B

Sweetpea : Blissful Pleasure [ Love Time With Mr.Luhan ]
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Your past is like a pencil mark on paper

You can erase it, but it never really goes away.

 

 

              Luhan termenung di dalam biliknya. Sepeti biasa, dia tidak dapat tidur. Segagah mana pun dia cuba untuk menutup matanya, dia tetap tidak berjaya. Dia rindukan mimpi indahnya. Mimpi yang sering muncul dalam tidurnya ketika kecil. Mimpi dia berlawan dengan raksaksa yang mahu memusnahkan istana pasirnya. Mimpi dia bermain dengan gadis kesukaannya lalu disepak tanpa henti kerana mengusik gadis itu sehingga menaikkan amarahnya. Mimpi dia jatuh dari bangunan, sedangkan hakikatnya dia jatuh dari katil. Mimpi dia dimarahi mamanya kerana memakai baju kesayangan ibunya lalu bermain dengan lumpur. Ya. Dia memang nakal. Dia rindukan semua itu.

            Luhan senyum. Pahit. Matanya kini tertumpu pada bingkai gambar di atas meja belajarnya. Seorang kanak-kanak riang dan seorang wanita yang cuba menangkap kanak-kanak itu dengan ais-krimnya. Dia rindukan mamanya. Mama yang sentiasa ada di sisinya. Yang sentiasa melayan karenahnya. Yang sentiasa memujuknya ketika dia dimarahi papanya. Yang sentiasa menemaninya ketika dia tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Wanita yang sentiasa menyayanginya tidak kira apa jua yang berlaku.

Dia bangun dari katilnya dan mencapai bingkai gambar itu.

"Kalau la papa tak tinggalkan kita, Mama mesti bahagia, kan?" bisiknya sendirian. Dia mengusap wajah mamanya dengan senyuman hampa. Senyuman kegembiraan di bibir mamanya diperhatikan lama. "Maafkan Luhan sebab tak bantu mama malah menyusahkan lagi mama." Luhan sentiasa menyalahkan dirinya kerana tidak membahagiakan mamanya. Dia tahu dia seorang anak yang nakal. Sentiasa menyusahkan mamanya dengan masalah yang dia buat di sekolah. Melemparkan arang ke wajah mamanya. Mamanya selalu dipanggil ke sekolah kerana dia dan dimalukan di depan guru-guru sekolahnya kerana tidak dapat mendidiknya. Ketika itu dia masih kecil. Dia tidak tahu apa-apa. DIa tak faham apa-apa. Apa yang fikir hanya keseronokan.

             Dia letak kembali bingkai itu ditempat asalnya. Baju sweaternya dicapai lalu disarungkan pada badannya. Dia mahu mengambil udara segar. Kunci kereta diselukkan ke dalam poket seluar. Jam dindingnya, dijeling sebelum keluar dari rumahnya. Pukul 4:49 A.M. Dia masih belum mengantuk.

             Baru saja dia mahu membuka pintu keretanya, satu kelibat manusia menarik perhatiannya. Kelibat itu berjalan dengan tidak stabil sambil memapah sesuatu. Matanya dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas. Keningnya berkerut-kerut. Setahunya, kawasan perumahannya ini, adalah kawasan peribadi. Tiada sesiapa dibenarkan ke sini melainkan orang yang mempunyai pas khas. Jadi, apa orang tu buat dekat tempat dia?

              Kelibat itu semakin lama semakin mendekatinya. Serta-merta matanya membulat apabila dapat mengecam manusia itu. Dia berlari mendapati mereka dengan muka yang pucat. Nafasnya seakan disekat-sekat.

"Seomi? Sehun?" Seomi mengangkat muka apabila satu suara menegurnya. Matanya mulai berkaca-kaca. "Lu-luhan.." Luhan mulai gelabah. Raut wajah tidak bermaya Seomi menarik sekeping hatinya. Sehun yang berpaut di bahu gadis itu membuatkan dia lebih takut. Pemuda itu seakan sudah kehilangan nyawanya. Bajunya kotor dengan dengan debu. Darah keluar dari mulutnya tanpa henti.

"Ke-kenapa dengan Sehun? Apa yang berlaku?" Soalannya dibalas gelengan kepala. Seomi sudah lemah. Dia tak mampu berkata apa-apa. Dunia kini seakan berpusing di sekelilingnya. Pegangan pada badan Sehun semakin lama semakin longgar.

"Tolong.."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bip. Bip. Bip. Bip.

Bunyi Defibrilator hospital menyapa telinganya. Bau ubat di sekeliling sudah memberitahunya bahawa dia kini berada di hospital. Matanya perlahan-lahan dibuka apabila satu suara memanggilnya. Dia berasa seperti mahu menyambung mimpinya. Memandangkan mimpi lebih indah daripada kehidupan sebenar. Namun, tamparan di pipi membuatkan dia terpaksa membuka matanya.

"Sehun.. Sehun.. bangun. Sayang~" Keningnya bertaut rapat. Sebaik saja matanya dibuka, wajah Luhan dengan senyuman miangnya muncul di depannya. Seinci sahaja lagi, dia mungkin akan tercium bibir Luhan. Yurkkk.

"Sayang dah bangunnn." Laju Luhan memeluknya sekuat hati. Lega sungguh hatinya apabila Sehun sudah sedar. Jika tidak, dia akan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku pada kawan-kawannya itu. Dia punya lah gelabah semalam melihat Seomi pengsan di depan mata. Apatah lagi Sehun yang jatuh terjelepok ke tanah seperti nangka. Dia ingat lagi betapa kuatnya jeritan histeria yang keluar dari mulutnya ketika itu. Perasaan takut yang menyelebungi dirinya ketika itu memang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Sudah la semalam Dyo juga masuk ke hospital kerana alah. Sekarang, Seomi dengan Sehun pula yang berada di dalam bangunan serba putih ini.

"Eh. Eh. Apa ni? Lepaskan aku la betina. Auch-" Satu ketukan singgah di kepala Sehun. Sehun menghadiahkan pandangan maut kepada Luhan. Lelaki itu tersengih seolah-olah tidak bersalah.

Dia mengubah posisinya untuk duduk. Badannya masih terasa sakit. Dia dapat rasakan badannya kini penuh dengan lebam."Kau apasal peluk aku?" Marah Sehun. Kepala digosok kasar. Geli apabila Luhan tiba-tiba saja menerpanya. Kalau perempuan cantik tidak apa la juga. Malah dia lebih suka. Ini.. semi-perempuan pula yang dia dapat. Bahagia sungguh. "Salah ke aku peluk suami aku." Luhan memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Sengaja dia mengusik Sehun. Muka jijik Sehun dipandang lama.

"Awak dah benci saya ke?!" Luhan me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bittersweet4u
Never ending story. Hope everyone love it :'

Comments

You must be logged in to comment
HaziqahAida #1
Chapter 7: Aaaa sapakah gerangan dia tu? Kenapa perangai sehun macam tu? Kenapa sehun punca adik kai mati? .. Curiousnya btw best cerita ni !!! Update soon !~
HaziqahAida #2
Chapter 1: Aiyyy chanyeol suwitt gilaa >< thanks Luhan for the idea hahaha… love this story :)
Snooww
#3
Chapter 7: Hahah luhan bebel mcm nenek kebayan!!
Gud luck n update soon^~<
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 7: Chapter.7-Chapt.7 UPDATED!!,,Best~~~...Next chapter update as soon as possible^^
kimyunmi
#5
Chapter 7: Oh my ge !! Thanks update author-nim #throws marshmallow :D# Hahaha! Luhan kau membebel mengalahkn makcik-makcik lh.. Tp aq x kesah #cet poyo XD# Wuuu Jooni and Luhan still sweet lorh x sbr nk bce Jooni kerja dgn luhan nnti >.< Ape mksud luhan yg dia hmpr terleps ckp tu? whut? Adik jooni ke yg ada ketumbuhan tu? 0_0 OMO kai?! Sampai hati kau sggup buat cmtu kt sehun?! Knp dgn Seo Mi?? Lahaii curious nye >.< Update lg please~ saya suka sgt bce story ni !! Btw Keep it up^^
kimyunmi
#6
Chapter 6: Rindu sgt dgn story ni ~ >.< thanks update^^ luhan n jooni sweet lh!!! Haha lawak lh sehun ngn luhan ni ada je time sakat menyakat! Luhan tunggu prince dia? XD Tp siapa yang ada ketumbuhan otak? Adakah Luhan? Tolong lh jgn cakap luhan sbb saya nk dia hidup TT___TT Mohon update lg sbb curious sgt ni!! Btw keep it up^^
Snooww
#7
Chapter 6: Siapa yg kne ketumbuhan?? Bkn Luhan kan??
Sape plk la yg cut drama yg bru nk mula.. Ish3 /geleng kepala/
Gud luck n update soon!!^~<
akodorayaki
#8
Chapter 6: update soon~