Sakit

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

LUHAN POV

Asrama EXO sudah rancak dengan perbincangan tanpa Chen dan Sehun. Luhan hanya mampu mengeluh. Selama dua tahun ini, EXO hanya bergerak 10 orang sahaja tanpa Chen dan Sehun. Ramai peminat menanyakan hal berkaitan mereka, Suho hanya mampu berbohong. Suasana nampak terlalu tegang dengan pertelagahan antara Kai dan Tao. Mereka bertengkar berkenaan Sehun dan Chen.

“Sampai bila Sehun dengan Chen hyung nak macam tu? Benda yang lepas jangan nak kenang. Hidup kenalah diteruskan,”kata Tao. Kai mula panas telinga. Suho disebelah Kai menepuk-nepuk belakangnya.

“Buat masa sekarang, kita gerak sebagai 10 orang. Sun mi noona kata kita buat aktiviti EXO macam biasa tanpa Sehun dan Chen. Lagipun, Sooman masih dalam penyiasatan. Tak ada apa yang nak ditakutkan,”Luhan mengangguk. EXO nampaknya sudah lain daripada yang lain tanpa Sehun dan Chen. Mereka kehilangan main dancer mereka dan lead vocal mereka. Chen yang masih terperuk didalam bilik, tak tahu buat apa dan Sehun yang asyik mabuk dan menangis.

Luhan perlahan-lahan membuka pintu biliknya bersama Sehun. Dia melihat Sehun sedang duduk berteluku dihadapan jendela. Mungkin termenung. Luhan menerpa Sehun.

“Sehun-ahh,”seperti biasa, panggilan Luhan tidak berjawab. Sehun masih tidak memandang Luhan. Luhan mengambil tempat duduk disebelah Sehun. Tangan kanannya mengeluarkan dalgona dan dihulurkannya kepada Sehun. Tidak sikit pun Sehun menyentuh mahupun memandang pemberiannya. Luhan mengeluarkan dalgona di dalam plastik dan diletakkannya ditangan Sehun.

Dalam beberapa minit kemudian, dalgona ditangan Sehun tidak sikit dijamah. Sehun masih termenung.

“Sehun janganlah macam ni. Hayoung mesti tak nak tengok Sehun macam ni,”kata Luhan memberi semangat kepada Sehun. Sehun sudah mencapai umur 22 tahun. Dia harus disedarkan.

“Sehun pun tak nak tengok Hayoung macam tu,”buat pertama kalinya dalam dua tahun, Sehun membalas jawapannya. Luhan rindu dengan Sehun yang periang dahulu. Dia memeluk bahu Sehun.

“Sehun kena faham Hayoung. Bagi Hayoung masa. Mungkin Hayoung nak berehat, mana kita tahu,”kata Luhan. Air mata Sehun mengalir lagi.

“Tempoh masa dua tahun takkan tak cukup untuk berehat hyung. Hayoung memang tak sayangkan Sehun. Kalau Hayoung sayangkan Sehun, dah lama dia bangun,”sebak hati Luhan. Dia memeluk Sehun.

“Hyung faham perasaan Sehun tapi takkan selamanya Sehun nak macam ni? Sehun kena kuat dan sihat kalau nak jaga Hayoung. Macam mana Sehun nak jumpa Hayoung kalau Sehun macam ni,”Sehun hanya mampu mengalirkan air mata. Kosong. Terlalu kosong. Walaupun Sooman dalam siasatan dan tidak lama lagi disumbat ke dalam penjara, itu tidak cukup untuk membayar segala kesakitan, kekosongan dan penderitaan yang dialami Sehun. Luhan mengu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)