Kuasa Terpendam

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

 

Sejujurnya, Kris berasa letih yang teramat, seperti dia akan jatuh pengsan pada bila-bila masa. Adakah disebabkan Sakti mestika yang dipraktikkannya sebentar tadi? Itu baru sedikit saja, namun mengapa dia berasa cukup lemah? Dia tidak begini dahulu. Adakah setelah sekian lama mempraktikkan Sakti Mestika,termasuklah merentasi masa, tubuhnya kini tak mampu lagi menampung kuasa magis tersebut?

Kris menggelengkan kepalanya. Dia tersandar lemah di pintu bilik Alice sambil memerhatikan gadis itu yang masih lena sejak petang tadi, sejak nyawanya nyaris direnggut Sihir Merah Akmagum.

Kris malu. Kecewa. Marah. Segala fikiran negatif dilemparkan pada dirinya sendiri. Mengapa? Di saat genting itu, di saat Alice paling memerlukan perlindungannya, Kris jadi buntu. Walaupun dia benci untuk mengakuinya, tetapi, ya, Jongin telah meyelamatkan nyawa Alice.

Kris mengeluh lalu meninggalkan bilik tersebut. Chanyeol yang sedang berehat di ruang tamu terus berdiri apabila terlihat kelibat Kris.

“Abang ok?” Soalnya risau.

Kris seperti tidak terdengar soalan tersebut. Mindanya sesak dihimpit memori pahit masa silam.

 

“Yifan!” Gadis muda itu berteriak namanya.

Yifan mengangkat wajahnya. Setiap linangan air mata yang membasahi gadis itu bagaikan pisau yang menikam dadanya. Yifan masih terlalu muda. Saktinya tidak cukup untuk melawan Akmagum yang kuat dan ganas. Walaupun dia hampir rebah pada setiap langkah, Yifan memaksa diri untuk mendekati puteri diraja tersebut.

Aneh. Tidak ada sebarang lembaga pun di sekeliling mereka. Hanya hutan belantara tebal yang gelap dan sepi. Sesekala terdengar gema laungan serigala. Segala yang berlaku sebentar tadi seolah-olah mimpi. Mimpi ngeri yang sangat menakutkan.

“Joohee…” Yifan berbisik lemah apabila dia tiba di sisi gadis yang terbaring lemah itu, lalu dirangkul dengan penuh kelembutan. Jemari Yifan menggeletar tatkala dia membelai wajah pucat itu. Urat-urat hitam timbul di permukaan kulit mulus gadis itu. Nafas gadis itu tersekat-sekat tatkala nyawa hampir sampai ke penghujungnya.

“Joohee…” Hanya itu yang mampu diucapkan panglima muda tersebut. Air matanya jatuh menitis membasahi wajah gadis itu.

“Yifan… Aku takut…” Joohee teresak-esak, menambah lagi kesukaran untuk dia bernafas. “Aku takut…” Joohee mengulang. Bibirnya yang pucat kebiruan menggeletar.

“Jangan. Aku di sini. Semuanya akan pulih seperti sedia kala.” Yifan berbisik, cuba mententeramkan gadis tersebut.

“Masa aku hampir tiba, Yifan…” Joohee memberitahu, suaranya putus-putus.

“Tidak, Joohee! Tidak di tangan syaitan itu! Bertahan, puteriku,” Yifan mengucup lembut dahi Joohee. Dingin.

Yifan bangkit, mengerah kudrat yang tinggal untuk mendukung gadis itu dan membawanya ke tempat yang lebih selamat. Belum sempat pun Yifan mengambil langkah yang pertama, dia jatuh melutut. Sebilah lembing menembusi tubuhnya. Yifan sekadar tertunduk melihat senjata yang tertusuk di tubuhnya.

Bukan senjata biasa. Lembing kemerahan tersebut telah disaduri Sihir Merah Akmagum. Yifan dapat merasakan racun yang tersebar daripada lembing tersebut meratah tubuhnya dari dalam.

“Yifan…” Air mata Joohee jatuh berguguran lagi.

Yifan terpaku akibat kesakitan yang amat sangat. Dia hanya mampu melihat saat penunggang kuda Akmagum melintasi dari tepi, sekaligus merampas tubuh Joohee dari tangannya. Gelang jed yang dipakai puteri tersebut terputus, manik-manik hijau lantas bertaburan di sekeliling Yifan.

Yifan hanya mampu melihat sehinggalah pandangannya jadi gelap dan tubuhnya jatuh menyembah bumi.

 

Chanyeol terkejut apabila Kris tiba-tiba menumbuk dinding.

“Abang!” Chanyeol pantas berlari ke sisi Kris apabila lelaki tinggi lampai tersebut jatuh tidak sedarkan diri.

 

-

 

Hari keesokannya tenang seperti tiada apa yang telah berlaku. Pagi yang redup dan suhu yang sedang elok, tidak terlalu panas atau sejuk. Chanyeol sedang mengerjakan sesuatu di laptopnya, Kris pula sedang menjamah sarapan pagi sambil membaca surat khabar. Tiada seorang pun yang bersuara. Chanyeol merasakan tidak wajar jika dia membangkitkan peristiwa malam tadi. Pasti Kris tidak suka. Mungkin esok lusa baru dia bertanya.

Kemudian, loceng pintu berbunyi.

Chanyeol hampir-hampir bangun dari tempat duduknya namun Kris telah berdiri terlebih dahulu.

“Biar aku buka pintu,” pesan Kris, riak wajahnya serius seperti biasa.

Sebaik saja daun pintu terbuka, seorang jejaka tampan berkulit sawo matang terpampang di muka pintu.

Budak Akmagum semalam. Kim Jongin. “Kau siapa?” Soal Kris dingin, walaupun dia masih ingat jelas wajah pemuda tersebut yang baru ditemuinya semalam.

“Kau siapa?” Jongin memulangkan semula soalan tersebut.

Kris merenung tajam.

“Aku nak jumpa Alice.” Jongin memberitahu sambil melangkah masuk tanpa dijemput. Kris yang masih berdiri kaku di hadapan pintu tidak diendahkan, malah bahunya dilanggar begitu saja oleh Jongin. Kris tidak mahu memburukkan suasana, lalu dia biarkan saja Jongin melangkah masuk, memendam kemarahan yang membuak-buak dalam hatinya. Alice sedang berehat, dia tidak mahu menimbulkan kekecohan. Walaupun dia tidak pasti apa hubungan Jongin dan Alice, sekurang-kurangnya Jongin tidak berbahaya.

Jongin seperti tahu saja di mana bilik Alice. Kakinya pantas melangkah seolah-olah dia sudah memasuki rumah ini berulang kali. Jongin berhenti seketika di muka pintu tatkala terlihat wajah Alice yang tenang dalam tidurnya. Wajah gadis itu masih pucat, pasti masih lemah akibat peristiwa semalam.

Kris yang mengekori Jongin dari semalam berdiri di belakang pemuda tersebut.

“Jangan ganggu dia. Dia sedang berehat.” Kris memberi amaran.

Jongin sekadar tersenyum sinis. “Kau tu yang jangan sibuk. Dah lupa siapa yang selamatkan Alice semalam?” Sebaik saja Jongin tamat berkata-kata, Alice membuka mata. Walaupun masih lemah, dia menyedari kehadiran Jongin.

“J

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...