Boyfriend / Bodyguard

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter


Seperti yang Alice jangka, semua mata tertumpu ke arahnya sebaik saja Alice dan Kris melangkah masuk ke restoran makanan Korea tersebut. Kemudian, mulalah rakan-rakan sekerja bertanyakan pelbagai soalan. Jumpa di mana? Dah lama kenal? Macam mana boleh suka kat dia? Alice tak ada alasan lain yang munasabah maka dia akui saja bahawa Kris adalah teman lelakinya. Yang lebih seksa lagi, Kris sekadar tersenyum apabila diajukan soalan-soalan tersebut. Alice saja yang terpaksa bersusah-payah mengerah idea untuk menjawab persoalan mereka.

 

“Alice,” Jina menyinggul lengan Alice, “hot gila boyfriend kau. Macam supermodel. Untunglah,” usik teman baik Alice yang baru sahaja berkahwin lebih kurang seminggu yang lepas. Kejadian chandelier jatuh yang hampir meragut nyawa Alice itu berlaku pada majlis perkahwinan Jina.

 

Alice sekadar tersenyum tawar mendengar usikan teman baiknya.

 

“Eh, kalau ada makan-makan begini, mesti kena ada yang entertain! Alice!” Salah seorang pekerja senior lelaki, yang lebih mudah Alice gelarkan sunbae, lantas menuding jari ke arah Alice. Biasanya, dalam hal-hal begini, seorang sunbae akan memilih staf yang paling muda atau baru bekerja. Jika pelajar praktikal tidak dikira, Alice lah pekerja yang paling baru dan muda di syarikat berkenaan.

 

Aduh… Wajah Alice serta-merta pucat dan hilang seri walaupun dia memaksa diri untuk tersenyum. Malu sungguh rasanya nak menyanyi depan semua senior ni, depan Kris lagi. Mereka bukan nak dengar lagu sangat pun, cuma seronok nak buli orang baru!

 

Alice sengaja melambat-lambatkan pergerakannya. Dia menghirup air perlahan-lahan tatkala semua pekerja, termasuk bosnya mula bersorak memanggil namanya. Pengunjung lain di restoran tersebut turut menumpukan perhatian kepada Alice.

 

“Biar saya yang nyanyi!”

 

Seorang Pemuda bertubuh kecil yang duduk di sebelah Alice tiba-tiba bangkit dari meja dengan penuh semangat. Tak lain dan tak bukan, dialah Do Kyungsoo, pelajar praktikal syarikat tersebut. Yang lain-lain semuanya bersorak kuat dan bertepuk tangan atas keberanian Kyungsoo. Kyungsoo sempat memberikan senyuman kecil yang kelihatan malu-malu kepada Alice sebelum berjalan ke hadapan, di hujung meja.

 

Kyungsoo memegang sudu di hadapan bibirnya sebagai mikrofon acah-acah. Dia mula menyanyi sebuah lagu rancak yang bertajuk ‘Catallena’ yang dipopularkan oleh penyanyi asalnya, Orange Caramel. Alice turut terhibur melihat aksi Kyungsoo yang menari bersungguh-sungguh walaupun malu-malu. Sangat comel! Alice sangat-sangat berterima kasih kepada Kyungsoo kerana mereka sangat terhibur dengan persembahannya sehingga mereka terus lupa kewujudan Alice. Malah, bos siap request tiga lagu tambahan untuk Kyungsoo nyanyikan.

 

Sebaik saja Kyungsoo terlepas daripada azab tersebut, dia kembali ke tempat duduk asalnya di sebelah Alice.

 

“Kyungsoo, sorry sangat,” Alice berbisik kepada pemuda tersebut.

 

“Tak apa. Kak Alice yang paling banyak tolong saya di syarikat ni. Saya cuma membalas budi,” ujar Kyungsoo, tersenyum sipu. Alice menepuk lembut ubun kepala Kyungsoo bagaikan anak kucing kerana sesungguhnya, Kyungsoo memang sangat comel, ditambah dengan personalitinya yang agak pemalu itu.

 

“Ha, Kyungsoo, ambil ni!” Seorang senior menuang segelas soju penuh buat Kyungsoo. Sebagai tanda hormat, Kyungsoo wajib menerima dan menghabiskan air tersebut.

 

“Kyungsoo, ambil ni juga dari saya!” Seorang senior perempuan pula menghulurkan segelas lagi soju buat Kyungsoo.

 

“Best kau nyanyi tadi. Jom, kita main game pula!” Seorang sunbae pula bercadang. Wajah Kyungsoo sudah mula kemerah-merahan. Oh, tidak. Kyungsoo pastinya jenis yang tidak tahan dengan alkohol. Alice berasa kasihan melihat pelajar prakikal tersebut dibuli sunbae yang lain.

 

“Sunbae, apa kata main game dengan saya pula,” Alice cepat-cepat menawarkan diri.

 

Mereka yang lain-lain bersorak kuat. Pantang ada gadis muda, junior pula tu, dengan sukarela menawarkan diri untuk main game, pastinya mereka on! Inilah masanya untuk bergurau-senda dengan (sambil-sambil buli) junior!

 

“Alice, jangan minum banyak sangat,” pesan Kris dari belakang, tegas saja suaranya. Alice buat-buat tak dengar.

 

“Kak Alice, tak apa ke?” soal Kyungsoo, risau.

 

“Tak apa. Relax, okay? Tadi kamu dah tolong akak, biar akak pula tolong kamu.”

 

Alice menyingsing lengannya tanda bersedia, namun matanya membundar apabila melihat mereka mengeluarkan dua puluh gelas bir besar dan menyusunnya di atas meja. Sejujurnya, Alice pun bukannya tahan mabuk sangat.

 

Mereka mula bermain tiga lawan satu. Menggunakan rock-paper-scissor sebagai medium permainan, siapa-siapa yang kalah dalam setiap pusingan mesti habiskan satu gelas bir dalam oneshot. Selepas tiga kali kalah, staf lelaki kena tukar orang. Bagi Alice pula, jika dia kalah lebih dari tiga kali, dia perlu habiskan kesemua baki minuman.

 

Tanpa diangka-sangka, Alice agak berbakat dalam permainan rock-paper-scissor. Dia berjaya menumbangkan lawan yang pertama dan kedua tanpa kalah walau sekali pun. Namun, masuk lawan yang ketiga, Alice mula kecundang. Satu gelas, dua gelas. Lawan yang ketiga pula kalah untuk kali yang pertama. Alice perlu bertahan sedikit saja lagi. Lawannya yang ketiga telah kalah dua kali. Alice menyimpan harapan yang tinggi untuk menang tetapi malang, nasib tidak menyebelahi Alice apabila dia kalah untuk kali yang ketiga. Sudah tiga gelas Alice habiskan, namun kini dia perlu habiskan baki sembilan gelas lagi.

 

Alice tidak mampu untuk mengangkat kepalanya lagi, namun semua rakan sekerjanya bersorak agar dia menghabiskan kesemua sembilan gelas. Alice melambai-lambaikan tangannya tanda dia menarik diri, tak mampu lagi untuk meneruskan permainan tersebut walaupun dia telah dinobatkan sebagai yang kalah. Salah seorang staf senior lelaki di situ menampar lembut wajah Alice, memaksa gadis tersebut untuk bangun lalu menyuapkan minuman keras ke mulutnya. Kris menahan gelas tersebut sebelum ia menyentuh bibir Alice. Nampaknya mereka semua dah lupa yang ‘boyfriend’ Alice ada di situ.

 

“Apa kata aku ganti tempat Alice untuk denda dia?” soal Kris dengan senyuman kecil yang ternyata tidak kelihatan mesra langsung. Malah, senyuman tersebut kelihatan dingin dan agak menakutkan. Terdengar bisikan-bisikan tak puas hati dengan cara Kris melayan mereka memandangkan Kris sekadar orang luar yang tak ada kena-mengena dengan mereka pun. Kris tidak menghiraukan bunyi-bunyi bingit tersebut lantas mencapai gelas yang yang masih berisi di atas meja tersebut lalu menghabiskan kesemuanya satu-persatu hingga ke titisan terakhir. Selesai dia menghabiskan kesemua minuman tersebut, Kris segera menarik Alice keluar dari restoran tersebut.

 

“Kris, perlahan sikit!”

 

Apabila Kris menoleh ke belakang, Alice sedang menekup mulutnya. Dia hampir-hampir nak termuntah. Kris menggeleng kepala lalu memperlahankan jejaknya sambil membawa Alice ke sebuah taman kecil berdekatan, di luar sebuah kompleks membeli belah yang masih bergiat rancak di malam hari. Kris membawa Alice ke water cooler terdekat agar Alice dapat menghirup air sejuk yang segar dan mencuci mukanya. Kemudian, Kris membawa Alice duduk di atas anak tangga berdekatan.

 

Berbanding beberapa minit yang lepas, Alice nampak lebih segar walaupun dia kelihatan agak mamai kerana masih mabuk. Tak hairanlah dengan kadar pemulihan Alice yang pantas.

 

“Macam mana sekarang?” soal Kris.

 

Alice mengangguk lemah. “Dah ok sikit.”

 

Kris menggelengkan kepalanya melihatkan wajah Alice yang basah lencun, air menitis dari dagunya, rambutnya pula kusut masai bercampur-aduk dengan sebahagian yang basah.

 

“Kau ada sapu tangan?” soal Kris lagi.

 

Alice mengeluarkan sehelai sapu tangan dari begnya. “Nak buat apa?”

 

Kris tidak menjawab. Dia langsung mencapai sapu tangan tersebut lalu mengelap rambut dan wajah Alice yang basah dengan lembut. Alice seka

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...