Sakti

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter
 

Kris datang daripada 500 tahun lepas?

 

Alice mengeluh. Sukar nak percaya, tapi sebelum ni pun banyak perkara-perkara yang sukar dipercayai dah berlaku. Sakti Putih? Puak Akmagum? Semuanya macam cerita dalam novel fantasi saja. Semakin lama perasaan ingin tahu Alice semakin dalam. Bagaimana Kris dapat tahu kewujudan Alice daripada 500 tahun lepas? Mengapa Alice ada kuasa sebeini? Namun, cuma Kris saja yang tahu cerita sebenar.

 

Masalahnya, Kris masih tak balik lagi selepas tiga hari berlalu.

 

Chanyeol ada beritahu pada Alice tentang kuasa Kris. Alice tak berapa faham, yang dia tahu, Kris menggunakan sejenis kuasa bernama Sakti Mestika untuk merentasi masa. Dan kuasa itu hanya mampu bertahan selama dua puluh tujuh hari di masa hadapan. Kris perlu pulang untuk caj semula Sakti Mestikanya atau ajal akan datang menjemput.

 

Dan semua info baru itu membuatkan Alice lebih risau.

 

 

 

7.00 p.m.

 

“Hello? Ma,” Alice tersenyum. Dia sedang mengambil rehat lima minit daripada kerja di rooftop garden bangunan tempat kerjanya.

 

“Alice, malam ni Alice balik tak?”

 

“Hm... Alice tak decide lagi. Banyak sangat kerjalah ma...” ujar Alice dengan nada yang tak bermaya.

 

“Mama rindu kat Alice. Jiyoung pun mesti nak jumpa makcik dia.”

 

Keluarga Alice akan meraikan hari jadi anak buahnya yang baru mencecah umur setahun pada malam itu. Namun, kebetulan Alice kerap pulang lewat sejak Isnin lalu akibat timbunan kerja. Rumah ibu bapanya pula terletak di pinggiran Seoul, kira-kira satu jam perjalanan. Alice mula berasa tidak yakin untuk keluar sejauh itu tanpa ditemani Kris. Lagipun...

 

Perbualan telefon Alice terganggu dengan satu lagi panggilan.

 

“Ma, nanti Alice call balik, ok?”

 

“Okay, bye sayang.”

 

Alice mengeluh lalu menjawab panggilan baru.

 

“Apa dia?” Alice menjawab kasar.

 

“Kau kat mana sekarang? Kenapa tak balik rumah lagi? Sekarang dah pukul berapa?”

 

Alice menjulingkan matanya ke atas. Chanyeol sangat menjengkelkan baginya. Kadang-kala Alice terfikir bagaimana Kris boleh meletakkan kepercayaannya ke atas lelaki yang sangat menjengkelkan seperti Chanyeol.

 

“Kat office la... Orang banyak kerja.”

 

“Cepat balik! Aku takut duduk rumah sorang-sorang!”

 

“Itu masalah kau la! Aku nak balik rumah parents aku malam ni!”

 

“Mana boleh!”

 

“Apasal pulak? Suka hati aku lah!”

 

“Kris pesan kat aku jangan bagi kau pergi mana-mana. Balik rumah cepat!”

 

 “IYALAH!”

 

Alice terus ptuskan panggilan. Moodnya terus merudum apabila harapannya untuk berjumpa dengan keluarga yang dirindui dibantah keras oleh Chanyeol. Walaupun Alice tak suka pada Chanyeol, namun hanya Chanyeol yang tahu tentang situasi Alice sekarang dan Alice tak ada sesiapa lagi untuk meminta pertolongan seandainya ada apa-apa terjadi. Alice percayakan Kris, dan jika Kris percayakan Chanyeol, Alice tak ada pilihan lain selain daripada melakukan perkara yang sama.

 

Alice bediri semula dan menuju ke ruang tangga dengan lemah.

 

“Lama tak jumpa.”

 

Alice serta-merta bepusing ke belakang. Mulutnya ternganga dan dia hampir-hampir menjerit ketakutan namun Kris pantas menekup mulut Alice.

 

Kris tertawa kecil melihat reaksi Alice.

 

“Janganlah menjerit.” Kris tersenyum, mengusik.

 

Alice mengalihkan tangan Kris dari mulutnya. “Kris! Aku ingat kau dah hilang ke mana! Risau aku dibuatnya!”

 

“Maaf, ada hal yang tak dapat dielakkan.” Kris tersenyum melihat Alice menarik nafas lega sambil menggosok dadanya. “Kau ok dengan Chanyeol?”

 

Alice berpeluk tubuh dan menjuihkan bibirnya, “Huh. Chanyeol tu annoying gila. Tapi, bolehlah.” Alice terhenti seketika, kemudian wajahnya berubah serius. “Kris, betul ke apa yang Chanyeol beritahu aku? Yang kau datang daripada lima ratus tahun lepas?”

 

Wajah Kris kelihatan kurang senang kemudian mengeluh kecil. “Si Chanyeol ni. Aku dah pesan suruh kawal sikit mulut tu.”

 

“Maksudnya, betullah apa yang Chanyeol cakap?”

 

“Ya. Oh, tadi kau kata nak balik rumah ibu bapa kau malam ni, betul?” Kris cepat-cepat menukar tajuk. Lebih sedikit yang Alice tahu tentang masa silam, lebih baik.

 

Alice mengangguk. “Boleh tak? Aku rindu sangat family aku. Lagipun kitorang nak sambut birthday anak buah aku. Please?”

 

Kris mengangguk. “Boleh, tak ada masalah. Tapi aku mesti ikut juga.”

 

“No problem!” Ujar Alice riang. Dia tidak kisah ditemani Kris sekarang. Yang penti

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...