tom je yang kena buli. Si Jerry ni tak ada pun.

 

"Kau tau tak si Meilan tu suka dekat aku?"

 

"Jadi?" Masih lagi fokus pada TV.

 

"Tapi aku tak suka dekat dia."

 

"Dah tu apa masalahnya? Kau tak suka diakan? Chill sudah. Wat lek wat peace je."Luhan menayangkan dua jarinya kepada Sehun sebagai tanda 'peace'.

 

Sehun memusingkan bebola matanya apabila mata LuHan masih lagi fokus pada kaca TV di rumahnya itu. Jari pada dia, tapi mata? Tak usah cakaplah."Tadi aku telefon dia.."

 

"Bukan kau dah cakap ke tadi?" Luhan memotong. Kali ini, dia mencapai bantal berbentuk love di dalam pelukan Sehun lalu dipeluknya. Seperti anak kecil.

 

"Jerk. Dengar la dulu apa aku nak cakap. Kau ni suka betul la potong-potong orang cakap. Kau ingat aku ni apa? Kek ke?"

 

"Kau terlalu hodoh untuk jadi kek." Luhan cuba melawak namun dia tidak berjaya. Dari riak muka tak ada perasaan Sehun itu pun kita sudah dapat mengagak.

 

"Oh yeh? Jadi kau tu pulak terlalu cun untuk jadi kek?"

 

"Pun boleh." Luhan tersenyum sendiri. Seronok pula menyakitkan hati orang ini. Hah. Siapa suruh dia sakitkan hati aku dulu tadi. Rasakan! Bisik hati jahat Luhan.

 

"Hurm. Tak apalah. Tak jadi nak cerita. Aku naik atas dulu. Kau tengok la puas-puas Tom And Jerry kau tu sampai keluar Prince cake kau. Memandangkan kau tu Princess, betul tak?" Sehun menyeluk tangan ke dalam poket seluar sebaik sahaja dia bangkit.

 

"Bagus jugak tu. Aku stay rumah kau lama sikit ye. Aku nak tunggu sampai Prince aku keluar. Mana tau malam nanti dia baru keluar kan?" Luhan menongkat dagu sambil mengeratkan pelukan pada bantal berentuk love itu. Matanya semakin lama semakin menusuk masuk ke dalam TV. Jika renungannya itu berlaser, pasti berlobang TV yang sangat di iktiraf keluarga Oh itu. TV mahal la katakan.

 

Sehun menggelengkan kepala sebel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~