Kehidupan sebenar Oh Sehun

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

HAYOUNG POV

Hayoung berjalan dengan sangat perlahan menuju ke perhentian bas bersama Chen yang memapahnya untuk berjalan. Mereka hanya senyap membisu selepas apa yang berlaku di restoran sebentar tadi. Apa yang diceritakan Chanyeol memang membuatkan bulu romanya meremang dan perasaan sedih dan kasihan pada orang yang amat disukainya itu semakin lama semakin menebal. Sepanjang hidup Sehun, dia hanya dibesarkan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada iaitu kakaknya. Sehun dan kakaknya ditinggalkan dihadapan rumah anak yatim semasa mereka masih bayi lagi. Sampai satu saat ketika umur kakak Sehun mencecah 15 tahun, dia bersama-sama Sehun membuat keputusan untuk lari dari rumah anak yatim piatu itu.

Kakak Sehun, Seung Ah berjaya mendapat kerja. Sehun pada ketika itu baru dibangku sekolah. Seung Ah membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja. Duit gaji bulanannya banyak digunakan kerana ingin membayar yuran sekolah, makan minum mereka dan membayar bil-bil elektrik dan air serta sewa rumah mereka. Semasa Seung Ah bekerja menjadi pelayan restoran di sebuah restoran, dia berjumpa dengan pemilik syarikat SM TOWN iaitu Lee Sooman. Pada ketika itulah kehidupan Seung Ah berubah. 

Sehun dan kakaknya tidak lagi bersusah payah hidup dirumah kecil dengan hutang keliling pinggang. Sooman menwarkan sebuah rumah banglo kepada mereka jika Seung Ah mengikat kontrak dengan syarikat SM untuk menjadi artis dibawah Sooman. Pada ketika itulah, tidak terkata betapa gembiranya hati kedua-dua adik-beradik ini. Sepanjang Seung Ah menjadi trainee di SM, banyak cemuhan, hinaan dan cercaan yang diterimanya dari sunbae-sunbae SM TOWN. Lebih-lebih lagi, Seung Ah jarang pulang ke rumah kerana latihan bersama group yang akan debut tidak lama kemudian.

Rumah banglo yang diidamkan Sehun ketika berada di rumah anak yatim dulu semuanya bertukar sepi. Apabila Sehun pulang dari sekolah, tiada lagi hidangan yang bakal menghiasi meja dapur. Tiada lagi bebelan kakaknya yang selalu stress kerananya. Sehun rindu semuanya. Dua tahun hidup Sehun hanya bertemankan ramen dan sekolah. Tanpa kakaknya disisi cukup membuatkan dirinya sangat sepi.

Selepas debut RAINBOW, Seung Ah menjadi terlalu sibuk dengan aktiviti di luar negara dan latihan. Kadang-kadang mahu jumpa kakaknya itu dalam masa sebulan pun payah. Memang Sehun gembira dengan kejayaan kakaknya tetapi bukan ini yang dia mahukan. Seung Ah bertemu dengan Im Jaebum ketika mereka berduet bersama-sama dalam satu konsert. Seung Ah akhirnya jatuh hati dengan personaliti Jaebum. Mereka menjalinkan hubungan tanpa diketahui khayalak ramai kerana bimbang ada ramai pihak tidak merestui hubungan mereka.

Hubungan mereka tertangkap apabila Seung Ah dan Jaebum berdating di Han River. Seorang peminat mereka menangkap gambar mereka ketika Seung Ah dan Jaebum

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)