N

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter

 

I close my eyes, but I still can hear you voices

It is beautiful

 

 

 

"Dia dah datang" Gumam Chanmi. Jooni menoleh dengan senyuman janggalnya. Susuk tubuh Luhan yang sedang  berjalan ke meja mereka berempat, menyapa matanya. Wajah sugul lelaki itu masih bersamanya. Jooni tidak suka melihat raut wajah lelaki itu. Tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu Luhan. Dan sekarang dia sedang menuju untuk melukakan hati Luhan. Dengan permaian Truth&Dare dari kawannya. Dia tak sampai hati. Tapi dia dah janji. Haih.

 

"Aku pergi dulu okay? Rancangan korang tu nanti aku pikir-pikirkan dulu." Jooni bangun lalu berjalan ke arah Luhan. Tidak mahu menunggu sehingga lelaki itu sampai ke mejanya. Muka lelaki itu jelas tidak mempunyai perasaan. Kosong sama seperti otaknya sekarang.

 

"Jadi, makanan saya?" Sampai sahaja di depan Jooni, soalan itu yang meluncur keluar daripada bibirnya. Jooni tersenyum nipis. "Awak rasa terpaksa ke? Tak apalah. Kalau awak rasa terpaksa, awak tak payah la teman saya. Nanti saya hantar makanan awak. Mesej saya dekat mana tempat tu. Saya pergi dulu." Itu saja pilihan dia ada untuk membiarkan Luhan bersendirian. DIa tahu Luhan perlukan ruang. Tapi, dia menyerabutkan lagi pemikiran lelaki itu dengan mempelawanya untuk makan bersama.

 

LuHan menahan Jooni. "Aku tak cakap macam tu- Tak, saya tak cakap macam tu pun kan?" Dia tak faham kenapa dia tahan Jooni. Tapi dia betul-betul tidak mahu perempuan itu meninggalkannya.

 

"Tak apa lah. Saya tau awak tengah bersedih lagi tentang kekasih awak. Jangan risau. Saya faham. Awak mesti nak bersendirian kan sekarang ni? Saya minta maaf sebab ganggu awak" Jooni betul-betul memaksudkannya.

 

Mata LuHan sedikit membulat tanda dia terkejut. Cepat-cepat dia mengecilkan semula matanya bila Jooni tersenyum manis kepadanya. "Saya nak hot coffee satu dan juga, tolong belikan saya sebungkus roti. Apa-apa roti je okay?" Luhan mengarah sebelum berjalan pergi ke suatu tempat. 

 

"Awak nak pergi mana?" Jooni bertanya.

 

"Nanti saya mesej. Awak pergi la beli dulu" Jooni mengeluh. Senyuman tipis di pamerkan. Aku ni orang gaji ke? Sedap je dia mengarah. Omel hatinya.

 

 

 

 

"Ni dia makanan yang awak nak." Jooni meletakkan satu bungkusan roti dan juga satu cawan kopi di sebelah Luhan yang sedang menutup matanya menghayati udara di sekelilingnya. Dia mengerling sekilas wajah tenang Luhan. 

 

Jooni duduk di sebelah Luhan. "Maaf, roti ni je yang ada. Yang lain dah habis. Awak okay ke dengan roti ni?" Luhan membuka matanya untuk melihat bungkusan roti yang di maksudkan Jooni. Perkataan yang tertera di atas bungkusan roti itu membuatkan Luhan mengeluh perlahan. Dia tidak ada selera untuk makan. Bukan sebab jenis roti itu. 

 

"Okay je. Aku suka yang ni. Terima kasih."

 

"Tipu. Saya tahu awak tak suka roti kacang. Takpelah, saya pergi beli benda lain untuk awak ye? Tunggu kejap." Jooni ingin bangun tapi di tahan Luhan. "Tak apa. Aku okay je. Duduk je sini. Jangan tinggalkan tempat ni selagi aku tak suruh." Tegas LuHan. Jooni hanya mengikut. Dia membetulkan cara duduknya dengan gaya yang lebih sopan. Air tin susu yang dibeli untuk dirinya, di buka.

 

Suasana sepi buat seketika.

 

"Nama kau siapa? Oh ye.. tak apa kan kalau aku bahasakan diri aku, aku?" Jooni mengangguk. "Tak apa. Aku okay je. Nama aku Choi JooNi, kau Kim Luhan kan?" Jooni turut membahasakan dirinya 'aku'.

 

"Macam mana kau boleh tahu nama aku?"

 

Jooni yang sedang meneguk air susunya terus berhenti. Err."Kawan bagi. Apa? Jangan tengok aku macam itu. Aku bukan crushing kau. Tolong.. la." Erk?

 

Tak guna!

 

Oh, ini adalah sisi lain selain daripada sikap pemalu Jooni. Bila dia gementar sangat-sangat, automatik dirinya akan menjadi sangat selamba. Tengok lah sekarang. Gaya percakapannya tidak ubah seperti dia dengan Luhan sudah lama berkenalan. Oh girl. Luhan tersenyum nakal apabila Jooni mula berkelakuan seperti cacing kepanasan. Rona merah dipipi gadis itu dijeling sekilas.

 

"L-lupakan apa yang aku cakap tadi. Aku ada benda nak tanya ka-"

 

"Tak. Bagi aku tanya dulu." Potong Luhan membuatkan Jooni terdiam. "Kau siapa? Kenapa kau ajak aku teman kau makan? Dan yang paling penting, macam mana kau boleh tahu perihal kekasih aku?"

 

Jooni menelan liur. Dia buntu untuk menjawab setiap soalan yang keluar daripada mulut Luhan. "Khabar angin. Kenapa kau lepak dekat atas bumbung ni? Kenapa tak nak makan dekat cafe je?" Jooni mengubah topik.

 

"Jawab aku punya dulu." Sekali lagi JooNi menelan liur. Kali ini air liurnya terasa kesat seperti pasir. Perisa coklat susunya tidak dapat dirasainya lagi.

 

 

 

 

"Aku serik!" Jooni menghempas buku yang di keluarkan dari begnya ke atas meja, kasar. Sesekali dia mendengus. Dengusannya itu dibalas dengan pandangan yang pelik dari jiran tempat duduknya, Chanmi. Kelihatan guru bahasa inggeris kelas mereka telah pun masuk.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~