Rindu?

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

 

6.30 pagi.

 

Kris langsung tidak mempersoalkan tindakan Alice apabila gadis itu tiba-tiba mengahnatar mesej di pagi buta kata mahu berjumpa. Katanya dia mahu Kris menemaninya untuk melihat matahari terbit di Seongsan Ilchulbong. Alasan Alice sekadar ‘tak boleh tidur’. Kris pun tak mahu paksa dia bercerita kerana Alice banyak mendiamkan diri apabila mereka berjumpa pada pukul 5.00 pagi tadi. Perjalanan dari hotel ke kawaasan tarikan pelancong tersebut termasuk pendakian ke puncak bukit bekas gunung berapi itu mengambil lebih kurang 40 minit. Kebetulan waktu itu bukan musim pelancongan, tidak ada sesiapapun yang mengunjungi puncak tersebut.

“Ini kali pertama aku naik ke puncak ni.” Alice menjelaskan sambil tersenyum memerhati langit yang bernasur cerah. Langkahnya berhati-hati sambil meniti anak tangga ke puncak. “Sebelum ni aku pernah je datang Pulau Jeju ni tapi atas urusan kerja jadi tak sempat pun nak makan angin.”

Kris sekadar mendiamkan diri, setia mengekori gadis tersebut.

“Kris, cepat! Aku rasa matahari hampir nak naik dah ni.” Alice memandang belakang lalu menghulurkan tangannya. Kris menyambut tangan Alice lalu digenggam erat dengan jemari halusnya.

Mereka berlari anak hingga ke pelantar kayu tertinggi. Masing-masing mengambil nafas dalam-dalam saat bebola jingga dengan cahaya lembut muncul dari bumi. Kris memandang wajah Alice buat seketika sebelum memandang jari mereka yang bertaut rapat. Nampak gaya seperti Alice tidak mahu melepaskannya.

“Cantik, kan?” bisik Alice.

“Ya.”

“Kau pernah tengok pemandangan macam ni, Kris?”

“Pernah, tapi lama dahulu. Aku dah tak ingat pun bagaimana perasaan menyaksikan matahari terbit dari tempat yang indah sebegini.”

“Tak rugi kan kita keluar awal pagi macam ni? Terima kasih, Alice,” Alice tertawa kecil. Hatinya terasa hangat apabila melihat Kris membalas senyumannya sebelum pandangannya dilontarkan semula ke langit yang kini diwarnai dengan cahaya lembut mentari pagi.

Entah. Alice rasa aneh. Dia rasa gelisah semacam. Tangan Kris yang dipegangnya tidak mahu dilepaskan. Malah, Alice mahu lebih dari itu. Dia ingin lebih rapat dengan jejaka tersebut, dia ingin mendakapnya dengan erat. Ada sesuatu dalam jiwanya seperti terlalu mendambakan kehadiran Kris sejak mimpi ngerinya malam tadi. Dia tidak mahu lepaskan tangannya, malah tidak mahu lepas pandang pun, takut jejaka itu akan hilang tiba-tiba.

Alice memandang wajah Kris. Semakin lama ditatapnya, semakin Alice tidak ingin memalingkan pandangannya. Kenapa?

Kenapa seperti ada kerinduan yang tak terubat semakin lama aku memandang wajahnya? Kenapa dadaku terasa sakit bila memandang wajah dia?

Alice mencengkam dadanya.

Apabila Kris menyedari bahawa Alice sedang merenungnya dari tadi, dia sedikit terkejut melihat mata gadis tersebut yang berkaca sedangkan senyuman lembut tak lekang dari bibirnya.

“Alice, kenapa ni?” Tangan Kris hampir menyentuh wajahnya namun Alice menggelengkan kepala.

“Kris, aku mahu tanya kau beberapa soalan.”

Kris terus membisu.

“Aku tahu ada perkara yang kau tak boleh beritahu. Kalau ada soalan yang kau tak boleh jawab, aku tak akan paksa, okey?”

Kris mengangguk.

“Boleh cerita tentang kekasih kau? Siapa dia, dan bagaimana orangnya?”

Kris tersenyum lembut. Sebelum dia memberi jawapannya, dia memalingkan pandangannya ke pemandangan luas di hadapan mereka semula.

“Sebenarnya, gadis yang aku sayangi tu ialah seorang puteri raja. Dia seorang yang baik hati dan sangat disayangi. Lebih tepat lagi, dia puteri kepada maharaja dan Permaisuri Sol Hayan. Dia seorang gadis yang amat bijak dan berani. Dia suka membantu rakyat miskin dan tidak mengira status dalam bersahabat. Dia sangat manja dan suka bergurau senda. Selepas Permaisuri Sol Hayan difitnah mengamalkan ilmu sihir oleh Puak Akmagum, Tuanku Permaisuri di buang negeri, meninggalkan puteri tersbut seorang diri di istana. Masa itu, baginda sering dipulaukan dan dipandang serong oleh sebahagian keluarganya dan keluarga bangsawan lain. Namun, baginda tidak pernah menunjukkan kesedihannya pada sesiapa. Baginda masih lagi melayan semua orang dengan baik hati. Malah, baginda sering menghantar hadiah kepada bondanya dan tidak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi. Namun, kejahatan Puak Akmagum tidak berakhir di situ. Apabila menyedari bahawa puteri diraja mempunyai Sakti Putih yang lebih kuat, mereka mula memburu puteri tersebut pula. Baginda akhirnya menerima nasib yang sama dengan bondanya. Aku, sebagai seorang panglima dan lelaki yang dicintainya, gagal melindunginya.”

Wajah Kris kini berubah suram, keningnya berkerut dan Alice dapat melihat api kemarahan terpancar di matanya.

“Aku pasti puteri tu tak pernah salahkan kau atas semua yang terjadi.”

Kris memandang Alice dengan hairan.

“Aku tahu mesti kau pertaruhkan seluruh nyawa kau untuk dia.” Tambah Alice lagi.

“Tapi, aku…”

Alice menggelengkan kepalanya. “Kau tak bersalah, Kris.” Alice menguatkan genggamannya di tangan Kris.

“Boleh beritahu lagi, kenapa kau banyak menyimpan rahsia daripada aku? Kalau aku tahu semua rahsia kau, apa akan terjadi?” Alice menyoal lagi.

“Kalau kau tahu segala-galanya… Walaupun Puak Akmagum terhapus dari dunia ni… Kau tak akan bahagia, biarpun di sisi keluarga kau…”

“Kenapa?”

“Kerana terlalu banyak perkara yang akan melukai kau. Dan aku tak yakin aku mampu sembuhkan semua luka tersebut.”

Alice terdiam. Mata Kris direnungnya dalam-dalam. “Selepas semuanya berakhir, adakah kau akan terus di sini, Kris?”

Kris menggeleng. “Aku tak tahu.”

Kenapa… jawapan yang pendek itu sangat menyakitkan?

Walaupun Alice tersenyum, Kris dapat melihat bahawa itu sekadar topeng yang menyembunyikan kesedihannya. Kadangkala Kris tertanya mungkinkah Alice sudah tahu segalanya? Tapi itu tidak mungkin. Selagi jampi yang mengunci kuasa Sakti Putihnya itu tidak terlerai, selagi itu Alice akan terlindung daripada segala memori silam. Kris teringat kata-kata Jongin daripada malam tadi,

 

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...