Kim Woo Bin

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

CHEN POV

Chen menunggu dihadapan wad kecemasan. Hatinya sangat resah ketika itu. Dia sudah berdoa didalam hati agar perempuan itu baik-baik sahaja. Sekejap dia berdiri, sekejap bangun. Dia tidak senang sekarang. Pintu wad kecemasan terbuka. Chen segera mendapatkan doktor yang keluar daripada wad tersebut.

“Macam mana dengan keadaan mak cik?”tanya Chen.

“Pesakit Jung Mi Kyung sebentar tadi mengalami kesukaran bernafas. Nasib baik keadaannya sudah stabil. Encik Jong Dae boleh ikut saya sebentar? Ada benda yang perlu encik tahu.”Chen mengangguk. Chen mengekori doktor yang merawat perempuan itu. Dia mengambil tempat duduk di hadapan doktor.

“Keadaan Puan Mi Kyung semakin lama semakin teruk. Kita perlu cari penderma yang bersesuaian untuk menderma sum-sum tulang untuk Puan Mi Kyung. Puan Mi Kyung tidak mempunyai anak ke sebelum ini? Kalau dia mempunyai anak, Kesesuaian sum tulang anaknya dan Puan Mi Kyung kemungkinan besar adalah sama. Kalau kita perlu cari penderma yang lain, sudah semestinya mengambil masa yang lama dan Puan Mi Kyung pastinya tidak akan dapat bertahan sampai ke tahap itu,”Chen mula resah. Dia mengurut kepalanya. Dia meminta diri untuk brfikir. Chen duduk di kerusi yang disediakan. Apa yang patut dia buat sekarang?

Telefon bimbit Chen berbunyi. Dia mengeluarkan dari poket seluarnya. Hayoung menelefon. Pantas dia mengangkat.

“Chen-ahh, kau dah sampai ke Seoul ke?”tanya Hayoung. Chen cuba menenangkan dirinya. Dia membetulkan suaranya sebelum menjawab pertanyaan Hayoung.

“Aku dah sampai Seoul dah. Aku minta maaf sebab terpaksa balik,”Chen meminta maaf. Dia bersandar di kerusi.

“Aku dengar ada orang masuk hospital. Macam mana dengan keadaan orang tu?”Chen mengeluh perlahan. Dia cuba menahan sebak.

“Dia ok,”jawab Chen. Air matanya cuba ditahan agar tidak gugur. Dia sedang bercakap dengan orang yang berhak tahu. Rasa bersalah menyelubungi diri Chen.

‘Hayoung-ahh, aku minta maaf. Apa yang perlu aku buat?”nangis Chen dalam diam.

“Chen-ahh, kau ok ke?Asal suara kau lain?”tanya Hayoung. Chen mengelap air matanya. Matanya sudah merah.

“Aku tak berapa sihat sekarang. Mianei,”Hayoung meminta diri untuk pergi. Kepala Chen disandarkan pada dinding. Dia memejam matanya. Air matanya masih mengalir. Tidak berapa lama kemudian, dia masuk ke bilik wad. Kelihatan dari katil, Puan Mikyung sudah tersenyum lemah ke arahnya. Keadaan Puan Mikyung membuatkan hati Chen terasa lemah. Dia melangkah perlahan ke sisi Puan Mikyung. Tangannya memegang tangan Puan Mikyung. Bibir perempuan tua itu tersenyum.

“Chen kata Chen pergi bercuti. Kenapa ada dekat sini?”tanya Puan Mikyung dengan suara yang lemah. Chen mengenggam erat tangan perempuan itu.

“Mak cik sakit takkan Chen nak biarkan,”kata Chen. Air matanya mengalir. Hatinya tiba-tiba jadi sebak melihat perempuan itu. Perempuan yang sudah dianggapnya sebagai mak kandungnya sendiri. Dia mencium tangan perempuan itu.

“Chen, mak cik baik-baik sahaja,”kata Puan Mikyung. Dia menenangkan Chen yang sudah menangis teresak-esak di sisinya. Tangannya mengelap air mata Chen.

“Mak cik, Hayoung kena tahu siapa makcik. Hayoung berhak tahu. Lagipun sampai bila makcik nak rahsiakan keadaan mak cik ni pada dia. Mak cik perlu buat pemindahan sum-sum tulang dengan segera. Hanya Hayoung yang boleh selamatkan makcik.Kalau tidak...”Chen tidak mampu meneruskan kata-katanya. Puan Mikyung menepuk belakang Chen.

“Jong dae-ahh, bagi makcik, melihat Hayoung membesar denga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)