Jangan buat lagi

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

HAYOUNG POV

Hayoung memandang pada cermin tingkap luar. Hujan mulai membasahi Pulau Jeju. Sudahlah bayu laut di Pulau Jeju sudah sejuk. Bertambah sejuklah lagi pulau itu. Dia memandang pada cermin pandang belakang. Chen, Chanyeol dan Xiumin sedang berborak tentang jadual mereka. Muka mereka sepertinya nampak serius membincangkan hal itu. Hayoung merasakan sesuatu yang janggal antara dia dan Woobin. Woobin hanya menumpukan sepenuh perhatiannya pada pemanduan. Hayoung terpaksa menaiki kereta Woobin memandangkan kereta yang dibawa Jiwon, adik Suho sudah penuh. Dia hanya memerhatikan sahaja gelagat Jiwon yang berlagak comel dihadapan Sehun. Naik muntah dia melihatnya. Hayoung mengeluh. Sebenarnya, dia cemburu melihat keakraban Sehun dan Jiwon. Untuk pertama kalinya Sehun tersenyum dengan gembiranya pada perempuan selain dia.

"Hayoung belajar dekat universiti mana?"Woobin menghentikan lamunan Hayoung.

"University of Konkuk,"Hayoung menjawab. Woobin mengangguk. Kereta Woobin diparkir di hadapan sebuah restoran yang Hayoung menganggapnya hanya orang kaya-kaya sahaja yang masuk ke situ. Chaewon datang disebelahnya.

http://www.angelikaboutiqueconcierge.com/images/services/Fine-Dining-JOEL-ROBUCHON-at-MGM-Grand-2-2.jpg

"Naik rimas aku tengok Jiwon tu. Asyik-asyik Sehun. Yang si Sehun tu pun satu. Tak lemas ke dengan adik Suho tu,"rungut Chaewon.

"Kau ni tak baik cakap macam tu,"

"Kau tak cemburu ke tengok Si Jiwon tu asyik berkepit dengan Sehun? Bukan ke kau suka Sehun?"dengan cepat Hayoung menutup mulut Chaewon. Bimbang didengar Jiwon dan member EXO yang lain dihadapannya.

"Siapa suka Sehun?"Hayoung dan Chaewon terkejut. Hayoung yang memakai kasut tinggi itu hampir sahaja tergolek lantas pinggangnya cepat-cepat dirangkul Woobin. Tangan Hayoung sudah menangkap baju kemeja Woobin. 

"Lain kali hati-hatilah,"kata Woobin. Dia membantu hayoung untuk membetulkan kedudukannya. Hayoung menunduk mengucapkan terima kasih. 

"Bukan main lagi korang ni,"Sehun menegur Hayoung dan Woobin. Mata Hayoung memerhati tangan Jiwon yang memegang tangan Sehun.

"Woobin oppa, try lah Hayoung unnie. Oppa tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan kan sebelum ini,"pandangan Hayoung sudah menunduk. Bercinta dengan Woobin adalah perkara paling mustahil ialah dia sudah menyukai orang disisi Jiwon.

"Ok juga tu. Hayoung ni kan tak berpunya lagi. Woobin, aku dah bagi green light pada kau,"kata-kata Sehun mampu merobek jantung dan seterusnya meranapkan hatinya. Hayoung sedaya upaya menyembunyikan sedihnya. Dia terlihat Chaewon sudah mula  menjegilkan matanya pada Sehun. Hayoug pantas mencapai tangan Chaewon menenangkannya.

Tiba-tiba, tangan Hayoung sudah bersentuhan dengan tangan Wo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)