Pertemuan

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

7 hari kemudian…

 

“Hello, mama!” Alice menjawab panggilan telefon daripada ibunya dengan ceria. Telefon tanpa wayar itu dikepit antara telinga and lehernya sambil Alice menghiris bawang halus-halus.

 

“Alice! Alice kat mana?!” Cemas suara ibunya.

 

“Alice dah kat rumahlah, ma. Kenapa? Mama cari Alice kat hospital ke?”

 

“Ya, lah! Alice dah ok ke? Doktor kata kamu patut duduk kat hospital sekurang-kurangnya sebulan lagi!”

 

“Itu doktor cakap minggu lepas. Pagi tadi doctor kata Alice dah fully recovered. Alice baliklah.”

 

“Kamu biar betul. Bukan ke tulang kaki kamu retak?”

 

“Betullah ma, takkanlah Alice tipu. Doktor pun kata miracle,” Alice tertawa riang sambil mengacau pula sup yang direneh di dapur. “Lagi pun, Alice tercedera kat kaki je. Nasib baik Alice sempat elak chandelier yang besar gila tu.” Berdiri bulu roma setiap kali Alice mengingatkan peristiwa ngeri ketika majlis perkahwinan rakan baiknya minggu lepas. Mujur tiada sesiapa yang tercedera, kecuali Alice.

 

“Mama tak ingat ke? Badan Alice kan kuat. Alice mana pernah sakit?” Alice tergelak lagi. Kali ini gadis itu menghiris sayur-sayuran pula.

 

“Yalah tu. Terkejut mama tengok kamu dah tak ada at hospital pagi tadi. Bukannya nak panggil mama.”

 

“Ala, Alice kan dah dewasa. Takkanlah discharge hospital pun nak panggil mama- Aduh!”

 

“Alice!”

 

“Oww…” Alice cepat-cepat menghisap jari yang terhiris pisau tadi.

 

“Kenapa sayang?! Alice ok ke?!”

 

“Tak ada apalah, ma. Jari ni terhiris pisau sikit.”

 

“Ada-ada sajalah kamu ni. Ok lah, mama tak nak ganggu kamu. Selalu-selalulah balik rumah. Kamu pun tinggal sorang je sekarang ni. Nanti mama masak special untuk Alice.”

 

“Ok, ma. I love you. Mmuah!” Aksi manja Alice disambut tawa ibunya. Mereka berdua saling mengucap ‘Bye, bye!’ sebelum panggilan diputuskan. Alice kembali fokus pada masakannya, langsung terlupa tentang luka di jarinya. Sambil dia memerhati samgyettang kegemarannya ynag masih dibiar mereneh, Alice menyediakan semangkuk coleslaw. Sambil dia sibuk di dapur, tiba-tiba kedengaran loceng pintu.

 

Ding, dong.

 

Alice sempat mengerling ke arah jam dinding. 8.30 malam. Siapa pula yang datang malam-malam ni? Tanpa memeriksa dahulu tetamunya melalui peephole di pintu, Alice membuka pintu rumahnya luas-luas. Matanya membuntang melihat tetamu yang tak diundang tersebut. Seorang lelaki muda, mungkin seusia dengannya, tinggi lampai, tersandar pada dinding sambil menekup tubuhnya yang berlumuran darah. Kepalanya yang turut cedera parah tertunduk, mengizinkan lebih banyak darah menitis ke lantai.

 

Alice terpegun di muka pintu. Dia ingin menjerit sekuat hati, namun suaranya tersekat di kerongkong akibat ketakutan yang teramat sangat. Lelaki yang sedari tadi tertunduk lemah akhirnya mengangkat wajahnya. Sepasang mata berbentuk almond merenung tajam, tepat ke dalam mata Alice.

 

Alice mengambil satu langkah ke belakang. Lelaki tersebut melangkah masuk ke apartmen kecil Alice tanpa dijemput. Dia menghulurkan tangannya yang panjang. Sebelum Alice sempat bertindak, lelaki itu menarik tubuh langsing Alice ke arahnya lalu mendakap gadis tersebut dengan erat.

“Akhirnya, kutemui juga...” Dia berbisik, nafasnya tersekat-sekat dan tidak teratur, mungkin menahan sakit yang amat dahsyat. “Syukur... Kau masih tak apa-apa...”

Selesai dia berkata-kata, lelaki tadi rebah tidak sedarkan diri. Melihatkan darah yang membasahi segenap tubuh pemuda tersebut kini tercoret pula pada tangan dan tubuhnya, akhirnya Alice berteriak sekuat hati.

 

 

 

Keesokan pagi…

 

Kris membuka matanya perlahan-lahan. Ada siling putih di hadapannya. Cahaya matahari yang melimpah masuk melalui tingkap di sebelahnya menyilaukan mata. Kris menyentuh tubuhnya. Tiada rasa sakit. Benarlah, gadis ini yang dicari-carinya sejak beberapa hari lepas. Kris bangkit terduduk dan menyedari bahawa Alice sedang duduk di atas lantai, wajahnya terbaring di bucu tilam katil, sekadar berbantalkan lengan. Mata gadis tersebut masih terpejam rapat, nafasnya tenang.

 

Kris perlahan-lahan menghembuskan nafas yang dalam. Dia menyentuh rambut ikal Alice dengan hujung jarinya, lalu membelai lembut kepala gadis yang masih tidur itu. Sudah terlalu lama wajah berharga itu tidak ditatap, Kris hampir-hampir tidak mengecamnya. Ada kesakitan yang mencucuk jauh di sudut hatinya. Kali ini Kris tak akan melepaskan gadis itu lagi walau sedetikpun. Dia tidak mahu menyesal nanti.

 

Kelopak mata Alice akhirnya terbuka, terkedip-kedip dalam cahaya yang terang. Dia menggosok mata sambil meluruskan belakangnya dan menggeliat.

 

“Kenapa aku tidur kat sini?” Alice menggumam, kepalanya digaru. Matanya masih tidak terbuka sepenuhnya. Dia menguap tanpa menutup mulut sambil memerhati keadaan sekeliling. Kemudian, pandangannya terkunci pada jejaka yang sedang menghuni bilik tidurnya. Pemuda itu tersenyum selamba. Mata Alice terbuntang luas, mulutnya terus ternganga.

 

“Tak malu, menguap tak tutup mulut,” ujar pemuda tersebut.

 

Alice menjerit sehingga paru-parunya rasa nak tercabut. Kris menutup telinga, keningnya berkerut.

 

Buruk betul perangai gadis zaman sekarang,fikir Kris.

 

Alice bertenang semula tatkala mindanya mengimbas semula peristiwa malam tadi. Seorang lelaki berlumuran darah tiba-tiba muncul di muka pintu. Alice sangat cemas apabila lelaki tersebut tidak sedarkan diri. Alice tidak pasti apa yang patut dilakukan. Dia mencapai telefon dan mencuba untuk memanggil ambulans. Namun begitu, sebelum sempat Alice berbuat demikian, lelaki tersebut meracau-racau sesuatu. ‘Tolong jangan hantar aku ke rumah sakit.’ Kata-kata itu diulang berkali-kali. Entah mengapa, naluri Alice kuat mengatakan bahawa dia patut menunaikan permintaan lelaki yang tidak sedar itu. Kalau-kalau keadaannya bertambah teruk pagi nanti, Alice akan segera menghantarnya ke hospital.

 

“A... Aku dah ingat sekarang... Siapa kau? Kenapa kau datang ke sini?” Alice bertanya, suaranya kecil dan takut-takut.

 

“Maafkan aku di atas kejutan malam semalam. Nama aku Kris, dan aku...” Kris berhenti seketika, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. “Siapakah nama kau?”

 

Alice terkebil-kebil. “Em? Nama aku… Song Alice.”

 

“Alice... Mulai hari ini, kau mesti dengar cakap aku. Aku tak akan pergi dari sisi kau walau sedetik pun. Kau dan aku harus bersama setiap masa.”

 

“Hah?! Apa kau merepek ni? Memanglah aku rasa lonely sikit sejak bestfriend aku dah kahwin, tapi aku tak desperate macam tu tau!”

 

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...