500

Gadis Sakti Putih
Please log in to read the full chapter

 

Tahun 1514.

 

Hujan lebat. Kris meneruskan langkahnya walaupun setiap langkah terasa berat dan azab. Kepalanya terasa seperti dicucuk-cucuk jarum, dadanya semakin sempit.

 

Sikit saja lagi.

 

Kris gagahkan diri mengharungi hujan lebat yang sejuknya mencengkam hingga ke tulang. Beberapa langkah saja lagi dia akan tiba ke muka pintu tersebut. Terdapat dua kepingan batu yang tingginya lebih kurang satu kaki, di susun bersebelahan, betul-betul di hadapan pintu masuk. Kris mengumpulkan segenap kudrat yang tinggal untuk melangkah batu tersebut lalu jatuh terjelepuk di atas pangkin kayu di hadapannya.

 

Nafasnya semakin pendek. Dia cuba mengambil nafas berkali-kali, namun udara tidak sampai ke paru-parunya.

 

Kelopak matanya semakin berat. Kris perlukan bantuan. JIka ini berterusan, nyawanya…

 

“Oh, tuhan!” Ujar Suho sebik saja pintu rumahnya diselak. Dia bergegas ke arah tubuh yang menggigil kesejukan itu lalu dirangkulnya.

 

“Yifan! Bangun!”

 

-

 

Tahun 2014.

               

Penceroboh!

 

Alice menjerit sekuat-kuat hati.

 

“Kris, tolong! Ada pencuri!”

 

“S-sekejap!” Lelaki tersebut kelam-kabut meletakkan barang-barang dapur yang memenuhi tangannya tadi. “Aku bukan pencuri!” Teriak lelaki tersebut sambil mempamerkan kedua-dua telapak tangannya.

 

“J-jangan dekat! Keluar dari sini sebelum aku panggil polis!” Alice mencapai objek yang terdekat, dalam kes ini, sebuah bar stool, lalu mengangkatnya tinggi seolah-olah ingin dicampak ke arah lelaki tinggi lampai tersebut.

 

“Mak! Jangan, jangan! Bertenang! Aku kawan Kris!”

 

“K-Kris? Kris mana?”

 

“Ni, ni! Baca ni dulu!” Lelaki tersebut menunjuk ke arah sekeping nota yang di tampal di pintu peti sejuk dengan magnet. Melihatkan Alice mula ragu-ragu untuk meneruskan serangannya, lelaki tersebut pantas mencapai nota tersebut lalu dihulurkan kepada gadis yang masih memegang bar stool tersebut. Alice perlahan-lahan menurunkan bar stool tadi tanpa melepaskannya, kemudian mendekati lelaki asing itu selangkah-demi selangkah. Apabila jarak antara mereka sudah cukup dekat, Alice merampas nota trsebut daripda tanggan elaki tersebut.

 

Pelik, nota tersebut ditulis menggunakan abjad tradisional Cina. Alice masih boleh membacanya kerana rata-rata pelajar sekolah menengah Korea mempelajari abjad tersebut. Walaubagaimanapun, Alice mengambil lebih masa untuk membaca dan memahami kandungan surat tersebut sepenuhnya.

 

Alice, aku perlu balik ke tempat asalku untuk beberapa hari. Aku akan kembali secepat mungkin, aku janji. Buat sementara waktu, aku hantar rakan baikku, Chanyeol untuk tengok-tengokkan kau. Maaf kalau kau rasa tak selesa.

Yang benar, Kris.

 

Alice menjeling ke arah lelaki di hadapannya, dia kelihatan gementar ditenung tajam sebegitu. Chanyeol, seperti yang disebut dalam nota tersebut, menelan air liur lalu tersengih membalas renungan Alice.

 

“Betul ni? Kris yang suruh kau ke mari?”

 

Chanyeol mengangguk cepat. “Dia tak pernah beritahu kau pasal aku ke?”

 

Alice menggeleng, bibirnya memuncung. Dia masih ragu-ragu kesahihan kata-kata Chanyeol.

 

“Kalau kau nak tahu, akulah yang carikan rumah ni untuk Kris. Bayaran dan yang lain-lain pun semua aku uruskan. Kris tak keluar satu sen pun. Percaya atau tidak, aku hadiahkan rumah cottage berharga setengah juta ni kat korang berdua, tahu?” Chanyeol bermegah. Dahi Alice berkerut mendengar kenyataan tersebut. Tak masuk akal langsung. Lelaki yang berpakaian t-shirt lusuh dengan seluar jeans yang berlubang di lutut ni yang beli rumah ni?

 

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
gadis sakti putih updated. *GASP* 'apa? biar betul?' yep.

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 12: So cute TT

Apa yg jongin nak bgtau sbnrnya TT

Huwaa TT
whitelove
#2
Chapter 11: Jongin punya rancangan tu unexpected . Tak sbr nk tgk kris alice dating kno hahaha aye mesti cute.
whitelove
#3
Chapter 10: Aduhai cliffhanger !
Eli_Shane
#4
Chapter 9: Terbaca. But surely, i like your plot. Keep updating!
whitelove
#5
Chapter 8: Weh akhirnya updateee TT ♡
ilirsyana #6
bilaa nk updatee agi author T.T . srs hari hari menunggu smpai kul 4 pagi hm
whitelove
#7
Chapter 7: Kyaaaaaa kyaaaa kyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makin aku suka cite ni. Mcm cinta tiga segi pulak. ship kai x alice. /cough cough cough/ hahaha xD kyungsoo pun ada kuasa? Tak sgka. Siapa kyungsoo ni sbnrnya? Update soon~ suka sgt cite ni <3
NizNisrina12 #8
Chapter 7: wew ... update soon
whitelove
#9
Chapter 6: Wow. Tak sgka dgn kmunculan jonhin.
Mkin syok cite ni. Update soon. I am really looking forward it.
Emylia #10
Chapter 6: Best giler. Mmg kne ngn taste aku yg suke bace cerita yg ade kuase2 nih.. update soon... tak sabar nk bace...