Dendam

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

Sooman mengoyakkan surat khabar dihadapannya. Telefon yang berdering habis dipecahkannya. Setiausaha Han hanya mampu diam membisu melayan bosnya. Sooman betul-betul sudah marah. Rating EXO jatuh mendadak. Apabila dibuka internet, berjuta-uat pendapat negatif yang dilemparkan pada SM Town. Ada peminat yang membuat cubaan membunuh diri, mengelar tangan mereka dan sebagainya. Fenomena yang amat enyeramkan. Sejak dari dua hari yang lepas, keadaan jadi teruk. EXO yang sentiasa menduduki tempat pertama dimana-mana stesen radio terus jatuh. Ada peminat yang membuat kumpulan anti-Song Hayoung dilaman sosial. Melempar pelbagai kata-kata, cercaan dan hinaan negatif kepada Hayoung. Walaupun begitu, ada juga peminat yang bersikap rasional menerimanya dengan hati yang terbuka. Ada yang mengatakan, mereka akan tetap menyokong EXO dan Sehun. Seorang peminat telah memberikan hadiah kepada Sehun sebagai tanda tahniah kepada Sehun. SeYoung couple juga mula kedengaran tetapi hanya segelintir peminat sahaja.

Sooman duduk dikerusinya kembali. Dia melonggarkan tali lehernya menahan geram dihati. Setiausaha Han sudah berdiri menggigil-gigil dihadapannya. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Pastinya perkara yang buruk berlaku. Dia hanya mampu mengeluh.

“Kau berhenti kerja hari ni. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini,”Setiausaha Han tergamam dengan kata-kata Sooman.

“Tuan, kenapa tuan buat macam ni dekat saya? Saya tak salah tuan,”bela Setiausah Han. Hilang pekerjaannya. Dia mula memikirkan ibu dan bapanya di kampung yang menunggu duit yang akan dihantarnya pada setiap bulan. Kalau dia dibuang, bagaimana dengan nasib dirinya.

“Kau tu bodoh sebab tak halang Sehun tu!! Sebab tu aku tak perlukan orang macam kau!”Setiausaha Han mula menangis. Dia melutut dihadapan Sooman.

“Kalau tuan buang saya, macam mana saya nak cari makan. Ibu bapa saya setiap bulan tunggu duit gaji saya. Lagipun saya dah 20 tahun bekerja disini,”

“Apa kena mengena aku dengan kau??!! Aku tak kisah kalau kau nak pergi mati sekalipun dengan keluarga ka. Baik kau pergi sebelum aku heret kau keluar dari sini,”Setiausaha Han mula bangun perlahan-lahan dan keluar daripada bilik Sooman. Sooman melepaskan geramnya dengan mula mencampakkan barang-barangnya disekitar bilik. Sehun betul-betul buat dirinya terlalu marah.

“Oh Sehun, kau tak tahu apa aku boleh buat. Yang pasti, aku akan buat kau lebih teruk daripada kakak kau,”

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEHUN POV

Sehun membawa keretanya dengan perlahan-lahan. Di tempat duduk belakang, Luhan, Lay, Baekhyun dan Chen juga turut bersama-samanya. Hayoung disebelahnya tempat duduk penumpang, sedang membelek-belek telefon bimbitnya. Hati Sehun tenang sekarang kerana segalanya tidak lagi menjadi rahsia. Dia dan Hayoung juga tidak lagi berpura-pura dikhalayak ramai. Walaupun ramai yang membenci hubungannya bersama Hayoung, dia tidak kisah. Asalkan dia akan sentiasa berada di sisi perempuan itu dan melindunginya.

Pagi itu, mereka akan ke rumah nenek Baekhyun di Yanggu, Gangwon-Do. Mereka di tempat duduk belakang sedang bermain Truth Or Dare secara rawak. Banyak gelak ketawa yang sememangnya boleh membuatkan perut Sehun terburai kerana lawak yang dibuat hyung-hyungnya.

“Hayoung punya turn sekarang. True or Dare”Hayoung memandang Baekhyun. Dia berfikiran sejenak. Akhirnya dia memilih truth kerana, sepanjang permainan itu dijalankan, dare yang dikenakan amatlah merunsingkannya. Nampaknya mereka berhempas pulas untuk mengenakan Hayoung. Sehun hanya menggeleng melihat perangai hyung-hyungnya yang kadang-kadang terasa kebudak-budakan.

“Dah lama nak tanya benda ni,”Lay menyuarakan suaranya. Tumpuan semua beralih kepada Lay. Sehun berharap agar soalan yang ditujukan tidak memalukan dirinya.

“Hayoung dengan Sehun pernah kiss tak sebelum ni?”Sehun menjegil kepada Lay. Mereka sudah mula bertepuk tampar sesama sendiri.

“Nakal,”Luhan menggosok kepala Lay. Sehun hanya mengawal riak wajahnya.

“Banyak kali,”masing-masing terkejut dengan jawapan Hayoung. Sehun memandang Hayoung.

“Extreme gila Hayoung,”kata Lay. Mereka semua gelak.

“Yelah dekat pipi, hidung, dahi. Itu kira banyakkan?”mereka semua diam. Sehun menggelakkan hyung-nya. Mahu mengenakan tapi tidak menjadi. Pandai betul Hayoung menutup rahsia yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

“Kalau dekat sini?”Lay menjuih-juihkan bibirnya. Sehun mencubit bibir hyungnya. Menjerit kesakitan Lay.

“Lay cakap kiss je kan? Tak cakap kiss dekat mana. So, kira umumlah,”Sehun dan Hayoung gelak. Mereka dibelakang sudah membuat muka toya.

“Sehun pula. True or dare?”Sehun memilih dare memandangkan dare patut dipilih oleh lelaki yang berani sepertinya. Sehun membawa kereta dengan perlahan.

“Kalau macam tu, kiss Hayoung sekarang”Hayoung ternganga. Mereka semua bertepuk tangan. Sehun memandang Hayoung, Hayoung memandang Sehun. Mereka tidak boleh lari dari ini. Mereka sudah mula bersorak kegembiraan.

Baru sahaja Sehun mahu memberhentikan keretanya ditepi jalan. Pipi Sehun dihinggap dengan ciuman Hayoung. Mereka semua terdiam sebentar. Begitu juga Sehun yang terkedu dengan perbuatan Hayoung. Muka Hayoung sudah mula merah menahan malu.

Tidak lama kemudian, mereka se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)