Pendamping

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter


Tahun 1513.
Lewat Malam.

 

Panglima Wu Yifan terkejut mendengar khabar terbaru dari istana sebaik sahaja dia pulang daripada sebuah peperangan.

 

Permaisuri Sol Shin Hayan yang telah dibuang negeri sudah mangkat!

 

Masakan! Baru sahaja sepurnama yang lepas, sebelum Yifan berangkat ke medan perang, Yifan menghiburkan baginda dengan sebuah persembahan pedang di teratak kecil baginda. Yifan sangat rapat kepada baginda dan puteri baginda. Pada usia semuda sepuluh tahun, Yifan telah merantau jauh daripada negeri China atas pertukaran diplomatik, bersama sekumpulan pahlawan muda lain. Ketangkasan dan kecerdikan Yifan telah memikat hati tuanku baginda permaisuri yang telah lama mengidamkan anak lelaki. Sejak itu, Yifan dilayan bagaikan putera raja. Yifan turut disekolahkan bersama Puteri  Diraja Song Joohee, dan telah bersahabat baik dengan puteri tersebut sehingga berumur lima belas tahun. Sayang, usia puteri yang bijak dan berbakat tersebut tidak panjang. Kini, Yifan sudah pun menjangkau umur dua puluh tiga.

 

Yifan pantas memacu kuda hitam kesayangannya, Youngwoong, agar lebih pantas tiba ke teratak kecil kecil baginda permaisuri di sebuah pinggiran hutan berdekatan dengan pantai. Di situlah tuanku baginda permaisuri  menetap setelah difitnah mengamalkan ilmu hitam. Semuanya angkara Akmagum yang durjana itu. Kini, keselamatan baginda permaisuri tidak lagi terjamin, bila-bila masa saja puak lahanat itu akan datang untuk menagih Sakti Putih baginda.

 

Langit masih gelap tatakala Yifan tiba di teratak kecil tersebut. Pintu masuk diseret rakus, namun hanya ruang tak berpenghuni saja yang terpamer.

 

“Tuanku!” Teriak Yifan, hatinya berombak, tidak senang. Yifan melangkah masuk namun tidak pasti arah yang harus dituju. “Tuanku, patik datang menghadap, tuanku!”

 

“Yifan.”

 

Panglima yang disegani itu lantas menoleh ke belakang apabila terdengar satu suara milik seorang lelaki. Rupa-rupanya pemilik suara itu adalah Suho, tabib diraja yang sering menziarahi baginda permaisuri secara senyap-senyap untuk memastikan kesihatan beginda sentiasa terjamin.

 

“Suho!”

 

“Maafkan aku, Yifan. Aku tak sempat berbuat apa-apa. Baginda permaisuri telah lebih dahulu meninggalkan kita dua minggu yang lepas. Baginda ditemui tidak bernyawa di peraduan baginda, dipercayai akibat menelan racun.”

 

“Siapa yang punya angkara?!”

 

“Baginda telah menamatkan riwayatnya sendiri, Yifan.” Suho tertunduk sedih.

 

“Tak mungkin! Ini semua dusta!”

 

“Aku juga sukar untuk menerima kenyataan ini, Yifan. Namun, baginda ada meninggalkan wasiatnya untukmu.” Suho menghulurkan sebuah gulungan kertas kepada Yifan. Yifan lantas meneliti isi kandungan surat tersebut. Yifan jatuh melutut. Hatinya remuk apabila ternyata, segala yang diberitahu Suho tadi adalah benar. Dan semua yang telah terjadi ini berpunca daripada Akmagum yang durjana!

 

Wu Yifan, panglima muda yang beta kasihi bak putera kandungku.

Maafkan beta atas segala kelemahan.

Hanya ini penyelesaian yang beta mampu lakukan.

Dalam masa setengah purnama lagi, akan berlakunya gerhana bulan. Kuasa hitam puak Akmagum akan berada di kemuncaknya. Beta khuatir, sakti putih beta tak akan terlawan dengan kuasa mereka. Andainya sakti putih ini jatuh ke tangan mereka, maka akan tergugatlah keselamatan segenap semesta.

Hanya satu beta pinta, wahai panglima muda.

Berbicaralah kamu dengan cendekiawan Suho. Carilah puteri kesayangan beta. Song Joohee. Lindungilah puteri beta, kerana tamaknya puak Akmagum itu melampaui terhad ruang dan masa.

Wu Yifan, panglima mudaku, hanya kepada kamu beta bergantung harapan.

 

“Puteri... Song Joohee?” Kris merenung ke dalam mata Suho dengan penuh tanda tanya.

 

Suho mengangguk. “Ayuh, biar aku jelaskan semuanya.”

 

-

 

Tahun 2014.

 

Atas nasihat Kris, Alice bergegas mengemas barang dan menuju ke hotel di pinggiran bandar Seoul. Mengikut kata Kris, lambat-laun mereka berdua pasti akan ditemui puak Akmagum, iaitu keturunan ahli sihir yang memburu kuasa Alice sejak 500 tahun lepas. Buat masa ini, adalah lebih selamat jika Alice menetap di tempat lain. Alice dan Kris memilih sebuah hotel dua bintang yang sederhana besar sahaja saiznya. Kris turut menemani Alice setiap kali pergi dan balik kerja. Alice mempercayai Kris walaupun jejaka tersebut sangat berahsia berkenaan identitinya. Alice cuma tahu bahawa Kris berusia dua puluh empat tahun, sebaya dengannya, dan dia bukan berasal dari Korea Selatan. Yang selainnya, Alice tidak mahu memaksa Kris untuk menjelaskan segalanya. Mungkin dia akan beritahu semuanya pada Alice apabila tiba masa yang sesuai nanti.

 

 

 

Apabila keluar rumah (dalam kes ni, hotel), kini Alice ada dua perasaan baru.

 

Yang pertama, takut kalau-kalau dia diculik atau dibunuh. Tapi, sekarang, Alic ada Kris untuk urusk

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...