Progress

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

Hari ke-dua Alice dan rakan-rakannya di Pulau Jeju. Hari ini, sesi latihan pertama bersama Kyungsoo bermula. Malam tadi Alice tak tidur lena memikirkan bolehkah dia menggunakan kuasanya untuk melindungi dirinya dan orang lain? Alice ada masa satu bulan untuk menguasai kebolehan istimewanya. Jasa si Chanyeol, dapatlah Alice ambil cuti tanpa gaji dengan sijil sakit palsu. Malah, kos penginapan di Pulau Jeju semuanya ditanggung oleh Chanyeol. Kyungsoo pula, kebetulan tempoh praktikalnya telah tamat dan cuti semester dah bermula.

“Mama!” Alice menutup muka apabila tiba-tiba Kyungsoo menghempaskan gelas kaca ke lantai balkoni. Pemuda itu tunduk mencangkung lalu mengutip deraian kaca tadi dan diletakkan di atas meja bulat antara mereka berdua.

“Kak Alice beritahu saya, apa yang kak Alice faham tentang Sakti Putih ni?” soal Kyungsoo tenang.

“Sakti Putih ni, ialah sejenis kuasa yang boleh pulihkan orang yang tercedera dan sakit.” Alice tenung mata bundar Kyungsoo dalam-dalam. Berdebar pula rasanya, macam tengah ambil periksa lisan pula.

“Betul tak?” Soal Alice perlahan, keyakinan dirinya perlahan-lahan merudum.

“Betul. Tapi itu cuma sebahagian je daripada keistimewaan sebenar Sakti Putih.”

“Sebahagian je?”

Kyungsoo mengangguk. “Cuba akak fikir. Apa yang terjadi masa akak gunakan kuasa tu? Macam mana kuasa tu boleh pulihkan orang yang tercedera?”

Alice terdiam sejenak. “Macam mana kuasa tu pulihkan orang yang tercedera…” Alice menggumam sendirian. “Kuasa tu… Pulihkan kecederaan dengan cara… Pulihkan sesuatu.. yang sakit jadi tak sakit, yang rosak jadi elok semula… Err…” Alice menggigit lidahnya sambil menggaru kepala, “Jawapan bodoh ek?”

Kyungsoo tersenyum lalu menggelengkan kepala. “Nope. Itulah jawapan yang tepat.”

“E-Eh? Betul?”

“Ya. Dalam erti kata lain, kuasa Sakti Putih tu mempunyai nilai reversal, atau pembalikan, atau pemulihan. Bila akak pulihkan kecederaan seseorang, sebenarnya akak bukan merawat kecederaan dia, tetapi akak memulihkan kecederaan tu pada keadaan asal. Orang yang cedera asalnya tak cedera, orang yang sakit asalnya tak sakit. Sakti Putih ni berupaya memulihkan sesuatu kepada keadaan optimum. Contohnya, orang yang sakit sebenarnya jadi macam tu apabila sel badannya rosak atau diserang jangkitan kuman. Kuasa kita berupaya memulihkan sel yang rosak itu kembali pada keadaan asalnya, orang yang sakit tu akan jadi sembuh. Jadi, macam mana kalau kita gunakan kuasa ni untuk melawan orang jahat?”

“Em… kalau orang jahat tu serang kita dengan ilmu hitam misalnya, kita boleh pulangkan semula serangan tu pada tuannya?”

“Exactly.”

“Wow…” melopong Alice dibuatnya. Benarkah dia berupaya untuk menggunakan kuasa sedemikian? Jika ya, tak perlulah Kris membahayakan dirinya untuk melindungi Alice.

“Jadi, untuk latihan pertama, saya nak kak Alice pulihkan semula gelas yang pecah ni kepada keadaan asalnya.”

“S-serius?” Ah, sudah. Ini aksi tahap David Blaine ni. Biar betul budak Kyungsoo ni?

“Ya. Apa yang akak perlu lakukan sekaarng ni, cuba cari dua keeping yang nampak jelas boleh dicantumkan, macam kit anak buat puzzle piece. Akak fokus pada dua keeping tu dulu. Untuk tahap pertama, akak kena guna sikit imaginasi, bayangkan dua keping tu bercantum tanpa akak sentuh. Kalau akak berjaya, kepingan kaca yang lain akan turut ikut, macam tarikan magnet.”

“Er, bunyi macam susah je.”

“Jangan risau. Kuasa ni terkunci jauh dalam tubuh akak. Once akak dah belajar macam mana nak keluarkan kuasa tu secara natural, yang lain-lain tu senang je.”

Alice mengangguk. Dia menghulur tangannya keluar, matanya tertumpu pada dua kepingan kaca yang paling besar, yang paling jelas garis cantumannya. Telapak tangannya mula terasa sejuk, namun kepingan kaca di hadapannya masih tak bergerak.

 

 

 

Hari ke-6.

Mata Kyungsoo yang bulat semakin membundar. Gelas di hadapannya diputar 360 darjah. Setiap sudut diperhatikan dengan tajam.

Perfect.

Tidak ada kesan retak walau satu millimeter sekalipun.

“Kak Alice…” Kyungsoo mendongak, bibirnya mengukir senyuman perlahan-lahan.

Alice membuka matanya yang dipejam rapat. Mulutnya ternganga melihat gelas yang tercantum sempurna di hadapannya seolah ia tidak pernah pecah berderai sebelum ini.

“Kyungsoo…”

“Kak Alice dah berjaya!”

“Akak dah berjaya? Akak dah berjaya!” Alice tertawa lantang sambil memegang tangan Kyungsoo dan melonjak gembira. “Kris kena tengok ni!” Pantas gadis itu meninggalkan biliknya.

 

Chanyeol mengerling kearah jam dinding di bilik hotelnya.

10.00 pagi. Jam ke dua puluh sejak Chanyeol terjaga dari tidur. Ah, ini petik jari saja. Chanyeol pernah berjaga lebih daripada dua puluh empat jam. Malam tadi dia baru saja menang besar dalam pertaruhan lumba kuda. Chanyeol sangat mahir dalam kebarangkalian, di alam maya dia dikenali sebgai ‘Dewa Kebarangkalian’. Loteri, nombor ekor, black jack, kasino, namakan apa saja jenis perjudian, dia bagaikan punya kuasa istimewa yang dapat menjangkakan kemenangan besar.

Namun bukan itu sebabnya dia berjaga malam. Chanyeol sedang sibuk membuat kerja-kerja programming untuk projek terbarunya. Pelbagai peristiwa yang berlaku kebelakangan ini telah memberi  inspirasi kepada Chanyeol untuk mengerjakan sebuah projek. Dia menamakan projek tersebut ‘Dead Space’.

Terdengar bunyi ketukan pintu.

“Jangan masuk.” Chanyeol menggumam. Chanyeol mengeluh apabila pintu dibuka. Dia sekadar mengerling ke arah pintu masuk, memerhati jejaka tinggi lampai tersebut masuk ke biliknya.

“Apa yang kau buat ni? Tak tidur, tak makan,” tegur Kris.

“Projek penting.”

“Apa dia?”

“Geologi Pulau Jeju ni banyak membantu dalam projek ni. Semuanya disebabkan kuasa elektromagnetik tu juga. Kalau projek ni menjadi, aku rasa kau yang akan dapat paling banyak faedah.”

“Projek apa tu?” berkerut dahi Kris cuba menjangkakan idea Chanyeol yang sering sukar difahami.

Chanyeol sekadar tersenyum sendirian. “Tolong ambik tu.” Chanyeol meluruskan telunjuknya ke arah sebuah buku tebal di tepi katilnya.

Applied Geophysics.

“Pergilah makan dulu,” nasihat Kris sambil menyerahkan buku tersebut kepada Chanyeol. Chanyeol tidak menghiraukan saranan Kris. Jarinya pantas menyelak helaian buku tersebut.

Kris duduk di atas katil lalu menggeleng kepala. Teringat saat kali pertama dia bertemu Chanyeol. Walaupun Kris berahsia, mudah saja Chanyeol meneka bahawa Kris datang dari zaman silam. Terus saja Chanyeol membuat proposal kepada Kris. Dia berjanji akan berikan apa saja yang Kris perlu asalkan Kris sanggup berkongsi segala rahsianya, terutama kebolehannya menggunakan kuasa sakti dan merentas masa bersama Chanyeol. Sejak itu, Chanyeol menjadi satu-satunya sahabat Kris di dunia moden ini. Walaupun sekali-sekala dia naik angin juga dengan sikap cuai dan acuh tak acuh pemuda tersebut.

Chanyeol  mencapai sesuatu, sehelai sarung tangan tebal yang sering digunakan oleh penung

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...