Seminggu lagi

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

Seminggu sebelum 4 bulan berakhir

HAYOUNG POV

Televisyen di rumah sewa Hayoung terbuka tanpa ditonton sesiapa. Rumah sewa Hayoung sudah penuh dengan pelbagai alatan senam seperti treadmill, skipping yang tergantung di dinding dan macam-macam lagi. Terlekat banyak artikel tentang pemakanan seimbang di dinding dapur rumah sewanya. Hayoung sedang menyediakan menu sarapan paginya. Dia membuka peti sejuknya. Hayoung melihat tarikh dia akan berjumpa dengan lelaki yang amat dia cintai. Oh Sehun. Rindunya pada orang yang dia sayang semakin hari semakin menebal. 

Hayoung mengeluarkan susu dan jem strawberi. Dia membakar sekeping roti dan menyapu roti tersebut dengan jem strawberi. Kalau dulu menu paginya ialah nasi ekarang dia bertukar kepada stail 'english breakfast'. Sekali-sekala dia melirik cermin yang tergantung di hadapannya. Lemak yang berada di bawah dagunya sudah hilang. Dia menyentuh pipinya juga. Tembamnya sudah tiada dan tulang pipinya semakin menonjol. Hayoung meletakkan rotinya ke piring. Dia melangkah ke cermin bear di hadapannya itu. Potongan badannya yang dulu tiada potongan tapi tidak sekarang. Badannya sangat langsing. Hayoung tersenyum. Seminggu akan berlalu dan dia akan bertemu Sehun.

Telefonnya berbunyi,menandakan mesej masuk. Nama Chen terpapar di telefonnya. Rasa bersalah kerana tidak menjawab telefon kawan baiknya itu menyelubungi diri Hayoung. Bukan apa. Dia tak nak Chen tahu akan keadaannya dan melaporkan kepada Sehun. Biarlah ini semua menjadi kejutan buat Sehun. Dia tidak menjawab mesej Sehun. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Pukul 10.00 dia perlu bergerak ke gim seperti biasa. Hayoung masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Bila Chen Oppa balik?"tanya Chaewon kepada Hayoung. Mereka ekarang berada di taman universiti sedang mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.

"Minggu depan,"Chaewon mengangguk. Tangan Hayoung lincah membuat pengiraan matematik di bukunya. Telefon bimbit Hayoung berdering tapi Hayoung tidak langsung mengangkatnya. Emaknya menelefonnya. Dia tahu, apabila emaknya telefon tidak lain tidak bukan untuk meminjam duit. Itulah emaknya. Emaknya hanya berbaik dengannya jika mahu meminta wang. 

Chaewon memandang teman baiknya itu. Seja

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)