Hanya dengan Senyuman

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

HAYOUNG POV

Hayoung melangkah masuk ke bilik hotelnya. Chaewon mula mengangkat bagasi mereka masuk ke dalam bilik. Mata Hayoung mula melilau di sekitar bilik hotel mereka. Sejujurnya bilik mereka sememangnya besar. Lebih-lebih lagi, pemandangan bilik mereka dihiasi dengan kebiruan air laut. Hayoung duduk di atas sofa, memerhati permandangan tersebut. Chaewon memberitahu bahawa dia mahu melelapkan mata sekejap, maklumlah kepenatan masih terasa. Hayoung hanya mengangguk lemah. Dia tidak berdaya untuk berkata-kata. Pemikirannya jauh melayang. Memikirkan Sehun.

Dia meraup mukanya. Kata-kata Sehun sangat menyakitkan hatinya tetapi perbuatan Sehun meruntunkan hatinya. Kenapa Sehun bertindak seperti itu? Kalau Sehun suka padanya, tidaklah dia berkata bahawa Woobin boleh bersamanya. Telefonnya berdeting menandakan masuknya mesej ke dalam telefon bimbitnya. Dia mencapai telefonnya di meja. 

Nak teman Woobin pergi tengok ternakan abalone tak?

Hayoung berfikir sejenak. Memandangkan mereka tidak ke mana-mana esok, apa kata dia mengikut Woobin. Lagipun dia sudah lama mahu melihat bagaimana makanan kegemarannya itu berternak. Hayoung terus menjawab ye. Dia meletakkan kembali telefonnya di atas meja. Hayoung mencapai alat kawalan jauh dan terus membuka televisyen. Siaran televisyen itu semuanya berkisah tentang EXO. Mendengar nama Sehun sahaja dia terus menutup televisyen. Hayoung sangat penat. Penat kerana berfikir sama ada Sehun menyukainya atau membencinya.

'Oh Sehun'

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEHUN POV

Sehun mencampakkan beg sandangnya ke tepi. Melihat perbuatan Sehun yang luar biasa itu cukup membuatkan Luhan dan Tao terkejut. Sehun tidak selalunya begitu. Sehun merebahkan badannya di atas katil. Tao yang sudah berbisik-bisik dengan Luhan membuatkan Sehun berasa tidak selesa. Tao keluar dari bilik mereka. Luhan melangkah dengan perlahan-lahan dan duduk disisi katil Sehun.

"Jiwon tu macam suka dekat Sehun je,"kata Luhan. Dia berpura-pura bertanya soalan itu. Luhan tahu bahawa Sehun sedang memikirkan perempuan itu. 

"Hyung tahukan yang Jiwon dah macam dongsaeng Sehun,"jawab Sehun. Dia menekup kedua-dua matanya dengan tangannya.

"Maknae-ya. Mungkin Sehun tengok Jiwon sebagai dongsaeng but she's not. Sehun kena ingat yang Jiwon bukan lagi kawan sepermainan kita lagi tau. Jiwon dah jadi perempuan yang besar panjang dan cantik sekarang,"

"Hyung, kenapa tiba-tiba cakap pasal Jiwon ni?"kata Sehun. Nada suaranya mula garau.

"Bukan. Hyung cuma nak nasihatkan yang perasaan perempuan jangan dibuat main-main. Dua orang perempuan suka pada Sehun,"kata Luhan ikhlas. Dia faham perasaan Hayoung sekarang apabila melihat Sehun bersama Jiwon. Memanglah p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)