Kisah Silam

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

 

511 tahun lepas…

 

Semua orang kini tahu bahawa Wu Yifan, anak muda berusia 13 tahun yang datang bersama pasukan panglima dari Cina sebagai tanda ikatan hubungan diplomatik Joseon dan Cina itu merupakan panglima kesukaan Permaisuri Sol Hayan. Mereka melayan Yifan ibarat anak mereka sendiri. Dia disekolahkan bersama Puteri Song Joohee, dan berlatih pedang bersama pahlawan terhandal di istana. Tidak hairanlah jika Yifan menjadi kenalan rapat Joohee. Teman-teman Yifan yang rata-rata lebih tua daripadanya suka mengusik setiap kali Joohee berjalan melepasi kawasan latihan mereka.

Pada suatu malam, selepas makan malam bersama permaisuri dan raja, Yifan meneruskan latihan pedangnya seorang diri. Hari itu merupakan hari jadinya, oleh itu warga istana menyediakan layanan khas buat Yifan berserta hidangan makan malam yang mewah. Namun Yifan tetap berendah diri dan sekadar menyertai makan malam untuk menghargai layanan raja dan permaisuri.

Sedang dia berlatih sendirian di perkarangan rumah-rumah panglima diraja, Yifan terhenti apabila melihat Joohee sedang menontonnya sambil duduk di atas sebuah pangkin.

“Tuan Puteri!”

“Yifan, sudah berulang kali aku beritahu. Tak perlulah begitu formal. Panggil aku Joohee saja,” rungut Joohee sambil berdiri kemudian menghampiri Yifan.

Yifan berdehem kecil. “J… Joohee. Bahaya keluar malam-malam begini. Ayuh aku temani kau pulang ke istana.”

Joohee mengangguk lalu berjalan ke arah istana bersama Yifan. Tidaklah sejauh mana pun, namun Joohee sengaja ingin meluangkan masa bersama Yifan. Mereka jarang dapat berbual sesama sendiri kerana tak manis apabila dilihat berdua saja oleh orang-orang istana. Namun, sekali-sekala Joohee mahu saat istimewa berdua bersama Yifan saja.

“Kenapa masih berlatih pedang malam-malam begini. Kalau kau terus berada di istana, pelbagai hiburan sedang menanti. Bonda betul-betul mahu kau bergermbira di hari ulangtahun mu.” Ujar Joohee sambil berjalan sepanjang sungai kecil yang mengalir di segenap kawasan istana. Jarinya memetik sekuntum bunga kecil kemudian diputar di antara jemarinya.

“Sebagai seorang panglima aku tidak mahu dilalaikan dengan hiburan dan kesenangan.”

Joohee mengangguk beberapa kali. “Bagaimana dengan aku?”

“M-Maaf?”

“Adakah kau tak senang berbual denganku? Adakah meluangkan masa denganku juga merupakan satu kelalaian?”

“Mana mungkin! Aku suka mendengarkan puisi-puisimu, dan aku suka mendengarkan buah fikiranmu yang bijaksana belaka.”

“Ya? Itu saja?” Joohee sengaja mengumpan. Dia menyembunyikan senyuman nakalnya daripada pandangan Yifan.

“Aku suka mendengarkan petikan gayageum mu. Lagu yang kau mainkan lebih indah daripada mana-mana ahli muzik.”

“Lagi?”

“Aku suka melihat senyumanmu yang lebih indah daripada purnama penuh-” Yifan terdiam lalu tertunduk malu.

Joohee tertawa dalam diam. Tanpa mereka sedari, mereka telah pun tiba di perkarangan istana.

“Aku juga suka melihat kau tersenyum, Yifan. Sayang, kau tak mudah tersenyum, bukan?” Joohee meletakkan sebuah gulungan kertas di tangan Yifan. Yifan terlalu terkejut dengan hadiah kecil Joohee sehingga lidahnya jadi kelu.

“Selamat malam, panglimaku.” Joohee menunduk kecil sebelum dia beransur menuju ke dalam istana dengan langkah yang rapi dan penuh anggun.

Sebaik saja Yifan pulang ke biliknya sendiri, gulungan kertas daripada Joohee tadi dibuka dengan hati-hati. Alangkah terkejutnya Yifan apabila mendapati potretnya tercoret di atas kertas tersebut. Di tepi lukisan tersebut disertakan sekali sebuah puisi pendek.

Senyuman yang indah dan lembut bak matahari pagi
Raut wajah yang tenang bak bulan purnama
Wajah yang beta idamkan hingga seribu purnama
Panglimaku, Wu Yifan.

 

-

 

Alice kelihatan sungguh teruja dari saat mereka menaiki kapal terbang sehingga mendarat di pulau percutian yang terkenal itu.  Kris yang baru kali pertama menaiki kapal terbang tidak begitu teruja dengan perjalanan mereka. Dia berasa loya yang teruk dan dadanya berdebar-debar sepanjang satu jam lebih penerbangan. Namun, kelemahannya disembunyikan demi tidak mahu kalah kepada Jongin. Ya, selain daripada Alice, Jongin, Chanyeol dan Kyungsoo turut menyertai misi mereka untuk membawa Alice ke tempat yang selamat.

Kumpulan manusia-manusia aneh tersebut terpaku di luar lapangan terbang, menantikan kenderaan mereka tiba.

“Abang pernah pergi pulau Jeju sebelum ni?” Soal Chanyeol.

Kris menggeleng perlahan. Dia cuba untuk tidak bergerak semungkinnya agar isi perutnya (yang kosong) tidak termuntah keluar.

"Fuh… Abang memang kena makan angin kat sini. Nanti saya bawak abang round-round tempat best-best.”

“Aku nak ikut juga!” Alice mencelah.

“Eh, minah ni! Sibuk ah.”

“Cakap lagi sekali?” bekerut wajah Alice menahan perangai Chanyeol yang menjengkelkan itu.

“Tapi kak Alice… Kak Alice kena berlatih untuk gunakan kuasa akak dengan cara yang betul…” Kyungsoo mencelah, takut-takut.

“Jangan risau, Kyungsoo. Mestilah akak takkan abaikan tujuan utama kita ke sini. Nanti akak belanja kamu makan sedap-sedap okey?”

“Kyungsoo je ke?” Chanyeol pula mencelah.

“Eh, tadi kata aku menyibuk. Pergilah belanja diri kau sendiri je. Kata banyak duit.” Alice mencebik.

“Hek eleh…” Chanyeol mengeluh sambil menjulingkan matanya ke atas. “Kalaulah minah ni nampak akaun bank aku, sekelip mata je dia melutut depan aku, hah.”

“In your dream,” Alice menggumam  sendirian.

Perbualan (atau pertelingkahan kurang matang) mereka terganggu apabila Jongin berdehem kuat. Dia sedang berdiri sendirian dalam jarak yang agak jauh dari kumpulan Alice. Sambil mengunyah gula-gula getah, Jongin membetulkan kaca mata hitamnya lalu berpura-pura menggeliat.

“Yang mamat ni ikut sekali apahal? Tak ada kerja ke apa?” Chanyeol menjuihkan bibirnya.

Pada masa yang sama, sekumpulan manusia keluar daripada balai ketibaan  kemudian menghampiri Jongin. Mereka masing-masing kelihatan sibuk dan membawa pelbagai beg besar. Ada yang memberi arahan, ada yang sedang memeriksa sesuatu dalam dokumen yang mereka bawa, ada yang sedang bercakap dalam telefon. Antara mereka ada dua wanita tinggi lampai yang jelita. Chanyeol dapat mengenal pasti mereka sebagai model terkenal. Jongin tersenyum sinis lalu menghampiri Alice.

“Untuk pengetahuan korang, aku ke sini bukanlah sebab nak menyibuk hal korang. Aku ada shooting drama tau. Lapang-lapang nanti datanglah tengok. See you guys later.” Dengan gaya angkuh, Jongin memasukkan sekeping gula-gula getah ke dalam mulutnya, menghadiahkan kenyitan mata kepada Alice lalu melambai sambil berjalan pergi. Jongin bersama kumpulan besar tadi berpecah kepada dua dan masuk ke dalam van mewah besar.

“Ek eleh, poyo! Setakat model camtu aku petik jari jelah!” Chanyeol merengus.

 

-

 

“Kris, betul ke apa yang semua Jongin cakap tadi?” Soal Alice dengan suara yang masih lemah dan sedikit serak.

Dari segi fakta, ya. Segala yang Jongin ungkapkan tadi benar belaka. Tubuh Kris semakin lemah akibat penggunaan Sakti Mestika yang kuat dan terlalu kerap. Malah dia sendiri kini keliru akan arah tujunya. Mampukah dia menjamin keselamatan Alice dan hepuskan Akmagum pada masa yang sama?

Tindakan Kris yang berdiam diri itu mengecewakan Alice. Alice menganggap bahawa Kris mengiyakan semuanya.

“Apa lagi rahsia yang kau simpan daripada aku?” Alice mengalihkan pandangannya yang jelas terpapar kekecewaan.
 

Sejak serangan langsung puak Akmagum, Alice kurang bercakap dengan Kris. Seperti ada satu tembok baru terdiri antara mereka berdua. Kris gusar kalau kepercayan Alice terhadapnya tergugat, ibarat kertas yang renyuk, tak mungkin akan kembali pada asalnya. Kris akui, banyak perkara yang dia rahsiakan daripada Alice, namun dia yakin sesiapa yang berada di tempatnya akan bertindak dengan cara yang sama.

Walaupun begit

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...