Jatuh Hati

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

 

Walaupun dia sendiri tidak begitu biasa dengan kawasan percutian tersebut, Alice dengan penuh keyakinan membawa Kris makan angin bak tourist guide bertauliah. Rakan baiknya yang sedia menolong tak kira masa tentulah Encik Google.

“Aku dah lama teringin nak pergi tempat ni,” ujar Alice sambil berlari anak sepanjang lorong kecil di Camellia Hill, sebuah taman bunga yang sarat dengan pelbagai spesis bunga yang berwarna-warni. “Cantik gila tempat ni. Rasa macam dalam cerita fantasi pula.” Apabila Alice menoleh ke belakang, Kris masih ketinggalan beberapa langkah di belakang. Jejaka tersebut sekadar tersenyum melihat gelagat Alice.

“Kris, tolong ambil gambar aku ya?” Alice segera menyerahkan telefon pintarnya kepada Kris. “Cara dia, sentuh je-”

“Aku tahu la, dah setahun aku duduk kat zaman ni.”

“Oh, tahu dah ek?” Alice tersengih, “Pandainya dia!” Alice mencubit pipi Kris sebelum berlari di hadapan jambakan bunga Hydrangea yang sedang mekar.

“Ok, dah.” Ujar Kris acuh tak acuh.

“Kejaplah, orang tak sempat nak posing. Okey, satu, dua, tiga.”

“Ok, dah.”

“Lagi satu!”

“Dah.”

“Satu lagi!”

“Berapa banyak gambar kau nak ni?” Kris merungut namun bibirnya tersenyum lebar, hampir saja dia tergelak besar.

“Okey bagi aku tengok dulu.” Alice berlari ke arah Kris semula. Alice mengangguk puas hati dengan setiap gambar yang diambil Kris.

“Okey, kita ambil satu gambar lagi, kali ni sama-sama.” Alice mengambil telefon pintarnya lalu mendepangkan tangnnya sejauh mungkin untuk selfie bersama.

“Kris, dekat sikit.”

Kris menundukkan sedikit kepalanya agar lebih dekat dengan Alice.

“Susah pulak nak bagi masuk. Kau ni tinggi sangatlah Kris!” Alice tertawa.

Tanpa berkata apa-apa Kris mengambil telefon tersebut daripada tangan Alice. Sebelah tangannya memeluk tubuh Alice, yang sebelah lagi memegang kamera, dilunjur jauh. Tangannya yang panjang membuatkan dia mendapatkan sudut gambar selfie tanpa cacat-cela dengan mudah. Gadis molek yang dipeluk dengan erat itu terkelu, tak sempat pun nak senyum apabila Kris menekan punat kamera.

“Nah, okey tak? Nak ambil sekali lagi?” Kris menghulur semula telefon Alice.

“Em, okeylah tu.” Alice menjawab acuh tak acuh, gambar yang diambil tadi tak dilihat pun. Dia sengaja memalingkan wajahnya agar Kris tak nampak betapa merahnya pipi Alice sekarang.

Kris sekadar tersenyum sinis sambil mengusap kepala Alice lalu berlalu pergi.

 

Mereka meneruskan aktiviti mereka dengan melawat beberapa lagi tempat tarikan pelancong di situ termasuklah Spirited Garden, Folk Village dan muzium-muzium yang terdapat di serata pulau tersebut. Mereka makan malam bersama, mencuba hidangan istimewa pulau tersebut kemudian sekadar ambil angin di tepi pantai.

Terdapat tembok rendah paras pinggang di sepanjang jalan tar tepi pantai kawasan tersebut. Kris menyandarkan pinggulnya di tembok tersebut, membelakangkan pantai. Alice pula berdiri betul-betul di sebelahnya sambil menikmati pemandangan indah ombak laut menyapa pasir pantai.

“Seronok tak hari ni? Pandaikan aku bawa kau jalan-jalan? Untung dapat tourist guide yang comel dan fun macam aku ni.” Alice tersengih.

“Eh, tak jawab lagi dah puji diri sendiri.”

“Sebab dah tahu dah jawapannya,” Alice tertawa, tangannya diregangkan dari tembok tersebut namun kakinya pula tersilap langkah. Alice hampir saja jatuh terjelepuk kalau tidak disebabkan Kris berjaya menahan gadis itu. Tubuh Alice ditarik hampir padanya, kedua-dua tangannya memegang lengan Alice.

“Tengok tu. Hati-hatilah sikit, peluk nanti baru tahu.”

“Ish.” Alice memukul dada Kris, pipinya terasa hangat serta-merta. Dia sangka Kris akan melepaskannya, namun sangkaannya meleset. Daripada lengannya, tangan Kris melingkar pula ke pinggangnya. Alice terus membeku, kedua tangannya yang tidak pasti hendak letak di mana di biar saja di atas dada Kris. Dalam hati dia berdoa Kris tak perasan pipinya yang meranum merah. Ah, tak mungkin dia tak perasan. Mahu saja dia menyorokkan wajahnya daripada Kris, namun matanya telah terpaku dalam renungan Kris.

Walaupun dadanya berdebar kencang, namun Alice tak dapat melarikan pandangannya daripada renungan tajam Kris.

“Aku kena balik.” ujar Kris, serius. Suaranya perlahan dan lembut.

“Balik?”

Kris mengangguk.

“Bila?”

“Malam ni.”

“Lama ke?”

“Dalam dua atau tiga hari, mungkin?”

Alice melepaskan nafas lega. “Ingatkan dah tak balik sini lagi dah… Buat suspense aku je.”

Kris tersenyum semula.

“Kenapa… nak kena balik? Kau sakit ke?”

Kris menggeleng kepala.

“Aku okey saja, jangan risau. Ada benda penting yang perlu aku bincangkan. Jongin ada beritahu kau pasal gerhana bulan, kan?”

Alice mengangguk.

“Gerhana bulan tu tak lama lagi. Mungkin dalam dua minggu lagi. Masa tu kuasa Akmagum akan jadi lebih kuat berkali-kali ganda. Salah aku juga sebab gagal hapuskan mereka semua sebelum gerhana bulan tu terjadi.”

“Kris, itu bukan salah kau.”

Kris sekadar mendiamkan diri dan tersenyum. Dia menyentuh pipi Alice dengan satu tangan.

“Aku ada cara untuk kawal keadaan tu, tapi aku perlu balik.”

Alice memuncungkan mulut sedikit. “Okey…”

“Jaga diri elok-elok, ya?” Kris mengusap pula kepala Alice. Semakin lama Alice semakin suka diperlakukan begitu.

Alice mengangguk lalu tersneyum kecil pada Kris. Dia tidak mahu kelihatan murung di hadapan Kris. Nanti, risau pula dia.

“Kau pun sama. Jaga diri elok-elok. Dan balik cepat, okey?”


-
 

10.30 malam.

Alice masih terguling-guling di atas katil, tak dapat tidur. Selalunya waktu begini dia sudah terlena, letih dengan latihan bersama Kyungsoo saban hari. Mungkin kerana satu mesej yang masuk setengah jam yang lepas daripada Kris.

Aku pergi dulu.

Pesanannya ringkas. Sama seperti percakapannya.

Alice mengeluh . Mungkin juga dia tidak boleh tidur kerana asyik teringatkan cara Kris merangkul tubuhnya petang tadi. Atau pandangannya yang tajam menusuk kalbu. Atau tangannya yang membelai lembut kepala Alice.

“Sah… Aku dah jatuh hati kat dia…” Alice menggumam sendirian lalu mengeluh. Kenapalah gatal sangat nak jatuh cinta dengan orang macam tu? Punyalah bersepah lelaki normal dalam hidup dia, tapi kenapa Kris yang berjaya menggoyahkan hatinya?

Macam mana lepas segalanya dah berakhir? Kris akan pulang semula ke zaman asalnya? Masa tu Alice menangis tak berlagu agaknya. Tapi, bukan salah Alice juga. Kenapa Kris melayannya dengan terlalu baik? Apabila Alice sengaja buat perangai dan mengada-ngada pun, Kris sering berpihak padanya.

Agaknya Kris pun ada hati pada aku juga?

Alice mengeluh, tangannya menggosok-gosok dada

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...