Bayang Sihir 1

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

 

513 tahun lepas…

 

Sempena perkahwinan Putera Mahkota, temasya yang meriah diadakan di sekitar luar istana selama empat puluh empat malam berturut-turut. Setelah berkali-kali merayu kepada ayahanda dan bonda tercinta, akhirnya Puteri Diraja Song Joohee dibenarkan untuk melawat temasya tersebut, ditemani dayang dan pengawal istana. Orang kebanyakan langsung tiada yang mengesyaki bahawa gadis muda berumur sebelas tahun tersebut merupakan Puteri Diraja. Mereka menyangka bahawa gadis tersebut sekadar anak keluarga bangsawan atau pegawai istana.

 

“Dayang, beta ingin sungguh menonton perlawanan pedang. Dengarnya ramai yang tertarik melihatkan perlawanan pedang oleh para panglima yang didatangkan daripada Cina tidak lama dahulu.”

 

“Ampunkan hamba, tuan puteri. Tuanku baginda raja sudah berpesan agar membawa tuan puteri makan angin di sekitar temasya saja. Perlawanan pedang tersebut...”

 

Joohee memuncungkan mulutnya, “Tapi, perlawanan pedang tu pun sebahagian daripada temasya juga...”

 

“Perlawanan tersebut agak jauh daipada istana, tuan puteri.”

 

“Apa salahnya? Beta pun mahu berjalan sambil melihat-lihat pekan di luar sana.”

 

Dayang tersebut akhirnya akur permintaan Joohee. Puteri muda tersebut nampaknya begitu teruja menonton perlawanan pedang yang sedang berlangsung, walaupun terpaksa bersesak di celahan orang ramai. Apa yang lebih menarik lagi ialah salah seorang peserta dalam perlawanan tersebut merupakan seorang anak muda yang kelihatan seusia dengan puteri tersebut. Ramai yang bagaikan tak percaya bahawa anak semuda itu sangat berbakat dalam bermain pedang, hinggakan kebanyakan orang dewasa tumpas di tangannya.

 

“Hebat sungguh anak muda itu, dayang!” Joohee bertutur kepada dayangnya yang menemani. “Adakah dia salah seorang daripada delegasi panglima yang didatangkan dari Cina sepurnama yang lepas?”

 

“Benar, tuan puteri. Mereka semua pemain pedang yang berbakat belaka. Anak muda itu ialah Wu Yifan, yang termuda dalam delegasi tersebut.”

 

Tatkala orang ramai bersorak meriah sambil menyaksikan perlawanan pedang tersebut, muncul sekumpulan lembaga hitam bagaikan asap yang berkepul berterbangan di langit. Perlawanan pedang tadi terhenti, dan penduduk kampung semuanya menggeletar melihat makhluk menakutkan tersebut. Masing-masing menarik isteri dan anak-anak agar segera melarikan diri dan pulang ke rumah.

 

“Oh, tuhan, hantu apakah ini?”

“Ini tentu ilmu hitam yang berbahaya!”

“Lari! Lari!”

 

“Tuan puteri! Ayuh kita pulang ke istana!” Salah seorang pengawal istana memberitahu Joohee. Joohee mengangguk, tubunya turut menggeletar melihat makhluk menakutkan tersebut. Diiringi dayang dan tiga lagi pengawal, Joohee turut melarikan diri daripada tempat tersebut. Apabila Joohee menoleh ke belakang, dia mendapati makhluk hitam yang berterbangan tersebut sedang mengekorinya.

 

Joohee semakin panik. Jantungnya berdebar-debar. Lututnya lemah dan menggigil sehingga dia jatuh terjelepuk. Salah satu daripada lembaga tersebut seperti ingin menerkamnya. Joohee menjerit ketakutan namun salah seorang pengawalnya menyerang makhluk tersebut dengan pedangnya. Makhluk yang berupa asap hitam tersebut terbelah dua, tinggal asap-asap hitam yang terlerai di udara. Namun, asap-asap tersebut kembali membentuk menjadi makhluk tadi. Tidak kira berapa kali pengawal-pengawal Joohee membelah makhluk-makhluk hitam tersebut, usaha mereka sia-sia.

 

Salah satu makhluk tadi tiba-tiba membaluti salah seorang pengawal istana, bagaikan kain hitam menyelubungi. Terdengar bunyi rontaan daripada lelaki tersebut, hingga apabila asap hitam tadi terlerai semula, pengawal tadi rebah tak bermaya. Joohee dan dayangnya saling berpelukan, menangis dalam ketakutan. Pengawal-pengawl yang lain mati akal, namun mereka masih memberanikan diri demi melindungi puteri diraja tersebut.

 

Tiba-tiba, salah satu daripada makhluk tersebut terbelah dua ibarat dibelah pedang seperti tadi, namun ada cahaya biru dan garisan-garisan merah bak api yang mencincang mahluk tadi, dan mereka akhirnya hilang dibawa angin. Rupanya, anak muda yang berbakat tadi, Wu Yifan, datang dengan pedangnya yang bersilau dengan cahaya merah kebiruan yang menggarisi mata bilahnya. Lincah saja aksinya membelah makhluk-makhluk hitam tadi sehingga tiada satu pun yang tinggal. Selesai saja dia menghapuskan musuh, orang awam yang bertempiaran mencari tempat persembunyian tadi mula keluar. Mereka masih kebingungan, namun semuanya bertepuk tangan melihat keperwiraan anak muda tersebut.

 

Yifan tunduk terhormat kepada gadis yang tidak dikenali orang kampung tersebut.

 

“Ampun, tuan puteri. Maaf atas kelewatan hamba bertindak. Jangan risau, hamba yakin pengawal istana yang tidak sedarkan diri itu boleh disembuhkan oleh tabib diraja.”

 

Joohee memandang ke arah pengawalnya yang tidak sedarkan diri, kemudian menarik nafas lega.

 

“Terima kasih, sahabatku. Bonda dan ayahanda beta pasti berbesar hati untuk membalas budimu yang tak ternilai ini. Ayuhlah ke istana bersamaku.”

 

 

-

 

Tahun 2014.

8.00 pagi

 

Lewat malam semalam Alice pulang ke rumah sementaranya yang disediakan oleh Kris dan Chanyeol. Kesihatan Kris pula tidak berapa baik. Dia demam malam semalam. Alice sudah sediakan ubat untuk Kris malam tadi, maka dia teringin nak tahu jika suhu panas Kris sudah berkurangan. Alice masuk ke bilik Kris tanpa sebarang bunyi. Chanyeol yang memerhati dari luar turut mengekori Alice secara diam.

 

Kris masih lena di atas katil. Mungkin kesan sampingan ubat tersebut yang mengantuk kerana kebiasaannya Kris seorang yang gemar bangun awal.

 

Alice melutut di tepi katil lalu memerhati wajah Kris yang kelihatan tenang. Mungkin dia dah sembuh agaknya. Alice meletakkan telapak tangannya di dahi Kris. Masih sedikit hangat, namun jauh lebih baik daripada semalam.

 

Tiba-tiba telefon bimbit Alice berdering, Kris membuka mata pada masa yang sama. Alice cepat-cepat mengalihkan tangannya sehingga dia hilang keseimbangan dab jatuh terduduk di atas lantai

 

“S-Selamat pagi! Kris, kau ok hari ni?” Ucap Alice ceria sambil menyorokkan rasa malu di sebalik senyumannya.

 

“Ya. Jauh lebih elok daripada semalam.” Kris bangkit untuk duduk bersandar di kepala katil.

 

“Oh, em, baguslah macam tu.”

 

“Alice...”

 

“Ya?”

 

“Kau tak nak jawab telefon tu?”

 

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...