Segalanya Berubah

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

SEHUN POV

Sehun berdiri di dinding wad kecemasan. Bajunya sudah basah kuyup dengan darah. Tangannya juga masih tidak berbasuh. Dia hampir hilang akal pada ketika itu. Mampu jadi gila lelaki itu. Nyawanya juga mahu melayang juga. Sehun hanya bertemankan dengan fikirn yang negatif dan positif. Dia terduduk melutut.

‘Tolong selamatkan dia,’Sehun berdoa dalam hati. Sekejap-sekejap dia merasakan jiwanya ada, kadang-kadang tiada. Dia bersalah. Sehun cuba menenangkan dirinya.

‘Oh Sehun, dia akan baik-baik. Hayoung kuat. Dia pasti dapat mengalaminya,’Sehun menyedapkan jiwanya. Kemalangan tadi amat membuatkan dirinya seperti hilang kewarasan untuk berfikir.

“Sehun-ahh,”Sehun dapat mendengar suara Luhan tetapi dia tidak mampu berkata-kata ketika itu. Luhan berlari-lari ke arahnya.

“Apa dah jadi?”Luhan melutu dihadapan Sehun. Tangannya memegang Sehun. Sehun hanya mampu memandang Luhan kosong.

“Hyung, apa yang Sehun dah buat?”kata Sehun. Luhan menenangkan Sehun. Dia risau dengan apa yang berlaku. Dalam beberapa minit kemudian, semua ahli EXO sudah berada disitu. Mereka hanya diam membisu tidak tahu mahu berkata-kata apa-apa. Mungkin sedang berdoa untuk keselamatan Hayoung.

Jihyo tidak henti-henti menangis. Nasib baik Chanyeol disebelahnya memujuk. Seudah tujuh jam Hayoung di bilik kecemasan tanpa sebarang berita. Sehun hanya mampu diam, menenagkan dirinya dengan sabar. Chen hanya duduk membisu di kerusi tepi wad kecemasan. Luhan bertindak sebagai penyelamat, memujuk dan memberi kata-kata semangat kepada Sehun.

Doktor keluar daripada bilik kecemasan. Sehun merupakan orang pertama menerpa doktor itu. Luhan pantas menenangkan Sehun kerana Sehun mula mencengkan tangan doktor itu. Mereka semua menunggu jawapan doktor itu.

“Saya minta maaf, pesakit sedang koma sekarang,”gugur jantung Sehun ketika itu. Luhan terkejut dengan jawapan doktor itu. Jihyo sudah mula menangis lebih kuat daripada yang biasa. Sehun tidak dapat berfikir dengan betul pada ketika itu. Dia mempersalahkan dirinya ketika itu. Air matanya ketika itu seperti tidak jatuh. Sehun tidak mampu mengeluarkan air mata. Tiba-tiba, Chen memegang kolar bajunya. Member EXO yang lain sudah mula memegang Chen.

“Hyung dah suruh Sehun jaga Hayoung kan?!!? Sehun dah janjikan?!! Hyung korbankan cinta hyung pada Sehun sebab hyung tahu Sehun dapat jaga Hayoung. Mana janji Sehun?!!”

“Chen tenang,”kata Luhan. Chen sudah mula terasa semua benda keluar dari badannya.

Chen menangis. Tangannya mula longgar daripada kolar Sehun. Dia terduduk menangis dihadaan Sehun. Sehun hanya diam membisu.

“Hyung, Sehun nak pergi tandas,”kata Sehun berlalu pergi. Luhan mula risau dengan keadaan Sehun.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sehun membasuh tangannya yang dipenuhi darah. Dia juga membasuh mukanya.

‘Itu bukan Hayoung. Hayoung kuat. Orang yang dekat dalam tu tak kuat. Sehun percaya Hayoung dapat lalui benda ni,’kata Sehun dalam hati. Pintu bilik air dikuak. Luhan masuk ke dalam. Sehun tersenyum. Luhan mula risau dengan Sehun. Sehun seperti hilang kewarasannya. Luhan memegang Sehun.

(LAGU DON’T GO)

“Kenapa hyung? Sehun nak jumpa Hayoung. Hayoung nak jumpa Sehun dekat Han River. Sehun tak tahu kenapa Sehun dekat hospital. Ada orang sakit ke?”Luhan memeluk Sehun. Air mata Luhan mula mengalir. Dia kasihan melihat Sehun. Sehun menderita lagi. Pastinya. Dia perlu melindungi Sehun. Sehun mula meronta-ronta di pelukannya.

“Hyung kenapa ni?”tanya Sehun seperti tiada apa-apa yang berlaku. Luhan mula menangis.

“Kenapa semua ni jadi pada Sehun? Kenapa?”Luhan memeluk Sehun. Tiba-tiba Sehun jatuh terduduk. Air mata Sehun bertakung. Dia tidak percaya apa yang berlaku ketika itu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)