Perasaan yang Sebenar

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

HAYOUNG POV

Makanan yang dipesan terhidang dihadapan Hayoung. Semangkuk jjampong panas dihdapannya. Dengan perlahan-lahan, dia menghirup sup jjampong itu dengan sudu. Terasa kepedasannya di segenap ruang deria rasa Hayoung. Dia mencapai pula penyepit, lalu menyepit mee jjampong tersebut. Enak rasanya. Sejujurnya, Hayoung lapar pada ketika itu. Dia tidak mempedulikan Sehun dan Jiwon yang berada dihadapannya. Keenakan jjanpong itu yang lebih dia perlukan. Woobin disebelahnya juga sedang menikmati semangkuk jjajangmyeon. Suasana pada ketika itu sepi sekali memandangkan masing-masing sedang menjamu selera dan mengisi perut masing-masing. Lauk abalone masak pedas sudah sampai. Abalone yang dikutipnya pada siang tadi dimasak  pedas. Betul-betul membuka selera Hayoung. Dia mengambil abalone tersebut. Terasa kelazatan dan kesegaran abalone itu.

“Woobin oppa dengan Hayoung unnie ni ada apa-apa ke?”pertanyaan Jiwon membuat Hayoung tersedak. Woobin menghulurkan segelas air kosong kepadanya. Diminum perlahan-lahan.

“Mana ada apa-apa,”jawab Hayoung. Dia perasan bahawa Sehun disebelahnya seperti tidak kisah tentangnya. Perasaan Hayoung seperti mengatakan bahawa lelaki itu sudah merelakan dirinya menjadi kekasih Woobin. Pernyataan yang bermain-main difikirannya itu membuatkan dia menghirup mee jjampong itu dengan gelojoh sekali.

“Hayoung-ahh, nanti makanan tak hadam makan laju sangat,”kata Woobin melihat keletah Hayoung. Hayoung tidak mempedulikan Woobin. Dia memakan abalone itu dengan lahap sekali. Sehun hanya memerhatikannya.

“Hayoung unnie mesti lapar,”kata Jiwon. Selesai makan, Mereka berempat menuju ke tempat karaoke atas cadangan Jiwon. Mahu tak mahu, Hayoung terpaksa mengikut juga. Dia hanya terpaksa berikhtiar melihat Sehun dan Jiwon. Ketika itu juga dia terasa ada sesuatu yang sepertinya tidak lepas didadanya. Dia menepuk perlahan-lahan dadanya.

Jiwon menempah satu bilik karaoke. Bilik karaoke yang ditempah bukan calang-calang. Bilik karaoke itu eksklusif dengan pelbagai snek-snek ringan bersama pelbagai jeni minuman diatasnya. Bilik karaoke itu juga besar. Apabila diteliti balik, lebih besar daripada bilik tidurnya dirumah. Hayoung duduk di sofa. Jiwon sudah mula menunjukkan bakatnya. Dia menyanyikan lagu daripada IU iaitu ‘Someday’. Bait-bait lagu itu seperti luahan perasaan Jiwon kepada Sehun. Dia memandang Sehun. Lelaki itu tersenyum simpul melihat Jiwon. Hayoung hanya mampu menunduk kepalanya menahan sedih.

“Hayoung unnie, jomlah nyanyi dengan Woobin Oppa. Jiwon sudah menarik tangan Hayoung dan Woobin. Dia memasang lagu ‘Breath’. Melodi lagu itu sudah berkumandang di telinga. Woobin menyanyi. Suara lelaki itu sangat merdu. Dia terpesona mendengar suara Woobin. Sampai pada nya, dia cuba untuk menyanyikannya. Hayoung berharap sangat suaranya tidak sumbang. Keharmonian suaranya dan suara Woobin seiring dengan rentak melodinya. Jiwon menepuk tangannya.

“Suara unnie merdunya. Terpesona Jiwon dengar,”muka Hayoung merah setelah dipuji sebegitu. Dia mengambil kembali tempat duduknya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)